Darul qurra'

Darul qurra' Darul Qurra Darul Qurra menjual dan membekalkan buku-buku agama, novel, Produk timur tengah, produk-produk muslim.

Kami juga merupakan Al Baghdadi Learning Centre (ALC Muadzam Shah) yang menawarkan kelas pengajian Al Quran yang efektif dan menarik.. Lokasi kami berada di tengah bandar Muadzam Shah..

24/08/2022
Yang mana kita Ramadhan ni??? ๐Ÿ˜…1. Tadarus vs Tidoterus2. Teraweh vs Taklaratweh3. Bernazar vs berbazaar4. LailatulQadar ...
30/05/2017

Yang mana kita Ramadhan ni??? ๐Ÿ˜…

1. Tadarus vs Tidoterus

2. Teraweh vs Taklaratweh

3. Bernazar vs berbazaar

4. LailatulQadar vs LailatulKamdar

5. Sahur vs Dengkur.

6. Qiamullail vs Qiamonline

7.Ramadhan al mubarak vs Ramadhan al murtabak

..๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‚

05/01/2017

Sabda Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…:


ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุงุณู’ุชูŽุธู’ู‡ูŽุฑูŽู‡ู ููŽุฃูŽุญูŽู„ู‘ูŽ ุญูŽู„ูŽุงู„ูŽู‡ู ูˆูŽุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุญูŽุฑูŽุงู…ูŽู‡ู ุฃูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุดูŽูู‘ูŽุนูŽู‡ู ูููŠ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุจูŽูŠู’ุชูู‡ู ูƒูู„ู‘ูู‡ูู…ู’ ู‚ูŽุฏู’ ูˆูŽุฌูŽุจูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑ
"Barangsiapa membaca Al Quran kemudian dia menghafalnya dan menghalalkan apa yang dihalalkan Al Quran serta mengharamkan apa yang diharamkan Al Quran, nescaya dengannya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan dapat memberi syafa'at kepada sepuluh keluarganya yang wajib masuk neraka."

(Riwayat At-Tirmidzi)

TAHUKAH ANDA1. Hampir 90% dari semua jenis penyakit seperti barah, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain dapat d...
04/11/2016

TAHUKAH ANDA
1. Hampir 90% dari semua jenis penyakit seperti barah, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain dapat dielak melalui pengamalan diet, nutrisi, dan senaman. Tapi tak ramai yang menyarankan sebab ia tidak memberi keuntungan dari segi wang.
2. Hampir kebanyakan pemakanan ubatan farmasitikal hari ini adalah hasil dari pelan pemasaran yang intensif yang bermatlamatkan keuntungan sehingga menyarankan pengambilan ubat secara berlebihan
3. Kebanyakan ubatan farmasitikal tidak benar-benar menyembuhkan punca sebenar penyakit hingga ke akar-umbi tetapi hanya mengawal simptom, yang memerlukan kos yang tinggi dan menyebabkan kesan sampingan.
4. Dalam sistem perubatan moden, keuntungan dijana dari sakit yang berterusan, bukan kesihatan atau pencegahan. Makin ramai yang sakit lebih menguntungkan
Jika sayangkan diri anda, jadilah seorang yang sihat serta jauhkan diri dari mengambil dadah-dadah berjadual, amalkan diet semulajadi, makan makanan segar - jauhkan makanan yang sudah diproses seperti makanan dalam tin, makanan sejuk-beku, junk food, serta hati-hati dengan "bahan pewarna dan perasa yang dibenarkan
Jumpalah doktor untuk tujuan diagnos penyakit anda, kemudian cuba cari kaedah rawatan semulajadi atau amalkan diet nutrisi tertentu supaya anda penyakit anda semakin berkurang dengan cara mudah dan murah. Pada asasnya tiada sukatan untuk pemakanan semulajadi, apa yang ada hanyalah kadar yang dicadangkan.

Ramai manusia ingin MATI di jalan Allah.. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk HIDUP di jalan Allah..
19/10/2015

Ramai manusia ingin MATI di jalan Allah.. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk HIDUP di jalan Allah..

13/10/2014

SIRI PENGENALAN ILMU QIRAAT

Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan ia merrupakan cabang ilmu yang sangat unik. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs Aโ€™n Aaโ€™sim yang merupakan riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat membaca pelbagai jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs Aโ€™n Aaโ€™sim sahaja.
Antara istilah dalam dalam Ilmu Qiraat yang perlu diketahui ialah:
1. Qiraat :
- Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurraโ€™ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. Imam:
- Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.
3. Riwayat:
- Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurraโ€™.
4. Rawi:
- Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurraโ€™.
5. Toriq:
- Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.

Yang mana satu akan bantu kita di akhirat kelak? SOLAT @ KERJA
03/09/2014

Yang mana satu akan bantu kita di akhirat kelak? SOLAT @ KERJA

Selamat menyambut Ramadhan.  Mudah-mudahan amalan kita semua akan diterima oleh Allah azzawajalla
28/06/2014

Selamat menyambut Ramadhan. Mudah-mudahan amalan kita semua akan diterima oleh Allah azzawajalla

20/06/2014

Daripada Tamim bin โ€˜Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:

"Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali)." Kami (sahabat-sahabat) bertanya, "Untuk siapa, wahai Rasulullah?". Jawab Baginda, "Untuk Allah โ€˜Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya." (Hadith Riwayat Muslim)

Kepentingannya

Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, "Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:

hadith: "Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...",
2. hadith: "Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.",
3. hadith: "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat...",
4. hadith: "Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.",
5. hadith: "Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.".

Al-Fatihah Abang kepada staf kami di Darul Qurra meninggal dunia kerana dihempap batu semasa sedang bekerja** Mudah-muda...
15/06/2014

Al-Fatihah

Abang kepada staf kami di Darul Qurra meninggal dunia kerana dihempap batu semasa sedang bekerja
** Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa & memasukkan Allahyarham dikalangan hambaNya yang soleh**

Address

Mm 129 Jalan Medan Mewah, Muadzam Shah
Rompin
26700

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:30
Tuesday 08:30 - 18:30
Wednesday 08:30 - 18:30
Thursday 08:30 - 18:30
Friday 08:30 - 18:30
Saturday 08:30 - 18:30

Telephone

0179239288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul qurra' posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Darul qurra':

Share

Category