Cosmetic avon

Cosmetic avon Wakil avon,berada di sekitar seremban ,dan rembau

14/09/2022

Resepi Kek Minyak gebu gebas

Bahan-bahan :
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg dis**ai

Cara-cara :

Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.

Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.

Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.

Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.

Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata,
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
Sediakan loyang 8 inc. (Sy guna loyang 9 inc)

Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.

Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis

- Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing + Bakar selama 45 minit - 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.

SELAMAT MENCUBA

Kredit : atier syah

14/09/2022

Nak kemana gebu-gebu tu Cik Yah..! Hihihi..

APAM COKLAT...! Tak boleh nak rahsia dahhh..!

RESEPI:

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
1 sudu kecil (sudu kfc) baking soda
setengah cawan gula
setengah cawan serbuk koko
setengah cawan minyak masak
setengah cawan susu pekat manis
setengah cawan air panas
1 biji telur gred A (suhu bilik)
(Pastikan guna cawan saiz yang sama untuk setiap s**atan diatas)

CARA BUAT :

masukkan semua bahan ke dalam blender
blender sekata dalam 3-5 minit, lagi la lagi gebu
sapu sikit minyak dalam acuan lompang
tuang adunan tadi ke dalam acuan lompang,
kukus 20 minit.

P/s: blender iolls bau cili, jadi iolls guna whisk pun boleyyy.. Hihihi..

14/09/2022

Kek ni agak cerewet utk dapatkan tekstur yang tepat, sesiapa yg nak mencuba kena baca betul2 na resepi n tipsnya. Utk dapatkan tekstur mcm che ta buat ni che ta rehatkan 3 jam sahaja. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya na.
Resepi Kek Sarang Semut
Sumber : youtube
By :

Tips : Gunakan cawan metrik supaya s**atan tepat dan kek mendapat hasil yang terbaik.

2 cawan gula putih
2 cawan air panas mendidih
3 sudu makan butter / marjerin

Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.

Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan barulah masukkan butter.Sebatikan dan tutup api. Ketepikan. .
• 2 1/4 cawan tepung gandum .
• 1 sudu teh soda bikarbonat .
• 4 biji telur .
• 1 cawan susu pekat .
• 1 sudu makan essen vanila .

Cara-cara penyediaan resepi kek sarang semut ini :

#1: Dalam blender,masukkan telur bersama susu pekat manis, essen vanilla dan tepung serta soda yg telah diayak. Masukkan separuh air gula dan Blend hingga sebati.

#2: Tuangkan bahan blend dalam mixing bowl dan masukkan lebihan air gula kacau hingga sebati.

#3: Alaskan loyang 8×8 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Perap selama 3-4 jam.Lagi lama lagi cantik sarang terhasil.

#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Che Ta gunakan api atas bawah pada suhu 180’C untuk 50 minit pertama dan 20 minit lagi pada suhu 170’C.

Tips : .
📌 Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 50.Kalau tak melekat tepung,masak la tu.
📌 Sejukkan dan keluarkan kek sarang semut barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya.
📌 Suhu yang tak tepat boleh buat kek jadi bantat.
📌 tempoh masa bakar kek bergantung pd jenis oven masing2

14/09/2022

S**a tak?Gulai lemak kunyit lengkuas
(versi kelantan)
Resepi:
☑1ekor ikan tongkol( sederhana besar potong ikut s**a rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa) ikan kembung pun boleh.
☑1/2 kilo santan pekat
Bahan kisar
☑10bji cili kering
☑2biji bawang merah besar
☑2ulas bawang putih
☑2cm lengkuas
☑3cm kunyit hidup
☑Cili merah hijau dan cili padi
Cara membuat:
➡Santan pekat campur dgn air(ikut kptan msg2)
➡masuk bahan kisar kacau rata.
Msk dgn api sdhana, sentiasa kacau shgga naik wap..spy santan tk berketul..
➡Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh.
➡Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat.
➡Masuk cili besar dan cili padi..timun@kacang panjang jika s**a..
➡ Makin lama reneh makin cantik kuahnya..siap..
Kredit pic Azizah Daud

Berminat wassap 0172370590
30/07/2017

Berminat wassap 0172370590

Address

Pedas
Rembau
71400

Telephone

0172370590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cosmetic avon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share