16/03/2021
Memperkenalkan CREATIVE MAGNETIC BOX!!
APA BESTNYA *CREATIVE MAGNETIC BOX* NI ?
====================
💞 Mempunyai 4 jenis box iaitu Alphabet, Kenderaan, Hidupan laut dan Bangunan.
💞 *Mengajar anak untuk menyelesaikan masalah*. Sepanjang tempoh bermain, kanak-kanak akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
💞 *Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.*
Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak manipulasi tangan dan mata. Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat mempengaruhi aktiviti seperti menulis.
💞 *Merangsang kemahiran kognitif*.
Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti ABC, nombor, kenderaan, haiwan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal ketika mereka bermain puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat serta meningkatkan kemahiran analisis mereka.
💞 Kemahiran sosial.
Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, kanak-kanak akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan. Permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.
Tekan link o.d.e.r
http://jazzkids.wasap.my
https://shopee.com.my/product/15596357/8126658949?smtt=0.15597693-1615874935.9