Fairy Book Winkel

Fairy Book Winkel Fairy Book Winkel

FAIRY BOOK WINKEL are providing local books and selected imported books for you.

We are committed to give you an excellent service and wonderful buying experience.

📚 Discover Your Next Great Read with Us 📚

03/11/2022

OH MY PROTECTIVE PAKWE

Intan lari ke Kuala Lumpur atas desakan ayahnya yang tidak mahu dia dilacurkan lintah darat. Dia meredah kota raya itu bersendirian. Dia menunggu ayahnya di Dataran Merdeka seperti yang dijanjikan. Namun, tiada khabar berita daripada ayahnya .
Intan terumbang-ambing di Kuala Lumpur sebatang kara. Perutnya cuma diisi dengan roti dan air kosong kerana duit yang ada sangat sedikit. Dia terpaksa menanggung kesusahan, kelaparan dan ketakutan.
Ketika Intan diragut, seorang lelaki bernama Airel mengejar peragut itu untuk mendapatkan dompetnya semula. Airel juga menyelamatkan dirinya daripada dirogol oleh mat rempit. Sejak itu Airel selalu muncul di hadapannya. Intan mula terasa ragu-ragu dan menyampah. Dia tidak mempercayai Airel. Kata orang, lelaki di Kuala Lumpur ini buaya tembaga.
“Tiba-tiba je mengaku awak tu pakwe saya. Awak nak saya rasa terharu kan? Awak fikir saya akan rebah dalam genggaman awak. Awak pun bolehlah buat apa saja yang awak s**a kat saya.” – Intan.
“Memang awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Tapi awak rasa, bila saya dah tahu yang awak ni umur 19 tahun, perempuan, sorang-sorang kat KL ni, tidur bawah jambatan, kena kacau dengan mat rempit... tergamak ke saya nak buat bodoh je?” – Airel.
Persoalannya, siapa Airel? Banyak pertolongan yang diberikan kepada Intan. Siap mengaku jadi pakwe Intan p**a tu!

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

03/11/2022

NAMA SAYA HASMAH

1. Diterjemahkan daripada versi Inggeris - My Name Is Hasmah. Sudah dua kali diulang cetak.
2. Menceritakan mengenai rahsia dan kisah-kisah peribadi hidup beliau dari zaman beliau bergelar kanak-kanak, remaja, pelajar, doktor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah gelarannya bertukar menjadi nenek.
"Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri.”
3. Juga menceritakan tip dan nasihat dalam kehidupan seorang yang bergelar wanita.
4. Wanita ini pernah bergelar ‘First Lady Malaysia’ ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang merendah diri, sangat menghormati orang lain, mementingkan institusi kekeluargaan dan jarang sekali mencampuri urusan suaminya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Zaman kanak-kanak dan remaja beliau cukup berwarna-warni dan hayati bagaimana beliau mengharungi pahit getir kehidupan, berjuang untuk mencari ilmu demi untuk mengejar cita-citanya.
"Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri.

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

03/11/2022

Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

02/11/2022

Tarikh 9 Mei 2018 telah terpahat sejarah Malaysia sebagai hari terakhir Barisan Nasional selepas 61 tahun memerintah. Bagi Nik Nazmi, 9 Mei 2018 turut memahat pencapaian peribadinya. Ini merupakan kali pertama beliau bertanding bagi kerusi Parlimen. Pada PRU14, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Setiawangsa, satu-satunya kerusi di Kuala Lumpur yang Barisan Nasional tidak pernah kalah, tetapi pada PRU 14, mereka akhirnya berjaya ditumbangkan, kerana kebanyakan kerusi di seluruh negara berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

(Combo Set) 200 Tip Gaya Rasulullah SAW [ PTS ]KOMBO 200 TIP GAYA RASULULLAH SAW ini mengandungi tajuk-tajuk buku sepert...
04/10/2022

(Combo Set) 200 Tip Gaya Rasulullah SAW [ PTS ]

KOMBO 200 TIP GAYA RASULULLAH SAW ini mengandungi tajuk-tajuk buku seperti berikut :

📌 200 Tip Rajin Selawat - RM 10.00
📌 200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Memimpin Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Usahawan Kaya Iman Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah - RM 6.50
📌 200 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah - RM 6.00

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

(BOXSET) 100% Muslimah - [ PTS ]Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus bua...
04/10/2022

(BOXSET) 100% Muslimah - [ PTS ]

Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.

Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenial ini. Muslimah milenial yang disebutkan, tidak terhad kepada muslimah yang masih belia dan mereka yang bergelar generasi Z sahaja. Sebaliknya, semua muslimah yang masih wujud mengisi keindahan alam milenial ini.

Zaman milenial yang indah dan canggih ini bukan sahaja menjadikan golongan ini semakin disayangi dan disanjung, malah juga membawa dan membuka pintu fitnah yang lebih besar berbanding sebelumnya. Justeru itu, Set 100% Muslimah ini diwujudkan sebagai panduan dan menjadi teman penyelamat kepada semua muslimah di luar sana.

Dua buah buku daripadanya memfokuskan kepada motivasi dan membangkitkan semangat supaya berlaku perubahan positif dalam diri setiap muslimah yang membacanya. Manakala, dua buah buku lagi menjelaskan beberapa teknik dan amalan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian setiap muslimah, baik yang muda ataupun yang sudah berusia. Semuanya, khusus untuk dikau muslimah.

Dengan sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh hebat lagi, mudah-mudahan sebuah set ini dapat melahirkan lebih ramai lagi muslimah yang kuat, hebat, cantik, bahagia dan sejahtera intelektual, spiritual dan emosional di Malaysia ini.


Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

  Cinta - Nurul Syahidah [ Alaf 21 ]Ada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tah...
04/10/2022

Cinta - Nurul Syahidah [ Alaf 21 ]

Ada usia 22 tahun, Maira mengahwini lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korbankan kerjaya dan hidupnya, demi menjaga ibu mertuanya Puan Nas yang sakit dan menjadi isteri yang setia pada Annasbakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum dia menyambut hari jadinya yang ke-23, Maira bergelar janda.

Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin berkembang.

Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita yang serba-serbinya lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Sama ada dia melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.

“Saya dah lama belajar untuk terima kenyataan tu. Kalau Encik Annas tak balik ke Malaysia pun, saya dah ajar hati saya untuk terima yang Encik Annas takkan patah balik untuk saya. Talak tiga Encik Annas tu dah membuktikannya pun,” ~Maira

“Abang appreciate sangat the fact that you ada dengan abang dan abang appreciate sangat yang you kekal dengan abang through all this. And I will always remember how good you have been to me,” ~Annas.

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

  : Wanita Seindah Mutiara - Ustazah Norhafizah Musa [ PTS ]Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah s.w.t. yang tidak ma...
04/10/2022

: Wanita Seindah Mutiara - Ustazah Norhafizah Musa [ PTS ]

Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah s.w.t. yang tidak mampu dielak ataupun dinafikan oleh sesiapa di dunia. Makna kecantikan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecantikan lahiriah dan kecantikan rohaniah.
Kecantikan lahiriah atau luaran adalah kecantikan fizikal yang dapat dilihat terus oleh mata kasar.
Kecantikan rohaniah adalah kecantikan dalaman yang diukur dan dinilai dari hati ke hati.
Keadaan hati dan iman yang menentukan tahap dan nilai kecantikan yang ada pada diri seorang wanita.
978-967-411-947-8

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

  - Liza Nur [ Alaf 21]Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat...
15/05/2022

- Liza Nur [ Alaf 21]

Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat pada kerjanya di sebuah farmasi yang sunyi dan lepak bersama kawan karibnya, Akil. Apabila kakaknya, Aireen menyuarakan niat untuk menikahi Annas, seorang lelaki yang curang dan mahu Aisyah menjadi bridesmaidnya, keadaan menjadi huru-hara. Aisyah yang menyimpan rahsia perbuatan belot Annas dan Rilda terpaksa memikirkan cara untuk berterus terang dengan kakaknya. Annas dan Rilda p**a bijak memanip**asikan keadaan untuk menyelamatkan diri. “Tak kira sejauh mana pun aku pergi satu hari nanti, aku takkan lupakan kau, Cah. Aku akan balik cari kau semula. Kalau kau tinggalkan aku, aku akan tunggu kau sampai kau balik cari aku,” - Akil. “Kil, kenapa kau tinggal aku? Kau janji nak jaga aku. Kau yang janji, Kil. Kenapa kau sampai hati tinggal aku? Kau selalu ada. Sekarang aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa kau, Kil,” – Aisyah. Kehadiran si kacak, Airil membuatkan Aisyah terfikir tentang cinta yang selama ini amat asing baginya. Airil yang enggan putus-asa terus cuba merebut hati Aisyah manakala Akil yang overprotective berlagak bagaikan abang besar yang cuba melindungi adiknya. Mampukah gadis blur seperti Aisyah memahami definisi cinta yang sebenar?

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

Ibu Ayah dah ada ke buku ni?Buku ni mudah sangat nak bantu belajar Bahasa Inggeris. Nota ringkas dan menarik minat murid...
05/09/2021

Ibu Ayah dah ada ke buku ni?

Buku ni mudah sangat nak bantu belajar Bahasa Inggeris. Nota ringkas dan menarik minat murid.

Sesuai untuk semua pelajar.

*BUKU PERTAMA dan SATU-SATUNYA di MALAYSIA* untuk pelajar berumur dari 4 hingga 12 tahun. Tak tahu cara terbaik dan terpantas untuk bantu anak lemah B. INGGERIS mahupun BAHASA MALAYSIA ? Buku ini mampu membantu pelajar dan ibubapa untuk BENAR-BENAR TAHU tentang 5 perkara penting berikut

1️⃣ Menyenaraikan sekurang-kurangnya 500 perkataan yang sepatutnya pelajar *TAHU* dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. (Malaysian context)

2️⃣ Senarai perkataan *dwibahasa (BM & English)*. Mampu membantu meningkatkan penguasaan 2 bahasa di dalam satu masa.

3️⃣ Boleh membantu pelajar untuk mengetahui sebanyak mana perkataan yang belum difahami dan perlu *dihafal dan difahami dengan kadar segera*.

4️⃣ Tentang *basic grammar* untuk sekolah rendah dengan *penjelasan dan contoh yang amat mudah*.

5️⃣ Mengandungi *4 Bonus topics* yang sangat menarik.



*Buku "500 Vocabulary Kids Need To Know"* (💵RM35.00)
✅ 123 mukasurat
✅ *PERCUMA* 48 muka surat ' Children's Visual Dictionary'
✅ 100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

🔈 Nak anak pandai membaca, menulis dan mengira seawal usia 4 tahun?🔈 Anak sudah masuk Tahun 1 tapi masih tidak fasih 3M?...
05/09/2021

🔈 Nak anak pandai membaca, menulis dan mengira seawal usia 4 tahun?

🔈 Anak sudah masuk Tahun 1 tapi masih tidak fasih 3M?

🔈 Ini penyelesaiannya ibu bapa sekalian. Jom dapatkan buku viral ini sebelum habis terjual!!!

🔈 Buku ditulis oleh guru berpegalaman dalam hal ehwal pemulihan anak.

🔈 Jom dapatkan buku-buku ini dengan Fairy Book Winkel.
JOM BACA, JOM TULIS & ADIK PANDAI MENGIRA dengan harga diskaun 💰💵RM115.00!

Apa yg ibu ayah akan dapat dalam pakej COMBO 3 buku ini?.
➡️Jom Baca bersama Cikgu Zawana
➡️Jom Tulis bersama Cikgu Zawana
➡️Adik Pandai Mengira
➡️PERCUMA Teknik Suku Kata
➡️PERCUMA Poket Matematik

Untuk tempahan sila hubungi melalui
https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
atau anda boleh melihat produk lain juga di
https://shp.ee/vaeep7f

[PRESS & LEARN ENGLISH, MALAY AND CHINESE SOUNDBOOK COMBO]Buy these 2 combo books with discounted price of 💰💵RM110.00!1)...
05/09/2021

[PRESS & LEARN ENGLISH, MALAY AND CHINESE SOUNDBOOK COMBO]
Buy these 2 combo books with discounted price of 💰💵RM110.00!

1) PRESS AND LEARN ENGLISH MALAY CHINESE WORDS SOUNDBOOK📖🎵 - (💵RM56.00)

2) PRESS AND LEARN ENGLISH MALAY CHINESE 1-10 SOUNDBOOK📖🎵 - (💵RM56.00)

For order please contact: https://wa.link/FairyBookWinkel_MY
or you can browse any other products as well at https://shp.ee/vaeep7f

Address

Rawang
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196246113

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fairy Book Winkel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fairy Book Winkel:

Share

Category