21/02/2023
1. BOLEH KE MAIN SUMBAT SEMUA JENIS LANGSIR DALAM MESIN BASUH? π€π€
Mesti kita tertanya tanya kan, boleh ke masukkan langsir dalam mesin basuh?? tak luntur ke warna langsir?? langsir tak jadi pudar ke?? π©
Jawanpannye, langsir boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tapi dalam keadaan tertentu sahaja. Ibu-ibu perlu ambil tahu beberapa perkara sebelum basuh langsir tau
βοΈ Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
βοΈ Langsir jenis cotton biasanya boleh menggunakan basuhan mesin dengan mengguna air sejuk dengan putaran mesin yang perlahan.
βοΈ Langsir siang (lining/voile/sheer) adalah nipis. Jenis ni sesuai dibasuh tangan atau dry cleaning. Ibu-ibu boleh keringkan langsir jenis ni dibawah cahaya matahari. Kalau dry cleaning, guna suhu rendah/sederhana
βοΈ Langsir Eyelet tak sesuai untuk cucian mesin sebab boleh merosakkan eyelet. Kalau ibu-ibu perlukan cucian mesin, masukkan dalam net laundry yang besar, baru masuk dalam mesin basuh menggunakan air sejuk/biasa.
π» Dengan ikut tips-tips ni, pasti langsir di ruang tamu, bilik tidur & tingkap bertahan lama π€