01/01/2026
Satu ketika dahulu, “hadiah sepenuh hati” di Tulus Ikhlas bermaksud sesuatu yang boleh dibungkus, dipegang dan diberikan kepada yang tersayang.
Namun, dalam perjalanan hidup, terutama tahun 2025...melalui kehilangan, duka, dan proses belajar memahami diri, saya sedar bahawa makna hadiah itu juga berkembang.
Hari ini, hadiah sepenuh hati mungkin berupa:
🤍 kehadiran yang tidak menghakimi
🤍 ruang untuk merasa tanpa dipaksa
🤍 kata-kata yang tidak menyelesaikan, tetapi menemani
Sebagai seorang kaunselor pelatih, saya belajar bahawa tidak semua hadiah datang dalam bentuk jawapan. Ada yang datang sebagai ruang yang selamat, hadir menemani dan didengari dengan penuh hormat.
Nilainya masih sama.
Cuma bentuknya telah berubah.
🤍 Tulus Ikhlas akan sentiasa berpegang pada niat yang sama — memberi, dengan sepenuh hati.
Nota penting:
Perkongsian ini bersifat refleksi dan kesedaran umum, bukan khidmat kaunseling atau rawatan klinikal.