06/02/2021
Apakah itu Alfalfa?
Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kump**an kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca.
Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.
Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang s**ar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain.
Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.
Fakta Khasiat Alfalfa :
Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kump**an vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain.
Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein.
Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.
Antara Keistimewaan Alfalfa.
Menyahtoksid Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. Seterusnya membantu meningkatkan fungsi imuniti badan.
Jika anda mahukan imun badan yang kuat serta lengkap nutrien. Dapatkan Alfalfa segera.