Regenerative Power Return Energy

Regenerative Power Return Energy We Sale! Penjanaan Semula Kuasa (Regenerative Power).
'Return Energy' ke Grid.

Penjanaan semula kuasa adalah proses memulihkan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh motor semasa berhenti atau mengerem dan mengubah tenaga itu menjadi elektrik, dan 'feeding it back' ke grid tenaga.

06/01/2024
14/10/2023
15/09/2023
24/03/2023

Semalam, Mahathir salahkan Najib atas kegagalan Wawasan 2020 sebab dia kata Najib cuma tahu beli stesyen janakuasa (IPP) dengan harga mahal.

Kenapa p**a, Mahathir petik isu IPP ini secara khusus untuk salahkan Najib?

Sebenarnya, peranan 1MDB membeli IPP dengan skala besar pada tahun 2011 dan 2012 untuk menyelesaikan masalah perjanjian janakuasa swasta berat sebelah yang dibuat Mahathir ketika dia PM4 adalah antara perkara yang paling Mahathir tidak s**a.

Mahathir pernah mengaku bahawa kroni-kroni swasta pernah mengadu kepada dia bahawa Najib sedang mengganggu perniagaan mereka.

Kita semua maklum bahawa perjanjian IPP yang berat sebelah yang memaksa TNB membeli kuasa pada kadar lebih tinggi dan menjamin keuntungan mereka ini pernah merugikan negara sebanyak RM15 biliion hingga RM20 bilion SETIAP tahun dari segi beban subsidi gas Petronas kepada IPP swasta dan juga kerugian kepada TNB.

Petronas berkali-kali lapor bahawa "foregone revenue" ataupun subsidi bagi IPP telah menyebabkan kerugian terkumpul mencecah RM150 bilion bagi mereka.

Jadi, bagaimana nak capai Wawasan 2020 jika negara terbeban dengan masalah kehilangan RM15 bilion setiap tahun kepada kroni-kroni swasta pilihan Mahathir?

Isu perjanjian IPP berat sebelah ini pernah menjadi isu yang sangat besar sebelum PRU13 tetapi ianya disenyapkan selepas ianya diselesaikan pada tahun 2012.

Malah, penganalisa-penganalisa kewangan pernah gelar pada tahun 2012 selepas penyelesaian masalah ini sebagai "no more sweetheart deals" bagi IPP.

Najib pernah tuls berkenaan perkara ini berulang-kali tetapi tidak pernah dinafikan oleh Mahathir atau sesiapa pun.

Susulan penyelesaian ini, Petronas jimat sekitar RM15 bilion setahun manakala TNB kembali untung.

Tambahan p**a, keuntungan Tenaga juga naik mendadak sejak tahun 2012 dan harga sahamnya naik berganda dari RM5 ke lebih RM15, memberi manfaat kepada jutaan Rakyat yang ada simpanan dalam tabung-tabung amanah seperti PNB, KWSP, KWAP dan sebagainya.

Ini salah satu link bagi posting Najib berkenaan isu ini berserta bukti bagi kesan penyelesaian tersebut:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0MMTvUjiGTyyvHpwFgXjKkt2CFh6xEYkRKF7NFNBTeiKNvefyWPjXeDXuxYmB4HTHl

22/11/2022
18/11/2022

Address

Petaling Jaya
82200

Telephone

+60122694108

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Regenerative Power Return Energy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Regenerative Power Return Energy:

Share