Superb Kidz Planet

Superb Kidz Planet Tips didik anak dan juga membekal buku, kad imbas, softbooks, permainan pembelajaran dan sebagainya. pm/whats app +6016 416 5177

Sharing tips for children's education & One stop centre to buy softbook, books, flash cards, educational toys dan parenting books. Also provided Telekung Solat & health supplement for children
For more information please

15/03/2022

Iklan Siam tak pernah mengecewakan. 🤣
Cara Mendidik Anak.
P/S : Didik anak ni, bukan mak je.
Ayah kena turun padang sekali.
Tapi,
BUKAN dengan pukul & marah.
Ada banyak cara lain,
selain pukul.
Nah ibu ayah,
ini apps disiplinkan anak tanpa pukul --> www.anakdisiplin.com/27549

Dah nak sekolah ni, maka tolong ingatkan anak2, yang penting mak ayah kena tahu dan ingat. Samada anak sendiri punya, ma...
29/12/2020

Dah nak sekolah ni, maka tolong ingatkan anak2, yang penting mak ayah kena tahu dan ingat. Samada anak sendiri punya, mahupun anak orang lain punya.

Ada seorang sahabat saya dulu pelik dengan saya. Saya selalu cakap dengannya “mak ayah wajib menjadi guru pertama pendid...
25/12/2020

Ada seorang sahabat saya dulu pelik dengan saya. Saya selalu cakap dengannya “mak ayah wajib menjadi guru pertama pendidikan seks anak-anak”

Katanya, “Buat apa mak ayah nak ajar benda gitu? Silap-silap anak tu nanti akan explore dan buat benda yang tak elok. Nanti dah besar anak tahulah sendiri”…

Tapi selepas saya menceritakan pengalaman saya berceramah di sebuah sekolah rendah dihadapan 250 orang murid darjah 2, terus beliau berubah fikiran.

Pendidikan seksualiti wajib diajar kepada anak sedari kecil!

Ketika itu, saya menyampaikan topik sentuhan selamat dan tidak selamat. Saya bertanyalah kepada pelajar apa yang mereka faham tentang perkataan maksiat.

Maka, ada yang menjawab maksiat tu dosa, benda jahat, Allah larang dan lain-lain. Namun mengejutkan dalam ramai-ramai tu, ada seorang pelajar lelaki angkat tangan dan menjawab ROGOL! Dah lah suaranya kuat, semua pelajar dengar sekali. Murid lelaki gelak, murid perempuan turut ketawa. Lalu, saya mendapatkan pelajar berkenaan dan bertanya ROGOL tu apa.

Pelajar tu jawab, “Rogol tu bila ada 2 orang, lelaki dan perempuan, dia masuk ke dalam bilik.”

Lalu saya terus bertanya, “Lepas masuk bilik?”

“Kuncilah pintu.” Jawab kanak-kanak berkenaan tanpa rasa bersalah. Kawan-kawan yang lain semakin gelak besar, terutama pelajar lelaki. “Lepas kunci pintu, baring atas katil, tanggal baju.”

Allahuakbar!

Di sebalik gelak tawa kebanyakan pelajar, saya berasa sedih. Saya terpempan saat mendengar jawapan si pelajar, 8 tahun.

Apa yang ada dalam fikiranmu duhai anak?
Kebiasaannya, jika seorang kanak-kanak mampu menggambarkan perlakuan rogol itu sendiri, maka ini kemungkinan yang telah berlaku kepadanya :

Sudah terjebak dengan video lucah atau filem/drama yang berunsur soft po*******hy

Pernah melihat abang atau kakak bawa pakwe atau makwe balik ke rumah

Dengar kawan cerita

Melihat mak ayah berjimak depan mata!

Allahuakbar! Seramnya!

Bila saya ceritakan pengalaman saya ini, saya lihat wajah sahabat saya berubah. Seolah-oleh berdebar rasa hati dan sedang membayangkan wajah anak sendiri di depan mata.

Kalau kita mak ayah tak didik anak dahulu, maka orang lainlah yang akan ‘didik’ anak kita. Bayangkan, ‘guru’ pertama anak itu adalah rakan sebayanya atau video lucah.

Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun..

Pendidikan Seks ni bukannya nak ajar anak buat seks atau posisi seks, tetapi kita nak educate mereka agar pelihara tubuh badan serta menjaga amanah yang Allah bagi terutama kemaluan

Klik sini sekarang
http://bit.ly/FormulaDidikanSeksualitiAnak
http://bit.ly/FormulaDidikanSeksualitiAnak

"KENAPA TAK BOLEH TENGOK MAMA? "Terus terang saya sebenarnya memang sangat berdebar- debar bila anak-anak tengok rancang...
24/12/2020

"KENAPA TAK BOLEH TENGOK MAMA? "

Terus terang saya sebenarnya memang sangat berdebar- debar bila anak-anak tengok rancangan tv. Remote tv memang selalu saya pegang jika anak2 tengok tv skali.

Lagi2 bila makan kat kedai dengan anak-anak. Sebab kadang-kadang terlintas adegan / aksi /iklan yang tidak layak dilihat oleh anak2. Bukan kat tv saja tapi di youtube & facebook serta media sosial lain.

Bila anak tanya soalan seperti di atas, biasanya saya jawab sebab ia hanya untuk tontonan orang dewasa saja.

Tapi sampai bila saya nak jawab begitu? Saya sendiri pun sedar bahawa tak selamanya saya disisi anak2 untuk melindungi mereka.

Anak-anak perlu tahu Pendidikan Seks supaya anak- anak tahu hak mereka, tahu lindungi tubuh badan, tahu menjaga diri, tahu nak kena buat apa, tahu jaga amanah yang Allah kurniakan terutamanya kemaluan.

Alhamdulillah, saya sendiri dah belajar dari ebook Penceramah Akhi Fairuz Al Jengkawi ini. Tuan Akhi Fairuz ni memang terkenal memperjuangkan pendidikan seksualiti, isu anak2 dan kekeluargaan. Kalau tuan puan ingin belajar juga, boleh ke website beliau kat sini http://bit.ly/FormulaDidikanSeksualitiAnak .

Pendidikan seksualiti memang takde dalam buku teks & tak diajar di sekolah secara formal. Patutlah dulu2 masa sekolah, cikgu takda ajar pun. Mak ayah saya sendiri pun tak ada ajarkan secara formal. Bila dah ada perkongsian sebegini, saya memang tak akan lepaskan peluang untuk ajar anak secara ilmiah dan santun serta sebarkan demi anak2 yang lain.

Terlalu banyak kes rogol, liwat ,cabul dan sebagainya melibatkan kanak-kanak. Dan kebanyakan kes berlaku dari orang yang terdekat seperti sepupu, kawan sekelas dan saudara. Kalau mak ayah yang tak ajarkan anak dari kecil, nak mengharapkan siapa lagi?

Semoga anak2 kita dilindungi dari manusia bertopengkan syaitan.

Kak wunny
Mom of 3 Powerpuff Girls



Assalamualaikum. Sy rasa bertanggungjawab sangat kerana kasihankan anak2. Anak2 dah nak bersekolah, jadi kebanyakan masa...
24/12/2020

Assalamualaikum.

Sy rasa bertanggungjawab sangat kerana kasihankan anak2. Anak2 dah nak bersekolah, jadi kebanyakan masa tiada di depan mata mak ayah.

Dah banyak kes rogol, liwat, cabul berlaku pada anak2. Mak pak yang tak berinformasi hanya tahu buat senyap. Kebanyakan kes berlaku bukan dari orang jauh tapi dari orang yang terdekat saja termasuklah sepupu, kawan sekelas, saudara.

Saya faham ada mak ayah yang malu nak ceritakan mengenai seksualiti pada anak2.
Ilmu yang dikongsikan oleh penceramah terkenal Akhi Fairuz Al Jengkawi ni bertepatan dengan pendekatan yang sesuai untuk menerangkan pada anak2 secara ilmiah. Penceramah ini sememangnya berkongsi mengenai pendidikan seksualiti, kisah kanak2 dan remaja dan isu kekeluargaan.

Pendidikan seksual wajib diajar kepada anak sejak dari kecil. Supaya anak tahu jaga diri, jaga tubuh badan serta menjaga amanah Allah bagi terutama kemaluan.
Ilmu ini tak diajar di sekolah. Jangan malu, biar anak tahu. Lindungilah anak2 kita.

Tuan penceramah Akhi Fairuz Al Jengkawi berkongsi ilmunya melalui 2 ebook iaitu:

1. Mudahnya Mengajar Pendidikan Seksualiti Pada Anak dan Ancaman Ponografi. Link Ebook:

http://bit.ly/FormulaDidikanSeksualitiAnak

2. 25 Kisah Benar Mengenai Salah Laku Seksual Dan Cara Nak Elak Dari Terus Berlaku. Link Ebook:

http://bit.ly/bukumasalahdansolusi

Jemput share semua.

14/03/2020
22/02/2020
ADAB MENZIARAH.Jangan datang menziarah dan sila bertangguh menziarah jika ada anak yang sakit. Terutama penyakit berjang...
12/01/2020

ADAB MENZIARAH.

Jangan datang menziarah dan sila bertangguh menziarah jika ada anak yang sakit. Terutama penyakit berjangkit.

Penyakit berjangkit boleh tersebar melalui udara, sentuhan secara langsung dan tidak langsung serta melalui cairan.

Lebih-lebih lagi jika tempat yang diziarahi ada kanak2 yang rendah sistem imunitinya dan ada bayi yang baru dilahirkan.

Saya over protective?

Saya pernah ada pengalaman jaga anak yang ekzema, impetigo, scabies, hfmd, chickenpox, kutu babi bersepah. Maka saya tak akan biarkan perkara ini berulang lagi.

Saya tau macamana siksanya budak yang sakit dan macamana siksanya nak jaga mereka. Jadi jangan pelik jika saya tegas mengenai perkara ini.

Jadi tolong lah orang dewasa!! Tolonglah jangan pentingkan diri. Mohonlah tangguh ziarah orang lain hingga anak sendiri betul2 sihat.

Tolong sebarkan untuk kesedaran bersama.


Jom ajar anak2😄
26/12/2019

Jom ajar anak2😄

Address

Lot 8111, Lorong Ikat Setia, Jalan Kurong Batang, KM 6, Kampung Nesam, Kangar
Perlis
01000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

0164165177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Superb Kidz Planet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Superb Kidz Planet:

Share

Category