15/02/2020
" APA YANG KAU LIHAT .. HANYA SECEBIS .. ANDAI HIJAB KAU DIBUKA SEMUA? "
By Hadi Fayyadh
Dia menyerahkan segelas arak kepadaku. “Cherr”... Gelas aku dan gelasnya di lagakan.
Namun, dia tidak p**a minum. Kelihatannya dia sedang menunggu aku yang terlebih dahulu meneguknya. Tanpa berbicara, aku terus mengangkat gelas tadi dan meletakkannya dibibirku. Sambil mataku memerhatikannya, secara spontan tiba-tiba dia berkata sesuatu.
“Cuba kau lihat apa yang ada di dalam gelas?”
Tanpa bicara panjang, aku terus melihat, dan ternyata arak tadi bertukar menjadi air yang sangat busuk. Ada nanah, ulat, darah dan najis pekat di dalamnya.
Tanpa sengaja aku terlepas daripada memegang gelas tadi, lalu jatuh berkecai ke lantai. Aku muntah berkali-kali disitu. Kerongkongku bagai disapu rasa loya yang teruk. Mukaku jadi merah padam. Seperti segala apa yang ada diperut bagai keluar semula. Aku longlai. Aku letih.
Lelaki tadi hanya memandang. Dia tersenyum lalu berkata.
“ Kenapa kau tidak minum sahaja arak tadi ? Aku terdiam lagi.
Mataku ligat memerhatikan keadaan sekeliling. Alangkah terkejutnya aku semua yang ada disitu berubah wajah. Ada yang bertanduk. Makanan disitu semuanya bertukar menjadi najis. Pelayan ‘Pub’ juga bertukar.
Suasana menjadi mengerikan. Aku mahu menjerit. Lelaki tadi memegang bahu, sambil jarinya diletakkan di mulutku. Nampak seperti dia cuba menenangkanku. Aku masih dalam keadaan ketakutan. Aku mula berdiri.
“ Kau tak akan ke mana-mana, kau akan tetap disini” Lelaki tadi tiba-tiba berkata.
“Tapi .. kenapa mereka ....” Belum sempat aku berkata, dia terus dudukkan aku semula. Aku masih tertanya. Siapa lelaki ini dan kenapa mereka semua bertukar wajah?
“Manusia ke atau apa mereka ni ..? Jelek dan huduh sungguh wajah mereka..”
Pandanganku dicuri dengan beberapa ekor makhluk bertanduk, lidahnya sangat panjang dan duduk terkangkang di atas sofa dan kerusi. Makhluk itu menjilat makanan yang bertukar menjadi najis diatas meja.
Apa yang sedang terjadi di kelab malam itu? Siapakah lelaki yang mencabarnya minum arak pada malam itu?
ORDER SEKARANG! WHATSAPP now 👇
Wasap.my/60164060649/naknovelhadifayyadh