13/04/2022
Assalamualaikum
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Program Iftar Ramadhan dan Sumbangan Aidilfitri Selera B'BOS 2022
Kami dari NDW Bina Sdn Bhd dan Maszmi Enterprise, Pihak pengurusan Selera B'BOS (Kedai No 11, Medan Selera Desa Selatan) akan mengadakan program Iftar Ramadhan dan sumbangan Aidilfitri seperti maklumat di bawah;
Iftar Ramadhan
Agihan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Rapid & Pengerang
Tarikh : 19 April 2022 bersempena Hari Nuzul Quran
Sasaran : 400 bungkus
Sumbangan Aidilfitri
Agihan bantuan (barangan keperluan/Wang ringgit) kepada kumpulan asnaf dan anak yatim di salah sebuah sekolah rendah kerajaan di Pasir Gudang.
Berikut jumlah sasaran mengikut maklumat daripada pihak sekolah;
Asnaf : 125 orang
Anak Yatim : 18 orang
Sumbangan akan disalurkan kepada pihak sekolah secara terus untuk pengagihan. Tarikh penyerahan sumbangan kepada pihak sekolah : 21 April 2022
Sumbangan anda boleh disalurkan kepada
Nama akaun : Maszmi Enterprise
No akaun : 551173506113 (Maybank)
Sumbangan ditutup pada 20 April 2022. Lebihan sumbangan selepas tarikh tutup akan disalurkan ke tabung masjid Kg. Lepau.
Salam Ramadhan
Salam Aidilfitri