Shekavendor

Shekavendor �Online Order: Whatsapp The Link below
http://www.wasap.my/60194519214

15/10/2023

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL/IKE AYE

BAHAN UTK REBUS IKAN :

Rebus dengan api perlahan.

2 ekor ikan tongkol bersihkan
3-4 helai daun pandan
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Garam dan gula melaka
Sedikit cuka, tk letak pun tkpe
**ganti dengan air je sikit

BAHAN UTK KUAH GULAI (DIKISAR) :

Bawang merah
Bawang putih
Jintan manis
Ketumbar
Serai

BAHAN LAIN :

1peket serbuk kari daging
1/2 peket serbuk kerutuk
Sedikit serbuk lada babas
Cili kisar
Garam/gula/kiub ikan
Santan pekat (santan kotak).
Santan segar (1biji)
Air rebusan ikan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi smpi naik minyak, naik bau dan kekuningan, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak..

Bancuh rempah kari, kerutuk dan lada ...tumis sekali dgn bahan lain ...api sederhana saja ...msak sampai dia pecah minyak dgn cantik ...masukkan air rebusan ikan.

Tumis lagi sampai dia pecah minyak, masukkan santan segar, santan pekat (kalau x pecah minyak mmg x cntik kuah gulainya nty)...kacau perlahan dgn api sederhana ye...biarkan dia mereneh dalam 15-30 mnit ...masukkan ikan rebus tadi ..kacau perlahan dan masak seketika dalam 5 mnit. Tutup api.

Kredit : Roselyza (mekza kitchen)
**(Sumber rujukan cikgu afy diolah oleh mekza kitchen)

15/10/2023
15/10/2023

Ayam masak serai sedapppppp !!! 😋

Bawang besar
Cabai kering
Halia
Bwang puteh
Serai
Semua blender

Ayam Goreng garam kunyit dulu.

Tumis serai(ketuk) dlm 3/4 btg
3 sekawan ( kayu Manis, bnga lawang &pelaga)

Masuk bhan blender

Tumis bg pecah minyak
Sos cili
Tomato.
Sekeping Asam kpng
Gula
Garam

Selamat mencuba♥️

15/10/2023

RESEPI SAMBAL SARDIN

BAHAN-BAHAN :

Sardin botan

Halia di ketuk
(lebih lg sdp)

Bwg merah + bwg puteh + cili padi merah tumbuk (pada yg tak s**a pedas boleh tukar cili kering kisar)

Air asam jawa/air limau nipis (jgn kedekut biar hilang hanyir)

Bawang besar potong bulat, cili padi ketuk.

Kentang potong nipis dan di goreng.

CARA MEMASAK :

Tumis bhn tumbuk/cili kering kisar tumis sampai naik bau.

Masukkn halia ketuk, cili padi, sos sardin dan masak sampai mendidih.

Masukkan ikan sardin, air asam jawa dan kentang. Gaul2 manja jgn sampai sardin hancur.

Bila sambal dah masak boleh masukkn bawang yg di potong bulat letak sedikit garam/perasa
Siap !

NOTA :
Cara sy mmg xgoreng dulu sardin tu. Klu ikut sebijik resepi sy bg insyaallah ikn xhanyir, halia ketuk dgn air asam jawa tu bahan paling wajib dlm sambal sardin barulah sedap.

Kredit : Empunya Resepi

15/10/2023
15/10/2023

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

500++ grm daging
Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam biji*
2 sudu makan jintan manis biji*
Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
Kicap lemak manis 2 sudu besar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
Cuka 1 sudu kecil
Minyak secukupnya

Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup

Cara
Blend bahan yg bertanda *
Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.

Group resepi kat sini👉 : t.me/inspirasiresepicom
Sumber : Maggie Mohamed




15/10/2023

SUP TULANG MERAH

BAHAN : -
1kg gearbox
1kg daging
1 mangkuk Cili kering (kisar)
2 sudu tepung jagung (bancuh air)
3sdb Sos cili
1 tin kecil tomato puree
3sdb Sos Tiram
Lobak Merah dipotong panjang
Kentang dibelah 4
1 tin Kacang Peas
ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut jea senang.
Bunga Lawang/ kayu Manis (yg ni tak perlu hancurkan.
3 labu Bawang merah besar /5ulas bawang putih/ Halia (kisar)
Serai (ketuk)
Sup bunjut (3 bunjut)
Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
garam secukup rasa
CARA-CARA :-
Rebus daging/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .
Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang Putih/merah/ halia, serbuk jintan(bahan kisar halus tadi).Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Seterusnya masukkn tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili. Masak sampai betul2 pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.
Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah .masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih, last sekali masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata.siap! Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis
Selamat mencuba! 😉

Kredit Asal Tengku RosElyza Raja Muhammad




15/10/2023

Sup Tulang (cara saya masak).
Rebus Tulang letak halia yg diketuk atau hiris.
Bila dah mendidih, buang air rebusan.
Bahan utk tumis:
Bawang merah : hiris
Bawang putih : hiris
Halia : hiris
Serai : ketuk
Cili padi : ketuk
Sup bunjut Adabi utk sup tulang
Akar Daun ketumbar
Rempah2 (utk 2-3kg tulang)
1 pack kecil Rempah Sup Adabi
1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
1 pack Perencah Sup Daging & Tulang
Masukkan bahan tumis
Masukkan rempah2 dan batang daun sup
Tambahkan garam & black pepper.
Masukkan tulang yang dah direbus
Tambah air sehingga paras menutupi semua tulang.
Air baru. Bukan air rebus tulang tadi.
Tunggu sampai mendidih & empuk.
Tambahkan Carrot & kentang dan masak sampai empuk.
Masukkan hirisan tomato & hirisan cili merah.
Daun sup, daun bawang & bawang goreng.
Siap.
Selamat mencuba.
Saya mmg takkan ambik air rebusan pertama tu sbb nak buang semua lemak2.
Tak mengurangkan rasa pun kalau kita buang air tu, janji kita tumis cukup bahan2.
Xoxo 😘
👩🏻‍🍳
Kredit: Ayu Mashruddin

15/10/2023
15/10/2023

RESEPI AYAM VANGGEY🍗

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dan kemudian digaram kunyit dan digoreng masak.
Bahan blender :
20 biji cili kering direbus dulu.
2 bawang besar
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 in halia
Bahan tumis :
3 bunga lawang
2 kulit kayu manis
3 pelaga
4 bunga cengkih.
3 pelepah daun kari.
Bahan rempah :
6 sdb serbuk kari daging
10 sdb serbuk cili.
Bahan lain :
1 cawan gula merah
5 sdb serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali dan masukkan 2 senduk minyak masak.
2.Tumis 4 sekawan, diikuti daun kari hingga wangi.
3.Masukkan cili kisar, masak 20-30 minit sehingga pecah minyak.
4.Masukkan bahan kisar, masak lagi 10-15 minit.
5.Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Masak lagi 15 minit.
6.Masak dgn api perlahan sehingga pecah minyak.
7.Masukkan gula merah, serbuk perasa, kacau hingga sebati.
8.Masukkan ayam dan kuatkan api.
9.Kacau ayam dan kuah hingga sebati.
10.Tutup api...siap.

Credit : to owner

15/10/2023

"Ayam Tomato

Bahan :
1 ekor ayam dipotong 12 dibasuh bersih ditoskan kemudian digaramkunyit n digoreng,jgn terlalu garing dikuatiri keras,angkat n ketepikan.
Bahan kisar halus dgn 1 cawan air
25 biji cili merah
2 biji bawang besar yg besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
2 ruas jari lengkuas
2 ruas jari kunyit hidup
2 ruas jari halia

Tumis bahan kisar sehingga wangi, selama 15 minit,api perlahan

Kemudian tambah
1/2 cawan tomato puri,masak lg sehingga pecah minyak.

Klu nak pekat sikit boleh renihkan kemudian baru masukkan ayam.

Masukkan
3/4 tin cawan susu cair.
Tambah serbuk secukup rasa Megi/garam
Gula

Gaul semua sehingga rata n biarkan mendidih
Tutup api tambah tomato dibelah dan kacang peas tin jika s**a.




Address

Balik Pulau
Penang Island
11000

Telephone

0194519214

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shekavendor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share