23/11/2021
Tajuk: How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-481-704-6
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dale Carnegie
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 368
Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!
Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
Dalami tip berikut:
* Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
* Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
* Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
* Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
--------------------------------------------------
Tajuk: The 7 Habits of Highly Effective People: Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-481-708-4
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Stephen R. Covey
Tahun Terbitan: Cetakan Kelima 2021
Muka Surat: 528
Hidup kita ini bukan sekadar “berlaku”. Secara sedar ataupun tidak, jalan hidup kita ini sebenarnya diatur oleh kita sendiri. Kita memilih untuk gembira, bertegas mahupun bertahan. Kita jugalah yang memilih untuk gagal, takut, dan bersedih. Pilihan di tangan kita. Masalah kita adalah apabila kita silap membuat pilihan, kita berputus asa dan memilih untuk membiarkan kesilapan itu mencorak masa depan kita.
Dinobatkan sebagai salah satu karya yang penuh impak dan berpengaruh, Buku The 7 Habits of Highly Effective People ini sudah berjaya menambat hati pembacanya sejak 25 tahun yang lalu. Buku ini bukan hanya berjaya mengubah presiden sebuah negara ataupun CEO syarikat-syarikat Fortune 500, malah turut memberi kesan kepada individu-individu biasa seperti ibu bapa, guru, serta pelajar.
7 tabiat efektif yang disarankan dalam buku ini ialah:
- Bersikap Pro-aktif
- Mulakan Dengan Matlamat di Minda
- Utamakan Perkara Penting Dahulu
- Fikirkan Menang-Menang
- Usaha untuk Memahami Dahulu, Kemudian untuk Difahami
- Hubungan Sinergi
Berjuta pembaca yang mengaplikasikan 7 tabiat dalam buku ini berjaya membuka peluang baru yang jauh lebih baik dan bermanfaat dalam hidup mereka. Adakah kita masih hanya mahu melihat dan enggan melangkah seiring dengan mereka, apatah lagi mengecapi kejayaan yang selama ini kita impikan?