28/07/2026
Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Lelaki Meninggal Seorang Diri Di Rumah Sew@
BALING – Bau busuk yang menyengat dari sebuah rumah sewa di Kampung Bawah Gunung, di sini, membongkar penemuan jasad seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia seorang diri, hari ini.
Penemuan tragis itu disedari oleh rakan mangsa selepas lelaki berkenaan dilaporkan tidak hadir ke tempat kerja sejak dua hari lalu tanpa sebarang khabar berita.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi bagi mendapatkan bantuan khas memotong pintu rumah yang berada dalam keadaan berkunci dari dalam.
“Sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira lima minit bagi membuka pintu rumah berkenaan menggunakan peralatan khas.
Sebaik pintu berjaya dibuka, pemeriksaan di dalam rumah mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak bernyawa,”
Penemuan mayat tersebut menjawab tanda tanya rakan-rakan sekerja yang sebelum ini cuba menghubungi mangsa selepas dia gagal menghadirkan diri ke tempat kerja.
Tiada sebarang pencerobohan awal dilaporkan sebelum pintu dibuka oleh pihak bomba.
mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan forensik dan proses pengecaman.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik hospital berhampiran bagi menjalankan proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.
Photo dr Bbp Baling.