Pakar Welding

Pakar Welding Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pakar Welding, Household Supplies, Depan Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh.

Kami pakar dalam pembuatan produk berasaskan welding seperti ampaian baju, sangkar kucing/ayam,dapur bbq, pelbagai jenis rak dan grill — hasil kerja kemas, tahan lasak dan berkualiti.

13/11/2025

Pakar Welding menyelesaikan masalah semua. Kami pakar dalam kerja custom pelbagai barangan rumah seperti ampaian, rak, sangkar kucing dan macam2 lagi.

13/11/2025

Pelanggan kongsikan produk pertama yang di bakar menggunakan teknik smoke 8 jam, Kambing golek smoke yang juicy dan sangat lembut.

Ia dibakar dalam rumah salai/smoke yang di bina, dan struktur besinya di rekabentuk oleh kami Pakar Welding.

Alhamdulillah kepakaran Pakar Welding mampu membantu usahawan untuk menghasilkan rumah salai/smoke yang sempurna.

Rumah salai/smoke dari Pakar WeldingKami juga menghasilkan rumah salai beserta struktur binaan besi untuk fungsi smoke/s...
13/11/2025

Rumah salai/smoke dari Pakar Welding

Kami juga menghasilkan rumah salai beserta struktur binaan besi untuk fungsi smoke/salai buat pelanggan kami.

“Stand Welcome board untuk pelanggan Kami..”Biasa guna kayu, tapi pelanggan kita tempah stand dari besi yang kukuh sebab...
13/11/2025

“Stand Welcome board untuk pelanggan Kami..”

Biasa guna kayu, tapi pelanggan kita tempah stand dari besi yang kukuh sebab saiz welcome board yang besar memerlukan sokongan material stand yang kukuh..

Kami dari Pakar Welding, berusaha sebaiknya untuk memenuhi permintaan pelanggan kesayangan kami.

13/11/2025

Pelanggan belanja kami dengan video kambing golek menggunakan Dapur Golek Modular dari Pakar Welding… Memang terbaik, dapur yang di reka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan Kami. Bukan sahaja mudah buka dan di pasang semula, malah senang sungguh di bawa ke mana mana.

“Dapur Golek Modular – Pasang Sendiri, Bakar Di Mana Saja”Tempahan pelanggan dah siap. Kami panggil Dapur Golek Modular,...
13/11/2025

“Dapur Golek Modular – Pasang Sendiri, Bakar Di Mana Saja”

Tempahan pelanggan dah siap. Kami panggil Dapur Golek Modular, sebab boleh pasang dan buka sendiri, senang bawa dan jimat ruang kereta.

Jom tengok kelebihan Dapur Golek Modular

➡️ Dapur yang boleh dibuka dan pasang sendiri,
➡️ Setiap bahagian (contohnya pemegang, pemutar, dapur, rangka) boleh dicabut dan disimpan berasingan,
➡️ Senang dibawa ke mana-mana — jimat ruang dalam kereta,
➡️ Dan kalau satu bahagian rosak, boleh ganti modul tu saja, tak perlu tukar keseluruhan dapur.

Mudahkan?

Bukan sahaja peniaga yang wajib ada Dapur Modular, mereka yang s**a berkumpul satu keluarga yang s**a makan dan BBQ wajib miliki ya.

Dapatkan dengan Pakar Welding, hasil kerja welding yang berkualiti dan terbaik.

“Cantiknya Gazebo  …”Dah siap terus kita jadikan tempat makan2. Seronoknya..jadi tempat berkumpul ramai ramai. Kita tamb...
13/11/2025

“Cantiknya Gazebo …”

Dah siap terus kita jadikan tempat makan2. Seronoknya..jadi tempat berkumpul ramai ramai.

Kita tambahkan seri gazebo dengan cat seperti kayu, berkilat. Pasang atap dan lantaian kayu untuk tampil klasik. Kita cantikkan lagi dengan pasang langsir putih, bagi nampak lagi wow…

Gazebo adalah idaman setiap keluarga. Pakar Welding jadikan rumah dan laman anda berseri.

13/11/2025

“Gazebo pun Pakar Welding buat ya💪…”

Nak hasilkan gazebo bukan kerja mudah. Kena ada seni, kena ada sabar. Kami buat satu-satu dengan teliti, kami gabungkan idea dan kemahiran.

Kreativiti sangat penting, bila nak hasilkan produk wow yang ada seni. Bukan kayu je yang boleh mengasilkan gazebo yang cantik dan klasik, besi juga boleh menghasilkan produk yang ada seni.. Paling penting, siapa pakarnya..

Kami dari pakar welding, mahir dalam kerja2 seni besi.. 🥰

11/11/2025

“Coley… Sangat membantu penternak seperti Mami..”

Terima kasih Pakar Welding sebab hasilkan produk hasil welding iaitu Coley Roda 2 yang sangat bermanfaat dan membantu kerja operasi di Ladang Mami.

Mudah sangat, penternak wanita seperti Mami pun boleh menggunakan coley untuk kerja kerja operasi.

“Coley Roda 2 pun kami buat…”Bakul beroda 2 yang dipasang di belakang motosikal, kami panggil ia coley. Mudahkan, ia sel...
11/11/2025

“Coley Roda 2 pun kami buat…”

Bakul beroda 2 yang dipasang di belakang motosikal, kami panggil ia coley. Mudahkan, ia selalunya dipakai oleh pekebun atau pun penternak untuk angkut hasil kebun/makanan ternakan.

Ha, ini adalah coley yang di tempah oleh pelanggan kami. Coley ini digunakan oleh pekerja mereka untuk mengangkut rumput2 hijau yang baru di mesin untuk di makan oleh ternakan peliharaan mereka. Ada lembu, kambing, dan juga unggas.

Mudahkan? Kepakaran kami adalah dalam menghasilkan produk welding yang mampu menyelesaikan masalah pelanggan kami.

Jom tempah dengan kami ya ‼️

“Kami pakar dalam kerja welding ..”Hasil tangan kemas, kukuh dan boleh pakai lama.Nak pagar rumah? Nak buai berendoi? Na...
11/11/2025

“Kami pakar dalam kerja welding ..”

Hasil tangan kemas, kukuh dan boleh pakai lama.

Nak pagar rumah? Nak buai berendoi? Nak reban atau ampaian? Semua kami boleh buat.

Kami jaga kualiti, sebab setiap kimpalan kami ada nilai dan tanggungjawab. 💪🔥

Address

Depan Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kampung Gong Pasir
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakar Welding posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share