Terbaik Dari Pakar

Terbaik Dari Pakar Amalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan keluarga. Ketua keluarga sihat keluarga bahagia

  KELAPA MUDAAIR kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan,...
13/05/2020

KELAPA MUDA
AIR kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.

Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.

Mahu tahu apakah kebaikan air kelapa? Ini hanya sebahagian manfaatnya:

1) Dapat mengurangkan berat badan

Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.

2. Baik untuk kulit

Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.

3) Melambatkan proses penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.

4) Membantu penghadaman

Jika perut sentiasa kembung dan s**ar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.

5) Menurunkan tekanan darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.

  MANDI PAGIMandi juga boleh diertikan menurut tuntutan atau perintah agama seperti mandi wajib atau juga terapi untuk k...
11/05/2020

MANDI PAGI
Mandi juga boleh diertikan menurut tuntutan atau perintah agama seperti mandi wajib atau juga terapi untuk kesihatan.Mandi sebelum subuh atau awal pagi banyak kelebihan dan kebaikan jika diamalkan dengan betul ,sama ada mampu atau tidak untuk bangun sebelum subuh itu bergantung pada pendirian masing - masing ,bak kata peribahasa melayu " hendak seribu daya tak hendak seribu dalil ".

Justeru itu , sama - samalah kita mendalami dan pelajari apakah kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh sepertimana artikel yang tertera di bawah :
Related
Jangan amalkan tabiat tidur dengan lampu yang menyala terang ! Bahaya
Tips mengatasi tekanan / stress dalam kehidupan
20 tips adab dalam berbicara ,jom sama - sama kita amalkan

1 - Meningkatkan kesuburan untuk lelaki .
Berbeza dengan mandi panas, air panas tidak baik untuk alat sulit lelaki, kerana ia berpotensi mengurangkan jumlah sperma. Jika anda bercadang untuk mempunyai anak, sudah tiba masanya untuk mandi air sejuk sebelum subuh. Kerana pancuran air sejuk boleh meningkatkan kesuburan anda.

2 - Mencegah dan merawat hipertensi / tekanan darah tinggi .
Mengambil air sejuk sebelum subuh dapat meningkatkan peredaran darah, sehingga akhirnya meningkatkan kesihatan keseluruhan, termasuk jantung dan membantu mencegah hipertensi, pengerasan arteri, dan mencegah pembuluh darah.



3 - Meningkatkan imuniti .
Meningkatkan sel darah putih ,kerana pendedahan kepada air sejuk dapat menguatkan imuniti badan, kerana ini akan meningkatkan kadar sel darah putih dan tahap metabolisme yang dapat mengurangkan kemungkinan selesema, dan bahkan beberapa jenis kanser.

4 - Membantu menurunkan berat badan .
Terdapat dua jenis lemak dalam tubuh manusia, lemak putih dan lemak coklat. Apabila kalori yang kita makan berlebihan, kandungan kalori berkumpul menjadi lemak putih dan lemak coklat berguna untuk memanaskan badan apabila alam sekitar sejuk.Mengambil air sejuk sebelum subuh akan menggalakkan pengeluaran tenaga membakar lemak coklat berbanding dengan lemak putih.

5 - Kurangkan Tekanan .
Selain merangsang pembakaran lemak badan, mandi sejuk juga dapat merangsang otak untuk melepaskan noradrenalin, yang dapat mengurangkan tekanan.

6 - Membantu menghilangkan toksin badan .
Mandi sejuk sebelum subuh membantu Sistem Lymphatic ,memainkan peranan penting dalam mengeluarkan sisa dan mengangkut sel darah putih untuk melawan jangkitan, yang merupakan proses yang bergantung kepada penguncupan otot. Mandi sejuk akan menggalakkan perkembangan dan membantu sistem limfa.

7 - Melegakan pernafasan .
Air sejuk dapat memperdalam pernafasan anda dan membantu melawan keletihan. Walaupun anda menghadapi kesulitan tidur, pancuran sejuk dipercayai menjadikan tidur lebih baik.

8 - Muka yang lebih cerah .
Jika air panas boleh membuat kulit kering. Tetapi air sejuk sebenarnya boleh membantu mengetatkan liang-liang, menggalakkan detoksifikasi (menjadikan kulit lebih cerah). Di samping itu, air sejuk juga menjadikan saluran darah sempit untuk mengurangkan bengkak dan penampilan bulatan hitam di bawah mata

9 - Rambut lebih sihat dan berkilat .
Dengan mandi air sejuk sebelum subuh akan menutup kulit kepala luar yang menyebabkan rambut menjadi lebih kuat dan mencegah kotoran terkumpul di kulit kepala. Yang akhirnya melambatkan kehilangan rambut. Selain itu air sejuk juga menjadikan rambut anda lebih berkilat. Sebab, air sejuk tidak melenyapkan minyak yang terdapat pada kulit kepala dan rambut.

10 - Badan segar bugar .
Apabila anda ingin mengawali hari dengan tubuh yang segar bugar, mandilah air dingin sebelum subuh, karena air dingin akan sangat membantu membangkitkan saraf-saraf dalam tubuh anda.

Bagi mereka yang belum biasa mandi sebelum subuh ,jom amalkan tips di atas pasti banyak manfaatnya .Bagi mereka yang sudah biasa mengamalkan mandi sebelum subuh sudah pasti tubuh badan rasa lebih nyaman dan bermaya dan satu kerugian besar bagi mereka yang tidak mengamalkan tips mandi sebelum subuh atau di awal pagi .

  BERSUGIDiriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada...
11/05/2020

BERSUGI
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa siwak dapat

membersihkan mulut,
mendapat reda Allah,
memutihkan gigi,
mengelokkan ketawa,
menguatkan tulang belakang,
menuatkan gusi,
melambatkan tua (uban),
mengelokkan akhlak,
menajamkan kebijaksanaan,
menambah pahala,
memudahkan nazak,
mengingatkan syahadah ketika hampir mati.
Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan
ketawa.

Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar.

Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah

  CILICili merah juga merupakan makanan yang kaya dengan zat. Cili merah mengandungi vitamin C dan betakaroten (provitam...
11/05/2020

CILI
Cili merah juga merupakan makanan yang kaya dengan zat. Cili merah mengandungi vitamin C dan betakaroten (provitamin A), yang lebih tinggi daripada buah-buahan seperti tembikai, betik dan mangga.

Malah, kadar mineralnya, terutama kalsium dan fosfor, mengungguli ikan segar. Tetapi kandungan vitamin C cili hijau lebih tinggi daripada cili merah.

Berikut beberapa khasiat yang terdapat pada cili merah:

Baik Untuk Kesihatan Jantung
Anda yang cenderung mempunyai tekanan darah yang terlalu tinggi disarankan mengambil lada merah dalam jumlah yang tidak berlebihan. Zat yang terkandung dalam cili merah iaitu ‘capsaicin’ mempunyai kemampuan untuk membantu menyembuhkan bebrapa penyakit tertentu, termasuk darah tinggi.

Mencegah Stroke
Cili merah dikatakan dapat memperkecilkan risiko terserang stroke, penyumbatan pembuluh darah, impotensi dan penyakit jantung koroner. Ini adalah kerana pengambilan ‘capsaicin’ secara rutin membuatkan darah akan tetap berjalan lancar dan kerak lemak pada pembuluh darah tidak akan terbentuk. Jadi, cili merah juga mampu mengurangkan terjadinya penggumpalan darah.

Meredakan Sakit Kepala Dan Lenguh Sendi
Rasa pedas yang ditimbulkan ‘capsaicin’ boleh menghalang aktiviti otak ketika menerima singnal rasa sakit daripada pusat sistem saraf. Kelambatan perjalanan singnal ini akan mengurangkan rasa sakit yang anda tanggung.

Meningkatkan Nafsu Makan
Zat ‘capsaicin’ dalam cili merah dapat merangsang pengeluaran hormon endorphin, hormon yang mampu membangkitkan rasa nikmat dan kebahagiaan, sehingga membuatkan nafsu makan anda menjadi bertambah-tambah.

Menurunkan Kadar Kolesterol
Memiliki kandungan antioksidan.Antioksidan dapat digunakan untuk mengatasi ketidaksuburan (infertilities), aphrodisiac, dan memperlambatkan penuaan.

  MADUKeistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan m...
11/05/2020

MADU
Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

FIRMAN DAN HADIS

Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:-

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau s**ai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.

DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM

Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya.

Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W p**a menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali.

Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

Maksudnya: Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.

  & KESIHATANBanyak pakar dan ilmuwan bidang perubatan membuat kaji selidik sejak sekian lama dalam usaha mengkaji manfa...
11/05/2020

& KESIHATAN
Banyak pakar dan ilmuwan bidang perubatan membuat kaji selidik sejak sekian lama dalam usaha mengkaji manfaat puasa dari sudut kesihatan.
Pada 1994, sekump**an pakar sains kesihatan membentangkan hasil kajian di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan dan semuanya bersetuju puasa Ramadan dan amalan puasa tidak sekali-kali memudaratkan.

Apa yang lebih menakjubkan, pakar kesihatan dunia itu juga memperakui amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, membuat penyelidikan puasa Ramadan dari aspek kesihatan dan melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan.

Kesan positif berpuasa

Hasil kajiannya mendapati puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak.
Turut membuat kajian, Dr F Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran, dan hasilnya sama seperti ditemui Dr Soliman.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang meragui kebaikan berpuasa Ramadan dengan mengatakan ia akan memudaratkan dan menjejaskan kualiti kesihatan khususnya kepada pesakit buah pinggang.

Mitos mereka disanggah dengan bukti dan hujah yang padat aspek imperikal. Sekump**an ilmuwan sains kesihatan dilaporkan pada 2010 mendapati mitos itu palsu belaka, sebaliknya apa yang nyata ialah puasa Ramadan langsung tidak menjejaskan fungsi buah pinggang.

  BULU???Di dalam nas -nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang t...
11/05/2020

BULU???
Di dalam nas -nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuh manusia. Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Riwayat Al-Bukhari (5889)

Para ulama apabila mengulas kalimah Istihdad daripada hadis di atas mengatakan, maksudnya adalah: Mencukur bulu kemaluan. Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Istihdad adalah mencukur bulu kemaluan, iaitu bulu-bulu yang berada di sekitarnya. Lihat Tahrir Alfazh al-Tanbih, Al-Nawawi (Hlm. 253).

Imam al-Nafrawi dari kalangan fuqaha bermazhab Maliki menyatakan bahawa bulu-bulu yang berada di sekitar dubur juga turut dikira sebagai bulu kemaluan. Rujuk Al-Fawakih Al-Dawani, Al-Nafrawi (2/306).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat tiga bulu yang disebutkan untuk dipotong iaitu bulu kemaluan, bulu ketiak, dan juga misai. Maka kita diperintahkan untuk memotong, mencukur, atau mencabutnya.

  lelaki BERJANGGUT dan BERJAMBANG1. SUNNAHBerjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sah...
11/05/2020

lelaki BERJANGGUT dan BERJAMBANG

1. SUNNAH

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:- "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)

2. Malaikat Menadah Air Wuduk Yang Jatuh Dari Janggut

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak s**a kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat”.

3. Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Subhanallah!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang bersama dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

4. Menyerlahkan Sifat Kelakian

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol, sasa, seksi dan lebih menyerlahkan sifat kelakiannya. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik. Hasil kajian itu dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

5. Jimat dan Memudakan

Simpan jambang dapat menjimatkan duit daripada membeli shaver dengan kerap. Masa bercukur di dalam toilet juga dapat dijimatkan sebab hanya perlu mencukur misai dan merapi bahagian yang tertentu. Dan anda akan terasa sangat muda apabila anda tiba-tiba mencukur licin jambang anda. Hehe

Tuan-tuan ada simpan janggut x???

Address

Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terbaik Dari Pakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terbaik Dari Pakar:

Share