Houseofmoms

Houseofmoms a parcel a day keep the sadness away.

❌Kulit telur JANGAN dibuang. ✅10 manfaat kulit telur. 1. Tambah Kalsium Dalam DietCara: Cuci bersih kulit telur, rebus 5...
09/11/2025

❌Kulit telur JANGAN dibuang.
✅10 manfaat kulit telur.

1. Tambah Kalsium Dalam Diet

Cara: Cuci bersih kulit telur, rebus 5 minit, bakar 10 minit, kemudian kisar halus. Tabur sedikit dalam smoothie, yogurt, atau bubur.
Tip selamat: Jangan makan kulit telur mentah. Kisar sampai halus untuk elak luka mulut atau tersedak.

2. Pupuk Semula Jadi Untuk Tanaman

Cara: Hancurkan kulit telur dan tabur di tanah atau campur dalam pasu bunga. Baik untuk tomato, bunga ros, sayur-sayuran.
Tip: Hancurkan sampai kecil supaya cepat terurai.

3. Penghalau Siput & Serangga

Cara: Tabur kulit telur hancur di sekeliling tanaman. Serangga s**a mengelak permukaan tajam.
Tip: Ganti setiap beberapa minggu sebab hujan boleh larutkan serbuk.

4. Campuran Kompos

Cara: Campur kulit telur ke dalam timbunan kompos untuk tambah kalsium dan mineral.
Tip: Hancurkan sebelum masuk kompos untuk mempercepat penguraian.

5. Pembersih Periuk & Kuali

Cara: Campur serbuk kulit telur dengan sabun cuci atau sedikit air. Gosok periuk berminyak atau kuali melekat.
Tip: Jangan guna pada permukaan non-stick untuk elak calar.

6. Penambah Tekstur Tanah Pasu

Cara: Campur kulit telur hancur ke tanah pasu untuk aerasi dan saliran lebih baik.
Tip: Pastikan kulit telur kering sebelum campur ke tanah.

7. Masker Kulit Telur & Madu (Untuk Kulit)

Cara: Campur serbuk kulit telur halus dengan madu, sapu pada wajah 10 minit, kemudian bilas.
Tip: Uji pada kulit kecil dulu untuk elak alahan.

8. Bahan Seni & DIY

Cara: Cat kulit telur rebus, hancur atau pecahkan untuk projek mozek atau dekorasi kraf.
Tip: Gunakan gam yang kuat untuk mozek supaya tahan lama.

9. Penghilang Bau Peti Sejuk

Cara: Letak kulit telur kering atau bakar dalam bekas terbuka di peti sejuk untuk serap bau.
Tip: Tukar setiap beberapa minggu untuk kesan optimum.

10. Suplemen Haiwan Peliharaan

Cara: Campur serbuk kulit telur ke makanan kucing atau ayam untuk tambah kalsium.
Tip: Pastikan halus & tak berlebihan (terutama untuk haiwan kecil).

@ Houseofmoms

22/01/2025

. "Buat ruang rumah dan pejabat anda lebih selesa dengan Digital Humidifier deerma. Klik untuk harga promosi 👉https://t.ly/H8rh2

Resepi donut red velvet by eira aziera. Bahan-Bahan:3 sb besar yis (abam pakai brand pinnacle mauri-pan 11g, abam pkai 2...
18/01/2025

Resepi donut red velvet by eira aziera.

Bahan-Bahan:

3 sb besar yis (abam pakai brand pinnacle mauri-pan 11g, abam pkai 2 paket)
1 gelas air suam-suam kuku (abam pkai 1/4 air panas + 3/4 air sejuk biasa)
3 sb besar gula
– Uolls satukan semua bahan-bahan di atas, kacau/godak hingga sebati. Pakai bekas besar ya sebab yis akan mengembang, abam pakai jug besar jer. Ketepikan (abam biar dalam 1/2 jam).
– Lepas 1/2 jam, yis akan mengembang sampai hampir melimpah jug, tu tandanya yis uolls excellent.
– Make sure uolls pakai yis yang baru/aktif. Part ni pada abam paling penting sebab kalau yis dah rosak, uolls tak dapat la donut yang gebu gebas nanti.

1 kilo tepung gandum (abam pakai brand cap sauh)
3 sb planta
3 sb susu pekat manis
1 sk garam
1 1/2 sb red velvet emulco (abam beli dekat kedai jual bahan kek jer)
Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan di atas, abam uli pakai tangan jer. Kemudian masukkan yis tadi dan uli lagi, kali ni guna kedua-dua tangan yer. Bak kata sis eira azira, donut ni kalau kita uli lagi lama, lagi lembut donut tu nanti.

2. Kalau tengok doh agak lembik, uolls boleh tambah tepung sikit-sikit (uli sampai doh tak lekat dekat tangan). Rehatkan doh sekejap, bagi dia naik 2 kali ganda. Tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin dia dan uli lagi.

3. Kemudian, canai doh (part ni abam agak-agak jer ketebalan doh tu) dan tekap buat bentuk donut ya. Abam just tekap pakai cawan biasa jer, lubang kecik yang dekat tengah-tengah tu abam pakai penutup botol air mineral jer. Biarkan sedikit kembang, barulah digoreng.

4. Bab menggoreng donut ni juga abam rasa part yang paling penting sekali. Minyak tak boleh terlalu panas, so kena pandai control api yer. Kalau minyak terlalu panas, donut akan cepat rentung tapi doh dalam tak masak. Abam just guna api kecil manja-manjah sahaja.

5. Goreng donut sehingga masak. Toskan donut dan mandikan donut uolls dengan gula kaster ya. Kalau rajin uolls boleh la buat cream cheese ke, drizzle dengan lelehan coklat pun boleh. Terpulang la kepada tekak masing-masing yer.

Nota: Untuk adunan 1 kilo abam boleh dapat dekat 20 ketul donut saiz biasa. Kalau uolls jenis rajin, boleh tekap kecik-kecik lagi comel lah donutnya nanti.

Sekian perkongsian daripada abam yang tak seberapa ni, selamat mencuba & semoga bermanfaat guys!.

Credit resepi khairul hasrol

Beli acuan donut disini
https://s.shopee.com.my/9A941HdTUG

Beli food emulco red velvet dan lain2
https://s.shopee.com.my/7KhPqPTX2O

💡Tips ruang tamu sempit. 🚩Gunakan wall panelling penuh di dinding untuk menampakkan dinding anda besar dan luas.🚩Gunakan...
24/06/2024

💡Tips ruang tamu sempit.

🚩Gunakan wall panelling penuh di dinding untuk menampakkan dinding anda besar dan luas.

🚩Gunakan sofa yang multifunction contohnya sofabed.

🚩Gunakan warna cat yang lembut supaya ruang nampak luas.

Warna : Code 1024, 9904.
Boleh beli cat kat sini.
https://s.shopee.com.my/5AXaSvGp8w

Rak Pokok BungaLagiii ♥️♥️♥️♥️TQTQ ABANG KAKAK..BELIKAN UNTUK PARENTS??🎁🎁ATAU UNTUK TANAMAN SENDIRI ??😍Nak Beli?https://...
14/07/2021

Rak Pokok Bunga
Lagiii ♥️♥️♥️♥️
TQTQ ABANG KAKAK..

BELIKAN UNTUK PARENTS??🎁🎁
ATAU UNTUK TANAMAN SENDIRI ??😍

Nak Beli?
https://s.shopee.com.my/g4fVu6gdy

Rak Pasu BungaTQTQTQTQTQTQTQ A LOTTTT ♥️♥️
14/07/2021

Rak Pasu Bunga
TQTQTQTQTQTQTQ A LOTTTT ♥️♥️

Address

Parit Buntar

Telephone

+601135674880

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Houseofmoms posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share