25/08/2019
Apa itu DOUBLE CLEANSING METHOD
Double cleansing bermaksud kita cuci muka sebanyak 2 kali .
Caranya :
1. Cucian pertama dengan oil cleanser .
2. Cucian kedua dengan water based cleanser .
Kaedah nak guna oil .
1. Pastikan tangan dan muka kita dalam keadaan kering , dan bukan lembap .Wajib kering baru method ini berkesan .
2. Urut muka bagi oil cleanser tu buat kerja . Selepas dah urut letak sedikit air untuk pecahkan molekul minyak tadi .Bila letak air minyak tadi akan tukar jadi warna putih .Yang ni di panggil emulsify .Teruskan urut muka , lepas dah rasa ok , Boleh bilas dengan air .
3. Next step proceed dengan water based cleanser .
Berapa kali perlu buat double cleanser ?
Sejujurnya bergantung pada kulit masing-masing .
1. Ada yang pakai setiap hari .
2. Ada yang pakai seminggu 3 kali .
Sebab setengah kulit dia macam tak boleh nak tolerate bila double cleansing hari-hari .
Kalau makeup tebal wajib double cleansing .
Kelebihan double cleansing
1. Mengurangkan segala whitehead dan blackhead.
2. Membersihkan kulit sampai ke dalam pori yang mana cleanser biasa tidak boleh buat .
3. Minyak menarik minyak .Air menarik air .Yang bermaksud segala jenis makeup yang kita guna dari bedak,foundation, sunblock asasnya adalah minyak .Semua tu lagi berkesan dengan oil cleanser dia cuci habis habisan .Sebab bila tak bersih sebab itu yang jadi pori tersumbat dan ke arah breakout .
Kulit berminyak sesuai ke ?
Semua jenis kulit sesuai buat double cleansing .Melainkan ada elergik dengan certain bahan soo kena elert .