FX Aquatic

FX Aquatic Pembekal dan pemborong ikan air tawar dari Kuala Lipis Pahang Pembekal Dan Pemborong Ikan Air Tawar. Bertempat Empangan Jalih Kuala Lipis Pahang. 100% Bumiputra

05/08/2021

6 Ogos 2021
Selamat Menyambut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Ke-46 Tahun.
Terima kasih Nelayan, Peladang dan Penternak!




Setelah kian lama menyepiKini kembali dengan azam dan niat yg baruMencuba penanaman hydroponik rock melon lakEquipment d...
21/04/2021

Setelah kian lama menyepi
Kini kembali dengan azam dan niat yg baru
Mencuba penanaman hydroponik rock melon lak
Equipment dah stenby tuk percubaan awal 25 biji benih
Gambar adalah benih 3 hss
6 benih blm menampakkan pencambahan

31/07/2020

salam aidiladha
ikhlas dri team profitto


22/05/2020

Selamat menyambut hari raya aidilfitri

19/05/2020
06/05/2020

Setiap pencapaian, kejadian, dan peristiwa ada permulaannya. Begitu juga dalam mencapai status bebas dari segi kewangan (financial freedom).

Untuk berjaya, seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai keinginan yang kuat, kemahuan yang tidak berbelah bahagi dan tekad yang padu. Mudah kalau ditulis dan disebut, tapi semua itu sebenarnya hanya kembali merujuk kepada satu perkara. Perasaaan. Perasaan yang kuat terhadap sesuatu yang membolehkan kita mencapai sesuatu itu.

Berjaya atau tidak dicapai, berbantung kepada berapa kuat kita mahukannya.

Keinginan mungkin bermula dengan sebuah mimpi.

Apa yang ada di dalam minda kita lebih besar pengaruhnya kepada kehidupan seharian kita berbanding perbuatan harian kita ataupun pertuturan yang selalu kita ucapkan.

Berbeza p**a dengan orang yang keinginannya sudah terpahat di dalam hati. Tuturnya akan mengulang keinginan itu, dan tingkah laku perbuatannya juga akan menjurus selari dengan fikiran itu. Jadi, untuk berjaya, seorang perlu mempunyai keinginan untuk berjaya itu di dalam fikirannya terlebih dahulu.

Keinginan ini tidaklah datang serta merta. Jika kita sering membaca biografi orang yang berjaya, atau mengikuti temuramah mereka, boleh dikatakan 90% daripada mereka mempunyai kisah ‘susah’ yang telah mendorong mereka mengubah nasib hidup mereka.

Jadi, tidak salah untuk bermimpi dan berangan – angan untuk berjaya. Perkara yang menjadi salah ialah kekal dalam mimpi dan angan – angan itu. Mimpi atau angan perlu diubah menjadi cita-cita. Cita-cita perlu diubah kepada tekad (burning desire). Apabila desire ini ada, only with this burning desire, we can success.

Keinginan ini boleh diasuh dengan enam langkah ini:

Pertama : Tetapkan didalam minda matlamat yang kita mahukan.
Dalam langkah yang ‘mudah’ ini ramai yang gagal dan sukar melaksanakannya.

Kedua: Tetapkan dengan terperinci, apakah yang sanggup dikorbankan demi mencapai kejayaan yang telah ditentukan dan ditetapkan.

Ketiga: tetapkan tempoh masa.
Ramai orang yang ingin berjaya tapi tak berjaya sebab tak pernah decide bila dia mahu jadi berjaya. Time frame ataupun tempoh masa ini penting. Kewujudan tempoh masa inilah yang membezakan antara mimpi dan impian.

Keempat: Cari satu rancangan atau jalan untuk merealasasikan sasaran tersebut.
Kata orang, kalau dah tahu macam mana nak kaya, kayalah semua orang. Tidak semestinya. Perancangan itu penting, dan lebih penting lagi ianya dilaksanakan secepat mungkin.

Kelima: Menulis kenyataan kejayaan.
Dengan ayat yang paling mudah dan paling rapat dengan dengan diri kita, tidak perlu betul tata bahasanya, tidak perlu banyak bunga kiasanya. Tulis satu perenggan yang jelas menyatakan apa yang kita mahu, bila kita mahukannya dan apa yang sanggup kita lakukakan untuk mendapatkannya dan bagaimana perancangan kita.

Keenam: Membaca kenyataan kejayaan.
Simpan azam ini, baca walaupun dah hafal, bawa keluar kertas tu dan baca sebelum tidur dan sesudah bangun dengan suara yang zahir. Sambil membacanya, rasa dan percaya, jumlah yang diingini itu telah menjadi milik kita.


04/05/2020

Beberapa benda yang anda perlu persiapkan diri untuk hadapi jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang pekerjaan sendiri ini adalah antaranya:

1.Disiplin diri – kerana tiada sesiapa yang akan memantau sekiranya anda bekerja atau tidak, jika anda tidak mempunyai disiplin, banyak kerja tidak akan selesai

2.Motivasi diri – anda perlu pandai untuk memotivasikan diri sendiri, kerana usaha anda berkadaran dengan pendapatan yang anda akan jana

3.Tiada istilah malas – jika bekerja makan gaji anda boleh mengambil peluang untuk “curi tulang”, bekerja sendiri tiada amalan seperti ini, jika anda curi tulang, maksudnya anda akan “makan tulang anda sendiri”

4.Tiada lagi alasan – jika dengan majikan anda, pelbagai alasan boleh diberikan, bekerja sendiri, anda hanya boleh menelan semua alasan-alasan tersebut untuk memastikan aktiviti perniagaan anda berjalan lancar.

5.Bersedia dengan pelbagai risiko – jika bekerja makan gaji anda ada risiko dipecat, bekerja sendiri anda mempunyai risiko perniagaan anda menghadapi kerugian dan seumpamanya, jadi persiapkan diri dengan simpanan dan pelan kecemasan.

6.Usah mengikut hati dan perasaan – jika anda ingin berhenti kerja dan bekerja sendiri, usah mengikut hati dan perasaan. Keluarga anda memerlukan wang ringgit anda untuk memastikan kehidupan berterusan, jika anda hanya mengikut hati dengan berhenti kerja walaupun anda masih belum pasti aktiviti perniagaan anda selepas itu akan mendatangkan hasil yang stabil, sila pastikan anda mempunyai simpanan atau pendapatan sampingan yang cukup untuk menampung keperluan asas keluarga anda.

23/04/2020

Selembar sutra menghapus noda,

Jika raga tak bisa bersua.

Semoga pintu maaf masih terbuka.

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia

Salam Ramadhan dari kami di Profitto Ltd

27/12/2019

Isu NAFAS

KALAU BETUL Salahuddin ada tulis surat pada Tun M mintak restu Tun M supaya kontrak diberi terus pada NAFAS lepas NAFAS gagal dapat tender - bagus sangat lah.

Itu bukti bahawa Salahuddin & Tun M serius dalam membela nasib Peladang yang serba kekurangan & bukannya macam PAS/BN yang sembang lebat bela rakyat tapi dok bela Tokey2 besar.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 & 𝐓𝐮𝐧 𝐌 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚.

Address

Empang Jaleh Kuala Lipis
Pahang Tua
27200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FX Aquatic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category