ILHAM Books

ILHAM Books A Modest Bookshop
For People Who Think

Tempahan buku boleh melalui Whatsapp 011-10601403 atau email kepada [email protected] atau layari www.ilhambooks.com untuk dapatkan buku-buku terbaik anda!

13/05/2026

Gelaran 'Dr' itu Amanah!

Kenapa buku ini bertajuk Bukan PhD Beli? Kerana penulis percaya ilmu yang benar tidak datang dari jalan pintas.

Di sebalik lambakan kes 'ghost writer' dan universiti scam yang menjual sijil, naskhah ini membongkar realiti pahit jenayah akademik yang jarang dibincangkan.

Penulis menegaskan beliau tidak tergamak memakai gelaran 'Dr' jika ia bukan hasil kerja tangan sendiri yang asli.

Buku ini adalah manifestasi kejujuran akademik bagi sesiapa yang ingin mengejar kearifan dan bukan semata-mata mahu status.

Hari ini Balai ILHAM menerima kunjungan pelajar sarjana UKM. Mereka singgah untuk mendapatkan set Tafsir Pedoman Muttaqi...
13/05/2026

Hari ini Balai ILHAM menerima kunjungan pelajar sarjana UKM. Mereka singgah untuk mendapatkan set Tafsir Pedoman Muttaqin bagi kegunaan penulisan artikel ilmiah mereka.

Semoga segala urusan para pengkaji muda ini dipermudahkan!

Pemburu Pantai Timur: Penjelajahan ke Terengganu dan Kelantan, 1895 merupakan sebuah catatan yang ditulis oleh Hugh Clif...
12/05/2026

Pemburu Pantai Timur: Penjelajahan ke Terengganu dan Kelantan, 1895 merupakan sebuah catatan yang ditulis oleh Hugh Clifford yang semasa itu bertugas sebagai Pemangku Residen British bagi negeri Pahang. Penjelajahan sepanjang tahun 1895 itu merentasi negeri Terengganu dan Kelantan yang ketika itu masih berada di bawah pengaruh Siam.

Buku ini mengadunkan antara laporan rasmi dengan pemerhatian tentang alam, masyarakat Melayu, politik istana dan ketegangan antara kuasa tempatan dengan campur tangan penjajah.

Melalui perjalanan penuh ranjau, rundingan dengan para pembesar serta usaha menumpaskan para pejuang Melayu seperti Mat Kilau dan Dato' Bahaman, Hugh Clifford merakamkan bagaimana alat penjajahan British perlahan-lahan menyusup ke dalam dunia politik dan budaya orang Melayu sambil menyingkap konflik, salah faham dan pertembungan nilai antara Timur dengan Barat.

Buku Riwayat Asia Tenggara membuka ruang untuk memahami bagaimana perdagangan, penjajahan, penyebaran agama dan penghijr...
12/05/2026

Buku Riwayat Asia Tenggara membuka ruang untuk memahami bagaimana perdagangan, penjajahan, penyebaran agama dan penghijrahan manusia mampu membentuk Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang kaya dengan warisan dan budaya.

Karya Eric C. Thompson ini bukan sekadar mencatatkan riwayat serta punca kebangkitan dan keruntuhan empayar-empayar di Asia Tenggara serta peristiwa lampau yang lain, tetapi juga menggali semula asal usul Asia Tenggara yang penuh warna. Penulisan ahli antropologi Inggeris ini tidak terikat dengan naratif penjajah, sebaliknya banyak menumpukan perspektif masyarakat tempatan dalam sorotan sejarah nan panjang.

Benarkah Abu Bakr seorang ceti sebelum memeluk Islam?Muhammad Hussein Haikal memaparkan sisi sebenar Abu Bakr sebelum me...
12/05/2026

Benarkah Abu Bakr seorang ceti sebelum memeluk Islam?

Muhammad Hussein Haikal memaparkan sisi sebenar Abu Bakr sebelum memeluk Islam yang sangat jauh daripada dakwaan ini. Hakikatnya, beliau merupakan seorang pedagang pakaian yang sangat berjaya dan berintegriti tinggi. Kejayaan perniagaannya bukan dibina atas penindasan, sebaliknya hasil daripada kebijaksanaan serta kejujuran dalam berurus niaga sehingga memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Keperibadian beliau juga menyanggah watak seorang ceti yang lazimnya kasar. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat lemah lembut, pemaaf, serta memiliki empati yang mendalam terhadap kesengsaraan orang lain. Kerana akhlaknya yang mulia, beliau menjadi tokoh yang sangat dikasihi serta dihormati oleh kaumnya, malah sering dijadikan tempat rujukan untuk menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat.

Integriti moral beliau juga terserlah apabila beliau tetap menjaga kesucian diri daripada budaya buruk zaman Jahiliah, termasuk tidak pernah menyentuh arak. Dengan prinsip hidup yang teguh dan jiwa yang sentiasa merendah diri, adalah mustahil bagi beliau untuk terlibat dalam pekerjaan yang menindas. Segala gambaran peribadi dan fakta sejarah mengenai kehidupan beliau ini turut dimuatkan dalam buku karya Muhammad Hussein Haikal yang memperincikan liku-liku hayat khalifah pertama ini.

Adakah adil untuk kita sengaja menggelapkan atau mereka-reka sisi hitam masa lalu para sahabat demi mendramatikan naratif perubahan mereka, sedangkan sejarah sudah membuktikan kemuliaan peribadi mereka sejak sebelum memeluk Islam lagi?

New titles!
12/05/2026

New titles!

Buku ini ditulis bertujuan untuk membantu dan menggalakkan para pembaca menghayati hikmah di sebalik kitab suci Al-Quran...
11/05/2026

Buku ini ditulis bertujuan untuk membantu dan menggalakkan para pembaca menghayati hikmah di sebalik kitab suci Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Setiap surah-surah ini dinyatakan ringkasan awal bagi memberi gambaran umum dalam membantu pembaca mengetahui serba sedikit berkaitan surah-surah di dalam Al-Quran.

Buku ini juga memasukkan perbahasan para ulama berkaitan penentuan ayat makkiyah atau madaniyyah di samping menyebut tentang nama-nama lain bagi setiap surah. Selain itu, buku ini juga memuatkan perbahasan berkaitan penentuan bilangan ayat dan sebab berdasarkan mengikut pendapat qurra pendapat-pendapat itu.

Tambahan lagi, setiap surah diberikan penjelasan maksudnya dan dihuraikan keistimewaan untuk membantu para pembaca melihat kelebihan antara satu surah dengan satu surah yang lain. Di akhirnya, terdapat satu hubung kait antara satu surah dengan surah yang lain dan dinyatakan ringkasan kandungan surah berdasarkan ayat bagi menarik lagi minat para pembaca dalam mendalami keindahan susunan ayat Al-Quran sebagai mukjizat teragung yang diturunkan untuk sekalian manusia.

Memoir ini suatu catatan tentang pengalaman penulis dalam gerakan pelajar-belia tanah air pada tahun 1969-1981.Antara ya...
11/05/2026

Memoir ini suatu catatan tentang pengalaman penulis dalam gerakan pelajar-belia tanah air pada tahun 1969-1981.

Antara yang dipaparkan adalah perkembangan awal penulis, aktivisme pelajar di kampus Serdang dan pada peringkat kebangsaan, proses memahami beberapa isu-permasalahan pokok masyarakat, evolusi sikap dan kecenderungan fahaman/ideologi aktivis pelajar umumnya, perubahan orientasi dasar dalam Majlis Belia Malaysia, pergolakan dan pengukuhan MBM pasca-1974 serta hal-hal penting seputar kepimpinan, pengurusan dan kegiatan MBM pada tahun-tahun tersebut.

11/05/2026

ILHAMBooks sertai PBAKL 2026!

Civilization is an evolving process and the product of human curiosity which compels man to acquire greater knowledge bo...
11/05/2026

Civilization is an evolving process and the product of human curiosity which compels man to acquire greater knowledge both for its own sake and its applications. Knowledge leads to technology which, Arnold Toynbee rightly points out, is "coeval with man". The term civilization was first used in the 18th century. Until that point, Europeans may not have had a clear perception of civilization.

However, the 14 century Islamic historian Ibn Khaldun coined the term umran to explain in detail what we now understand as civilization. Ibn Khaldun's book on civilization was known as al-Muqaddimah li-Kitab al-'Ibar. A civilized society possesses a number outstanding of characteristics, such as a well-organized state, codified system of law, well-organized city-life, a developed system of writing (script), fine art and architecture, to name a few. Ibn Khaldun's study of civilization was called al-'umran.

The concept of civilization formulated by prominent Western scholars is similar to the concept of umran outlined by Ibn Khaldun. For example, Edward B. Taylor (1832-1917) stated in his major work Primitive Culture (1817), "Culture or Civilization is that complex whole which includes custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society". Burnett Hillman Streeter in his conclusion stated that the civilization is the result of three features: intelligence, energy, and goodwill.

Dua sejoli berjalan beriringSinggah membeli buku pilihanTerima kasih hati kami iringMoga ilmu dan cinta mekar berkekalan...
11/05/2026

Dua sejoli berjalan beriring
Singgah membeli buku pilihan
Terima kasih hati kami iring
Moga ilmu dan cinta mekar berkekalan.

Address

Nilai

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601110601403

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILHAM Books posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category