24/03/2023
Dari kecik sampai dh tua.. bru tau pasal keris. bile dh tau, tersedar org melayu atau tok nenek kita dulu bukan cikai2. ye! betul. tak tipu. hebat mereka ni. mereka menciptakan antara senjata yang genius yg pernah ada dlm sejarah. belum cite bab jong lagi. mst kagum smpai tertanggal rahang๐
dr kecik slalu tertanya2 kenapa org melayu pakai keris, tak pakai pedang,? kenapa bilah melentang tidak tegak mcm pisau?. kenapa keris berlekuk (lok).? bile dpt tau, wow sgt hebat.. b*k lg rahsia ttg keris ni. tp share mna yg tau je le ye.
kenapa keris adalah senjata genius?
Dalam banyak2 senjata dahulu, hanya keris shj yg mempunyai bilah yg melintang. bile pegang keris tu bilah dia horizontal tak mcm kita pegang pisau masak kita tu. tujuan bilah ni melentang adalah untuk memudahkan menikam organ penting musuh seperti jantung. jantung dilindungi oleh tulang rusuk. jadi bile melintang, memudahkan bilah nak masuk celah2 rusuk yg mempunyai ruang2 yg melintang seolah mcm pagar. hebat!
kedua, kenapa ade lok?
lain daripada yang lain dan ini la satu2nya senjata yg beralun atau berlekuk. menunjukkan kebijaksanaan org melayu mendahului bangsa2 lain pd ketika dulu. tujuan lok ni, bila tusuk atau tikam, lok ni akan memberi ruang atau laluan untuk darah keluar memancut dengan cepat diantara ruang yg dihasilkan oleh lok berbanding dengan pisau. bile darah pancut dengan cepat, cepat la mati.
ketiga, kenapa keris berbanding pedang?
secara logiknya pedang la power sbb panjang dan besar boleh libas dr jauh. betul tak? tu fikiran biase2. tok nenek kita berfikiran genius. kalu dibandingkan berat antara keris dan pedang, pedang lebih berat. apabila lebih berat, untuk membuat satu hayunan akan memakan masa beberapa detik lebih berbanding keris. cumanya keris tak hayun tapi tikaman. sementara musuh nk hayun pedang, dengan pantas tikam kt jantung. setel tak perlu gaduh pnjg2๐. nak bwk pn senang , tak perlu bazirkan tenaga nk bwk pedang yg berat berkilo2. bijakkan?
keempat, keris sebagai identiti
zaman dulu lg tok nenek kita membuat sistem id ni. ๐ dorg dh ade ic dr dulu dh. cuma x detail je. melalui keris ni, org dulu2 tau darimana org itu, apa status mereka samada raja, bangsawan, ulama dan sebagainya dengan cara melihat rekabentuk dan juga bilangan lok.
kelima, lambang bangsa ini adalah pelaut hebat.
perasan atau tidak? sarung keris dekat atas tu persis perahu atau sampan. lebih dikenali warangka.. org melayu dahulu pelaut yg hebat yg mempunyai hubungan yg baik dengan khalifah uthmaniah di kontantinopal. terkenal dengan jong atau kapal2 yg besar. tak mustahil la jumpa keris kt jepun. maksudnya dh ada hubungan diplomatik dengan beberapa negara pd ketika itu. kita juga selalu menyebut perkataan tanah AIR. ni pn pernah terfikir jgk dulu. berbeza dgn bangsa2 lain semua hanya menyebut tanah. cth motherland, fatherland. land iatu tanah. kita je ade tanah air kerana tok nenek kita dulu hebat dlm maritim.
keenam, jenis campuran besi.
pedang samurai katana yg kata hebat tu pn campur 3 jenis besi. berbeza keris, ada yg tujuh, sembilan malah ade yg smpai 20 besi. setengah pengkaj kata ada kerisi bkn stakat campuran besi sahaja, bahkan campuran meteor pn ade. power!
tambah lagi, struktur keris yg sedikit condong dengan tujuan mengelirukan musuh. jika musuh elak2, sap kene juge. naya๐
cara penjagaan pn unik, asah dengan menggunakan kan limau bagi mengelak struktur keris rosak. kemudian di asap dengan kemeyan atau gaharu untuk menjaga supaya tahan lama kerana asap dari bahan tersebut menghasilkan seumpama getah atau lilin yg menyaluti bilah. faktor sains yg tok nenek kita dulu rilek je dh tau. yg kata pggl jin ke apa, tu pendapat sy hanya sekadar momokkan kerana org dulu2 kuat pegangan agama mereka. kebergantungan mereka pada Allah cukup kuat.
sebenarnya b*k lagi rahsia ttg senjata hebat ni. inilah antara bukti yg menunnjukan bangsa yg hebat. tp sejarah orentialis barat banyak padamkan sejarah tok nenek kita. kenapa? nak jatuhkan satu bangsa, racunlah sejarah agar hilang jati diri merka dan racun pemikiran anak mudanya. simple.
orientalis barat selalu momok2 kan yg bangsa ni tak tau apa2. walhal bangsa ini lebih bijak dr mereka. sejarah boleh manip**ate, tetapi bukti dr peninggalan sejarah menceritakan hal sebenar. bangsa ini adalah pelaut dan pedagang yg hebat. pandai berniaga sebenarnya. merekalah menjahanamkan bangsa ini dengan merosakkan jati diri. sedih tgk bangsa ni sekarang, terjerit2 tgk artis barat, k-pop bagai smpai menangis2. berjoget2 sotong ๐ tp skrg takde dh kot joget sotong ye. udah2 le tu agungkan barat dan k pop tu. sistem skrg ni, tak kira la sistem politik ke, sistem kewangan ke, sistem perundangan ke pape je la semua dr mereka la. tgk ape jd dunia. huru hara dibuatnya. orientalis barat ni acah2 pandai je. tak pandai mana pn dorg. hasil titik peluh org2 dulu terutama ilmuan islam semua claim dorg yg jumpa. hadehhh ๐ depa ingt depa terra!