28/11/2024
Selamat pagi semua. Semoga hari ini merupakan hari yang terbaik untuk anda.
Di sini kami ingin membuat satu pengumuman penting iaitu kami tidak akan menerima sebarang tempahan sepanjang Disember ini dan untuk satu tempoh yang panjang.
Kepada semua pelanggan tidak kira lama & baru yang telah memberi sokongan kepada kami selama 4 tahun kami beroperasi, penghargaan ini adalah untuk anda semua.
Terima kasih kerana memilih kami untuk mengenyangkan perut anda di kala banyak lagi pilihan menarik yang ada di sekitar kawasan Mukah. Terima kasih kerana memilih untuk bersabar di saat kami lewat untuk menghantar setiap pesanan terutama sekali apabila pada hari banyak tempahan atau hari hujan. Terima kasih kerana telah menjadi duta kecil kami untuk mempromosikan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga mengenai produk dan servis yang kami tawarkan.
Tidak dinafikan ramai orang-orang baik yang kami temukan di sepanjang perjalanan 4 tahun ini. Semoga setiap pengenalan yang terjadi menjadi permulaan untuk sebuah persahabatan yang akan berkekalan.
Sesungguhnya, semua ini bakal menjadi kenangan untuk kami ceritakan di saat The Three Ladies duduk berkumpul bersama.