30/10/2025
KHALWAT DENGAN WANITA MENGANDUNG
Penguatkuasa JAINJ membuat tangkapan khalwat di sebuah hotel jam 8.15 pagi. Lokasi kali ini dirahsiakan sebelum orang kata daerah ini banyak maksiat p**ak.
Sampai di lokasi, penguatkuasa mengetuk pintu dan dibuka 5 minit kemudian oleh seorang wanita berpakaian skirt labuh dan t-shirt.
Keadaan bilik terang, talibesen bukak dan penguatkuasa katupkan. Ditemui seorang lelaki dalam keadaan sememeh yang berpakaian seluar panjang dan tshirt, baru bangun tidur gamaknya. Dalam hati dia fikir macam mana penguatkuasa boleh bobos masuk ke bilik tu.
Lelaki berumur 20-an masih bujang dan tinggal dengan keluarga. Wanita umur 20-an, status atas kertas dan dalam sistem masih anak dara dan tidak bekerja.
Lelaki kata hanya kawan biasa dan kenal gitu-gitu tak berendut pun. Lelaki datang cuma untuk berehat sahaja dan katanya tak buat apa-apa. Tapi keadaan gebor dan katil berkembur macam ada wrestling WWF Rowdy Piper lawan Superfly jer.
Sekarang dah tak sabo-sabo sebab dengo kata bintang wrestling nak beraksi di Johor. Kalaulah boleh nak beli tiket duduk depan. Dulu tahun 80-an Ricky Johnson (bapak The Rock), Mark Lewin dan Mr Fuji pernah berlawan kat KL.
Masa tu aku kecil sangat lagi. Jangan komplain, alih-alih cerita wrestling. Korang tak tahu aku dulu jaman sekolah lepak warung bawah pokok tengok wrestling tiap petang.
Pemeriksaan penguatkuasa wanita mensyaki perempuan itu telah mengandung sekitar 5-6 bulan. Bila ditanya ada suami ke tak, terus dia imbau kisah silam iaitu episod seram dan berbintat sambil gigit bantal sebelum ini.
Perempuan mengaku dengan istilah lain, telah diongges dan ditebuk tupai berkali-kali hasil kerja tak clean dengan seorang lelaki lain p**a.
Dia mengaku pernah bergusti dengan lelaki lain itu di beberapa gelanggang s**a sama s**a atau istilah lain, rasa sama rasa. Cuma sekarang, lelaki tu dah hilang lepas rata membajak kebun, perempuan p**ak menjajor tak tentu hala.
Katanya lelaki itu telah tidak sefahaman dengannya walaupun awalnya janji manis di bibir, sudahnya hapah pun takde bila lelaki tu memcecet lari tinggalkan dia.
Lelaki itu p**ak s**a ngakal, bukan nak nikah dengan dia. Masalahnya banyak kali test drive tapi tak lock dan tak taruk deposit tanda jadi. Kesempor muka perempuan tu menanti hujan tak turun walau guruh di langit.
Cerita terbaru p**a perempuan kata lelaki itu kena penjara atas kesalahan lain yang dia tak tahu. Makin panjang episod ini, boleh dijadikan drama bersiri arahan Erma Fatima p**a.
Pasangan ini ditangkap atas kesalahan khalwat Seksyen 27.
Lelaki ini nampak ketakutan apabila hendak dibawa ke balai polis. Dia sekali lagi minta tolong untuk tidak beritahu keluarganya. Tapi penguatkuasa kata, kena mak ayah datang jamin, kang duduk lokap kang.
Lelaki terkejut atau buat-buat terkejut tidak tahu perempuan itu mengandung. Melak dia ingat perempuan ini kuat makan sampai perut boroi.
Dari berjuta bintang yang terangi di malamku
Kamulah bintang yang paling terang
Tak kan kubiarkan redup
Dari berjuta detik yang pernah kita lewati
(Kenamakanmu cinta)
Kredit: Penguatkuasa JAINJ