05/06/2022
2 TAHUN TERTANGGUH, KINI PESTA BUKU TERBESAR KEMBALI.
Rindunya melihat kemeriahan pesta buku paling besar di Malaysia.
Sejak tahun 2008 kami terlibat dalam pesta buku ini.
Tahun 2020, ia tertangguh disebabkan COVID. Lebih 5 angka jugalah kerugian di pihak kami.
Jadi tahun ini gerai BLINK masih tiada di PESTA BUKU. Insha-Allah, ada rezeki kami masuk kembali tahun 2023.
Ya. JANGAN CARI KEDAI BLINK AIN MAISARAH yang BLINK-BLINK yang PINK-PINK. Kami tak buka gerai tahun ini.
Gerai yang 4 tahun berturut-turut menang GERAI TERCANTIK tidak ada tahun ini.
Hari ini, saya dan Ain Maisarah akan pergi ke Pesta Buku PWTC ini dengan status pengunjung, BUKAN penggerai.
Terkenang persiapan kami setiap kali pesta buku, bukan calang-calang, macam buat kenduri kahwin. Letihnya 2-3 bulan sebelum, kemuncaknya keletihan memang tiada, setiap hari letih dan letih.
Tapi seronok, bersemangat dan bertenaga. Selagi belum sampai hari terakhir pesta buku, kami kekal bertenaga.
Baiklah...
Jom kita ke pesta buku yang bermula hari ini hingga Ahad minggu hadapan.
Bagi sesiapa yang mahu beli buku BLINK, ini kami ada berikan tawaran *KOTAK HADIAH BLINK* :
Harga RM123, KINI hanya RM75
Boleh klik link ini untuk terus buat pilihan dan pembelian :
https://blink.onpay.my/order/form/HADIAHPSS/14