13/01/2022
Hidup ni kalau kita nak terlalu kisahkan pendapat dan penerimaan manusia, yang kita dapat hanyalah kelelahan demi kelelahan. Rasa perit dan sakit hati yang berpanjangan.
Kerana manusia ni ramai. Akan ada saja yang tak berpuas hati dengan kita, bermasalah dengan kita. Kadang apa yang manusia lain nak tu tak jelas pun. Sebab manusia ni hatinya berbolak balik. Manusia juga kadang berubah-ubah tanggapannya, berdasarkan masa, keadaan dan emosi.
Tetapi, bila kita fokuskan diri untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, Allah SWT itu Esa. Apa yang Allah SWT mahu pun sudah jelas termaktub di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang sohih. Kedua-dua sumber itu tidak ada lagi perubahan. Allah SWT p**a Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun.
Maka dengan itu, kejarlah keredhaan Allah SWT. Fokuslah kepada kehendak-Nya. Kurangkan mengejar untuk memuaskan kehendak manusia
lain. Apatah lagi bila kehendak dan kayu ukur kepuasan mereka itu bercanggah dengan syariat llahi. InsyaAllah kita akan lebih bahagia.
Kerana hanya DIA lah Tuhan, pencipta kebahagiaan ❤️
HQ :