Pangkin Bandar Hilir

Pangkin Bandar Hilir Masakan Melayu, buku & barber dalam satu bumbung. Datang ke Bandar Hilir cari kami 😊

TERBARU OKTOBER 2025. SETEM!Koleksi setem flora Pos Malaysia kini di kedai. Sematkan memori percutian anda ke Melaka den...
27/10/2025

TERBARU OKTOBER 2025. SETEM!

Koleksi setem flora Pos Malaysia kini di kedai.

Sematkan memori percutian anda ke Melaka dengan hantaran poskad kepada ahli keluarga, sahabat handai & juga kenangan untuk diri sendiri.

Tidak sempat untuk pos sendiri? Jangan risau, kami boleh bantu poskan.

Poskad dari RM3.
Setem dari RM1.

Pos ke seluruh Malaysia & satu dunia.

Terdapat juga cenderahati lain. Pelekat & penanda buku antaranya.

Jemput singgah ya ke Pangkin Bandar Hilir ataupun ke Jersi & Aksesori Bolasepak Tempatan jika bertandang Melaka ya 😊

TAHUN YANG SURAM BUAT ULAT BUKU Ini kedai buku ke-3 yang telah tamatkan operasi kedai fizikal mereka pada tahun ini. Yan...
30/09/2025

TAHUN YANG SURAM BUAT ULAT BUKU

Ini kedai buku ke-3 yang telah tamatkan operasi kedai fizikal mereka pada tahun ini.

Yang pertama Toko Buku Pujangga Baru.
Kemudian Dokusho Bookstore.
Kini Tokosue p**a.

Tahun yang perit & suram buat penggiat & pengusaha kedai buku di Malaysia. Harap mereka bangkit di kemudian hari.

Kerana walaupun buku bukanlah barangan asasi di Malaysia, ianya tetap ada peminatnya di sepanjang masa. Medium membaca mungkin sentiasa berubah, namun minat membaca tetap akan sentiasa ada peminatnya.

Jadi sentiasalah sokong kedai buku tempatan anda ya. Yang benar dari kami Pangkin Bandar Hilir, yang baru bertatih untuk menyebarkan kegembiraan & ketenangan di Melaka juga 😊

Empat Karangan Pendeta Za'baZA'BA57 mukasuratAkademi Jawi MalaysiaRM20Siri Karangan Terpilih menghimpunkan karangan-kara...
09/09/2025

Empat Karangan Pendeta Za'ba
ZA'BA
57 mukasurat
Akademi Jawi Malaysia
RM20

Siri Karangan Terpilih menghimpunkan karangan-karangan terpilih oleh pengarang-pengarang Melayu yang telah meninggalkan pengaruh mendalam dalam bidang bahasa, pendidikan dan persuratan bangsa. Siri ini bertujuan memperkenalkan semula pengarangan yang mendidik, bernas dan indah kepada angkatan pembaca masa kini.

Siri ini dimulai dengan empat karangan Pendeta Za‘ba yang pernah diterbitkan dalam Majalah Guru, sebuah majalah bulanan penting yang menjadi wadah pemikiran dan perbahasan dalam kalangan para guru Melayu antara tahun 1923 hingga 1941. Karangan-karangan dalam bahasa Jawi ini menyentuh pelbagai aspek masyarakat dan pendidikan, ditulis dengan gaya yang tersusun, jelas, dan sarat dengan suara peribadi seorang pemikir yang tekun dan jujur.

Baca ulasan pembaca disini: https://www.goodreads.com/book/show/238693538-empat-karangan-pendeta-za-ba

Boleh datang ke kedai kami di Melaka atau beli secara pesanan pos ya 😊


AligupitMohd Affandi Hassan257 mukasuratRM35Aligupit ialah novel pertama Mohd. Affandi Hassan, berupa sebuah satira tent...
09/09/2025

Aligupit
Mohd Affandi Hassan
257 mukasurat
RM35

Aligupit ialah novel pertama Mohd. Affandi Hassan, berupa sebuah satira tentang kuasa (power) dan orang-orang yang gila kuasa.

Novel ini mengisahkan beberapa aspek kepalsuan yang tersembunyi di sebalik tirai, yang maknanya tidak dapat ditangkap tanpa analisis dan tafsiran.

Di manakah anda dalam dunia Aligupit itu?

"Saya menulis Aligupit untuk orang-orang yang s**a berfikir, orang-orang yang bersedia menerima cabaran ilmiah secara kontan. Aligupit membayangkan antara lain tentang longkang sejarah yang disebut oleh Y.B., yang secara ironis dia dan golongannya sendirilah yang akhirnya akan menjadi penghuni longkang sejarah itu."
Mohd. Affandi Hassan

Baca ulasan pembaca disini: https://www.goodreads.com/book/show/28937348-aligupit

Boleh datang ke kedai kami di Melaka atau beli secara pesanan pos ya 😊


Rosalind: Cinta Dalam SamaranZA'BA71 mukasuratAkademi Jawi MalaysiaRM20ZA'BA (1895-1973)"Satu daripada jalan-jalan memba...
09/09/2025

Rosalind: Cinta Dalam Samaran
ZA'BA
71 mukasurat
Akademi Jawi Malaysia
RM20

ZA'BA (1895-1973)

"Satu daripada jalan-jalan membanyakkan surat-surat dan kitab-kitab itu ialah terjemah-menterjemah iaitu memindahkan ma'na dari satu bahasa ke satu bahasa hal keadaan memeliharakan dengan seboleh-bolehnya akan maqsud asalnya daripada berubah kepada maqsud yang lain."

ROSALIND: CINTA DALAM SAMARAN

Rosalind: Cinta dalam Samaran ialah terjemahan kepada cerita wayang berjudul As You Like It karya William Shakespeare (1616-1564). Cerita ini telah diringkaskan dalam bentuk prosa oleh Charles Lamb dan Mary Lamb dalam buku Tales from Shakespeare (1831). Pendeta Za'ba kemudiannya menterjemahkan ringkasan (abridgement) tersebut ke dalam bahasa Melayu.

Baca ulasan pembaca disini: https://www.goodreads.com/book/show/235810996-rosalind

Boleh datang ke kedai kami di Melaka atau beli secara pesanan pos ya 😊


Ribut Di LautZA'BA51 mukasuratAkademi Jawi MalaysiaRM20ZA'BA (1895-1973)"Satu daripada jalan-jalan membanyakkan surat-su...
09/09/2025

Ribut Di Laut
ZA'BA
51 mukasurat
Akademi Jawi Malaysia
RM20

ZA'BA (1895-1973)
"Satu daripada jalan-jalan membanyakkan surat-surat dan kitab-kitab itu ialah terjemah-menterjemah iaitu memindahkan ma'na dari satu bahasa ke satu bahasa hal keadaan memeliharakan dengan seboleh-bolehnya akan maqsud asalnya daripada berubah kepada maqsud yang lain."

RIBUT DI LAUT
Ribut di Laut ialah terjemahan kepada cerita wayang berjudul The Tempest karya William Shakespeare (1616-1564). Cerita ini telah diringkaskan dalam bentuk prosa oleh Charles Lamb dan Mary Lamb dalam buku Tales from Shakespeare (1831). Pendeta Za'ba kemudiannya menterjemahkan ringkasan (abridgement) tersebut ke dalam bahasa Melayu.

Baca ulasan pembaca disini: https://www.goodreads.com/book/show/241015318-ribut-di-laut

Boleh datang ke kedai kami di Melaka atau beli secara pesanan pos ya 😊


TERBARU SEPTEMBER 2025. KARYA PENDETA ZA'BA & WILLIAM SHAKESPEARE. BUKU BARU DARI Akademi Jawi MalaysiaTerbitan baru car...
03/09/2025

TERBARU SEPTEMBER 2025.
KARYA PENDETA ZA'BA & WILLIAM SHAKESPEARE.
BUKU BARU DARI Akademi Jawi Malaysia

Terbitan baru carian ramai di PBAKL tempohari sudah ada di Melaka ya.

Yang lebih ingin mengenali siapa itu Pendeta Zaaba. Yang ingin menikmati karya sastera klasik William Shakespeare dalam bahasa ibunda. Yang ingin menyelami keindahan pantun & syair Islamik. Yang ingin menelusuri sejarah silam peranan ulama wanita di Tanah Melayu & Nusantara. Yang ingin berhibur melayani novel satira politik negara. Yang mencari info padat & ringkas berkenaan Batu Bersurat Terengganu. Yang mencari naskhah premium surah Yasin. Antara terbitan yang menarik kali ini.

Boleh datang ke kedai kami di Melaka atau beli secara pesanan pos ya.

Jemput hadir semua & selamat membaca! 😊


BACAAN SEMPENA BULAN MERDEKAMana tahu anda sedang mencari bahan bacaan sempena bulan yang penuh bersejarah ini. Ini anta...
19/08/2025

BACAAN SEMPENA BULAN MERDEKA

Mana tahu anda sedang mencari bahan bacaan sempena bulan yang penuh bersejarah ini. Ini antara cadangan kami di Pangkin.

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan buku yang anda minat ya.

Namun jika datang ke kedai kami lebih elok 😊

TERBARU OGOS 2025JIWA MERDEKA: LIKU LIKU PERJUANGAN PKMMWawancara bersama Abdul Majid SallehSuntingan Syedshahriman Jama...
16/08/2025

TERBARU OGOS 2025

JIWA MERDEKA: LIKU LIKU PERJUANGAN PKMM
Wawancara bersama Abdul Majid Salleh
Suntingan Syedshahriman Jamalullayl
Wacana
2025
Azbakia Press | Toko Buku Azbakia

RM25 tidak termasuk kos pos

Boleh datang ke kedai atau beli secara pesanan pos ya.

Statistik yang menarik & menginspirasikan. Projek kedai buku kami ini tidaklah diusahakan dengan bermotivasikan jualan b...
09/04/2025

Statistik yang menarik & menginspirasikan.

Projek kedai buku kami ini tidaklah diusahakan dengan bermotivasikan jualan berjuta dalam setahun yang utamanya.

Cukuplah dengan menjadi kedai tumpuan kaki buku & pendamba ilmu setiap kali anda semua berkunjung ke Bandar Melaka.

Kerana tiada yang lebih mengujakan bila ke sesuatu tempat, melainkan perasaan untuk ke kedai kegemaran antaranya.

Bukan begitu semua? 😊

Senarai top 10 penjual buku di Malaysia bagi tahun 2023

🤍
09/04/2025

🤍

Berikut adalah 8 tips untuk membantu anda meningkatkan kemahiran membaca:

1- Peruntukkan masa tertentu setiap hari untuk membaca bagi membina tabiat membaca yang konsisten.

2- Cari tempat yang sunyi dan selesa untuk membaca supaya anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan bacaan.

3- Tinjau dahulu bahan bacaan sebelum mula membaca untuk mendapatkan gambaran awal tentang apa yang akan anda pelajari.

4- Catat nota semasa membaca untuk membantu anda mengingati maklumat penting dan lebih memahami kandungan bahan tersebut.

5- Rumuskan apa yang telah anda baca bagi memahami idea dan konsep utama.

6- Amalkan teknik membaca aktif dengan melibatkan diri secara langsung dengan teks serta bertanya soalan kepada diri sendiri.

7- Pelbagaikan bahan bacaan anda untuk meningkatkan kemahiran kefahaman membaca secara menyeluruh.

8- Jangan takut untuk membaca semula bahagian yang s**ar atau membingungkan. Tidak mengapa untuk mengulangi bacaan sesuatu bahagian sekiranya anda tidak memahaminya.

Sebagai kesimp**annya, deengan latihan dan bacaan yang berterusan, anda pasti boleh menjadi pembaca yang berkesan.

Address

Lot 17G-1-2 Jalan PM2, Plaza Mahkota, Banda Hilir
Melaka
75000

Opening Hours

Monday 12:00 - 22:00
Tuesday 12:00 - 22:00
Thursday 12:00 - 22:00
Friday 12:00 - 00:00
Saturday 12:00 - 00:00
Sunday 12:00 - 00:00

Telephone

+60176171673

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pangkin Bandar Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pangkin Bandar Hilir:

Share

Category