22/09/2021
6 TIP KEJAYAAN DALAM BISNES
1. Usaha dan Tekun
Asas setiap kejayaan adalah usaha. Setiap usaha p**a kena fokus, yang membawa maksud kepada ketekunan. Orang yang tekun je akan berpeluang untuk berjaya dalam bisnes.
2. Tahu Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat dan berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dengan kekuatan tu, kita boleh gunakan untuk membawa bisnes kita ke tahap yang lebih baik.
3. Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Bisnes
Kejayaan dalam bisnes tak ada jalan yang singkat. Setiap laluan dalam bisnes yang kita pilih ada cabaran dan dugaan yang tersendiri.
4. Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan barangan yang mahal bukan faktor utama kejayaan. Semua tu cuma boleh dijadikan hadiah untuk kita membangkitkan motivasi dan meningkatkan keyakinan diri.
5. Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa pun cara yang kita usahakan dalam bisnes, matlamat utama kita sebagai usahawan adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.
Jadi bila kita dapat sesuatu kejayaan walaupun kecil, jangan lupa ucap syukur dan beri manfaat kepada orang lain supaya kita dapat lagi banyak punca rezeki.
6. Berbisnes Kerana Agama
Dalam Islam pun kita dituntut untuk buat bisnes. Sebab dengan bisnes, kita boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang untuk mencari rezeki yang halal.
Dengan bisnes juga, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak.Yang paling penting kita ada banyak masa untuk diri sendiri dan orang tersayang.
Dah baca sampai habis?? Tahniah 🥳
Semoga bermanfaat 🥰