04/04/2023
Sejak 1976, ayah saya telah menceburkan diri dalam bidang pakaian seragam kerajaan dan seterusnya ke pakaian seragam kokurikulum persekolahan.
Syarikat perniagaan orang tua saya ialah Perniagaan Syed Mustapha Hassan atau lebih dikenali sebagai Kedai Arab yang terletak di kampung Jawa, Melaka.
Jadi Alhamdulillah, kepakaran utama kami di Ssarf Supply selaku anak kepada Tuan Syed Mustapha Hassan adalah dalam bidang pakaian seragam. Semoga Allah memanjangkan umur ayah dan ibu saya dan kita semua InsyaAllah.
Perbezaan kami dengan Perniagaan Syed Mustapha Hassan adalah pada cara kerja. Kami fokus kepada membantu pihak sekolah dan para guru untuk mendapatkan bekalan ke sekolah secara pukal dan sistematik, seterusnya menjadi penghubung dan pemudahcara bagi ke dua dua pihak (sekolah dan pemborong).
Buat masa ini kami masih belum mendapat premis yang sesuai untuk menjalankan perniagaan di daerah Jasin ini, Jadi kami masih memberi penumpuan kepada perkhidmatan ke sekolah sekolah yang menginginkan perkhidmatan kami.
Semoga dengan sokongan dari Orang Jasin, kami dapat membuka sebuah premis untuk berkhidmat kepada para ibu bapa yang anak anak mereka memerlukan pakaian seragam kokurikulum dan tak perlu keluar daerah mencari lagi.