25/07/2024
πππππ ππππππππ ππ πππππππ πππ πππππ π! ππππ β ππππππππ
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Semua warga Langkawi jom ramai-ramai kita pi program Jom Masuk U! 2024. Lebih daripada 12 IPTA/IPTS menawarkan program Sepenuh Masa, Separuh Masa dan Open and Distance Learning (ODL) kepada lepasan SPM/ STPM / Diploma/ ASASI/ Sarjana Muda. Terdapat juga tawaran program di peringkat Sarjana kepada penjawat awam dan swasta di Langkawi. Maklumat program seperti berikutππΌ
Tarikh : 26 β 27 Julai 2024 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 10.00 pagi β 6.00 petang
Tempat : Grand Ballroom, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Padang Matsirat, Langkawi
Terdapat 16 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta dua (4) badan kewangan akan buat pameran sepanjang program 2 hari ini berlangsung.
Antara IPTA/IPTS yang terlibat seperti beriku:
Institut Pengajian Tinggi Awam
i. Universiti Utara Malaysia
ii. Kolej Komuniti Arau
iii. UTM Space
iv. β Universiti Teknikal Melaka(UTEM)
v. β Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
vi. Universiti Teknologi MARA (Cawangan Kedah)
vii. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
viii. Institut Latihan Perindustrian, Jitra
ix. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Institut Pengajian Tinggi Swasta
i. Institut Teknologi A.N.S. Alor Setar
ii. β Albukhary International University
iii. Universiti Islam Melaka
iv. SEGi College Penang
v. Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar
vii. Mont Royale College, Kuala Lumpur
Lain-lain
i. Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
ii. Institut Kraf Negara
Badan Kewangan
i. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN)
ii. Kumpulan Wang Simpanan Pekarja (KWSP)
iii. Lembaga Zakat Negeri Kedah
iv. Affin Bank, Langkawi
Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
- Pameran dan taklimat (Edu-Talk) daripada IPTA/IPTS dan institusi kemahiran
- Ceramah motivasi
- Knowledge sharing wakil pelajar UUM
- Demostrasi produk
- Pemeriksaan Kesihatan
- Aktiviti Mewarna Batik (kanak-kanak)
- Jualan Makanan dan Minuman
Semua warga Langkawi dijemput hadir khususnya pelajar dan lepasan sekolah tidak terkecuali penjawat awam dan pekerja swasta di Langkawi. Jumpa anda di sana!