SALT N FRESH

SALT N FRESH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SALT N FRESH, Fishing Store, PT 16978, Jalan MURAI, KG CACAR, Langkawi.

Menyediakan perkhidmatan 3S(Sell, Service, Spare part) berkaitan Reel memancing

specialized didalam reel
baitcasting reel(low profile & round)
spinning reel
overhead reel(lever drag)
electric reel

15/08/2024

The 2024 Shimano Australia Tackle Tour is live! Head over to the Shimano Australia YouTube channel and follow all of the new releases from the 2024 AFTA Tackle Show!

15/08/2024
Puihhh scammer..Sebelum melakukan pembelian lakukan sedikit penyelidikan untuk elak ditipu.Elak Penipuan Pembelian: 5 La...
12/08/2024

Puihhh scammer..

Sebelum melakukan pembelian lakukan sedikit penyelidikan untuk elak ditipu.

Elak Penipuan Pembelian: 5 Langkah Bijak

1. Beli Dari Sumber Sah: Pastikan anda membeli dari laman web atau penjual yang dipercayai. Semak ulasan dan penilaian sebelum membuat pembelian.

2. Guna Kaedah Pembayaran Selamat: Elakkan membuat pembayaran melalui pindahan wang terus. Gunakan platform pembayaran yang menawarkan perlindungan pembeli. Contoh yang ada seperti shopee, TikTok shop, Lazada Dan sebagainya.

Jika perlu membuat pembayaran secara terus pastikan anda kenal penjual dan nama perniagaannya dan lakukan sedikit penyelidikan.

3. Periksa Butiran Produk Dengan Teliti: Pastikan anda membaca maklumat produk dengan teliti. Hati-hati dengan iklan yang tidak memberikan maklumat lengkap atau terlalu menarik.

4. Berwaspada Dengan Harga Terlalu Murah: Jika harga terlalu rendah dari pasaran, kemungkinan besar ia satu penipuan. Jangan mudah tergoda dengan diskaun yang tidak realistik. Kawal nafsu jangan sebab tengok terlalu murah terus sambar takut nanti tunggu barang sampai tidor pon tak lena tangan atas dahi jer bila dah kena scam

5. Simpan Bukti Pembelian:Sentiasa simpan resit, screenshot perbualan dan butiran transaksi sebagai bukti jika berlaku sebarang isu.

Lindungi diri anda daripada penipuan dengan langkah-langkah ini!

Sunat ke wajib?Apa yang wajib apa yang sunat plak ni?Pada mula memancing dulu ingatkan drag ni pakai jer selamanya. Teta...
31/10/2022

Sunat ke wajib?

Apa yang wajib apa yang sunat plak ni?

Pada mula memancing dulu ingatkan drag ni pakai jer selamanya. Tetapi bila dah pakai lama makin hari makin kurang drag power(drag cair)

Di situlah timbulnya kesedaran untuk saya mula belajar untuk buka dan servis reel.

Bila dikaji dan dapatkan info dapatan daripada sumber yang diyakini iaitu sifu ataupon cikgu pomen reel Saya. Saya mula memahami apa yang menjadikan lama-lama makin drag hilang power.

Jadi harini Saya nak bercerita dan berkongsi pasal keperluan menukar drag washer dan material apa yang terbaik.

Keperluan menukar drag washer menjadi WAJIB apabila reel menunjukkan tanda-tanda drag cair & drag sangkut-sangkut.

Bagaimana p**a kalau drag power dan tiada sangkut-sangkut?

Saya akan menasihati kepada customer untuk menukar kepada material Carbontex jika drag washer yang digunakan adalah jenis selain Carbontex.

Kenapa pilih Carbontex?

Sebab utama ialah menjamin KELANCARAN 100%

Sebab keduanya dari segi power sudah mengcukupi walaupon ada kalanya sama ataupon menghampiri drag power asal tetapi rata-ratanya lebih dari yang asal apabila kefahaman dari segi fizik diaplikasikan kepada sistem drag reel asal.

Jadi saya menyatakan hukumnya WAJIB bagi semua reel yang akan masuk untuk mendapatkan servis dari saya. Kerana tidak perlu untuk buat kerja dua kali apabila servis dan bila bila drag cair perlu hantar sekali lagi.

Poket pon jimat. Yang penting anda happy saya pon happy.😊

Dari meja servisBarang yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik perlu ditukar kepada yang baik.Bukan sahaja barang cus...
14/10/2022

Dari meja servis

Barang yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik perlu ditukar kepada yang baik.

Bukan sahaja barang customer rosak sahaja Kita tukar. Tetapi tools pomen sendiri kalau rosak kita WAJIB tukar.

Kita tak nak kualiti kerja kita terjejas apabila tool yang digunakan tidak berfungsi dengan baik

Demi mendapat senyuman di bibir para pemancing yang hantar servis reel. Kami akan memastikan setiap tools yang digunakan oleh pomen-pomen kami sentiasa berada didalam keadaan yang baik. Pomen pon syok kerja kalau tool sempurna.

Sebarang permasalahan tentang reel terus berhubung

https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo

KEMAHHH R!!!Tu ayat pertama bila inform reel dah siap semalam lebih awal daripada yang customer mintak.Pagi ni senyum je...
11/10/2022

KEMAHHH R!!!

Tu ayat pertama bila inform reel dah siap semalam lebih awal daripada yang customer mintak.

Pagi ni senyum jer bila dah dapat reel dalam keadaan yang berfungsi semula dengan baik dan cemerlang.

Task kali agak mencabar kerana condition reel yang diterima thumb bar lekat Dan pernah dibuka untuk diservis sendiri oleh customer dan lebih teruk lagi terdapat skru yang penting telah hilang

Tapi masalah itu dapat diatasi apabila segala pengalaman dan pengetahuan yang kami ada diaplikasi apabila menjalankan kerja mengikut SOP yang betul

Anda nak senyum seperti abang ni sebelum pergi trip kerana peralatan telah diservis dengn baik?

Terus berhubung dengan kami
https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo

NAK TAHU MUSUH UTAMA PEMANCING?Ada air ada karatAda karat ada airItulah ibaratnya bertapa akrabnya persahabatan air dan ...
10/10/2022

NAK TAHU MUSUH UTAMA PEMANCING?

Ada air ada karat
Ada karat ada air

Itulah ibaratnya bertapa akrabnya persahabatan air dan karat.

Tetapi yang terkesan kita sebagai pemancing. Hampehh betul.

Tapi tanpa Kita sedar bukan air atau karat yang hampeh. Tetapi Kita sendiri yang hampeh

Ehh kenape plak?

Sebab malas basuh jer lepas guna terutama selepas mancing di lapangan air masin. Jadi MUSUH pemancing adalah malas.

Sebarang permasalahan tentang reel
https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo
https://wa.link/pg6xjo

MERDEKA!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!Safety FIRSTjangan Kita lupa didalam satu trip memancing ada satu yang bernilai tak terhi...
31/08/2022

MERDEKA!!! MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Safety FIRST

jangan Kita lupa didalam satu trip memancing ada satu yang bernilai tak terhingga sehingga tidak dapat digantikan dengan Wang ringgit

Apa yang saya maksudkan ialah nyawa.

Jangan kerana mahu berjimat sedikit kita tidak dapat 'survive' ketika berada didalam situasi yang mencemaskan.

Malang tidak berbau jangan jadikan kegembiraan ketika melakukan aktiviti/hobi yang kita minat menjadi air mata kepada ahli keluarga.

Ikhtiar apa yang patut. Dan jangan malu untuk memakai life jacket ketika berada di lapangan memancing lebih2 lagi ketika boating

Selamat menyambut hari kemerdekaan

Kenapa memancing ini dikatakan membuang masa?Kebanyakkan pemancing mengisi masa lapang dengan berada di lapangan untuk m...
14/08/2022

Kenapa memancing ini dikatakan membuang masa?

Kebanyakkan pemancing mengisi masa lapang dengan berada di lapangan untuk membuat lontaran gewang ataupon umpan untuk cuba menangkap ikan dengan teknik memancing

Namun adakah kita sedar teknik memancing inilah cara yang paling tidak efisyen untuk kita mendapatkan ikan

Ya betul,
Kerana ada berbagai cara yang lebih berkesan untuk kita mendapatkan ikan daripada teknik memancing

Tetapi kenapa ramai orang yang masih menggunakan teknik memancing untuk mendapatkan ikan?

Adakah ia menjadi hobi yang tidak berbaloi?

Jawapan nya terletak pada SI PEMANCING... Ya, jawapannya ada pada diri anda..

Terdapat berbagai sebab kenapa SI PEMANCING masih menjadi pemancing

Antaranya ialah
- Mengisi masa lapang
Dengan memancing dapat mengisi masa lapang. Kerana pada masa kini, memancing telah menjadi salah satu aktiviti riadah.

- Mencari rakan
Aktiviti memancing ini telah menjadi hobi segenap masyarakat tanpa mengira pegangan agama, bangsa dan latar belakang pekerjaan. Jadi disitu para pemancing dapat berjumpa dengan ramai pemancing yang mempunyai minat yang sama.

- Cabang bisnes atau sumber pendapatan
Ada dikalangan kita menjadikan hobi memancing sebagai salah satu sumber pendapatan utama ataupon sampingan seperti influencer, pomen reel, pembuat gewang, tekong, pembuat rod dan pelbagai lagi cabang yang ada.

Jadi apa pendapat anda tentang hobi memancing ini adakah ia dikira membuang masa?

Address

PT 16978, Jalan MURAI, KG CACAR
Langkawi
07000

Telephone

+60175276296

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SALT N FRESH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SALT N FRESH:

Share

Category