RatioNine

RatioNine Our purpose is to move society forward through the power of sport fishing. We provide protection angler’s reel, reminiscence and dreams.

Expending access of fishing for every layers of society. Back to the nature and protect it.

20/03/2026
11/01/2026

Biarlah dia pergi memancing tu kak.. Daripada dia meletup kat rumah, lagi susah hati akak nanti.

Pernah tak tengok suami akak duduk depan TV, tapi mata dia kosong?

Bila tanya sepatah, dia jawab sepatah.
Bila anak bising sikit, dia cepat melenting. Pantang silap sikit, nak marah.

Akak ingat dia "buang tabiat"?
TAK.

Itu tanda "Tangki Emosi" suami akak dah KERING KONTANG. Dia dah Burnout.

Lelaki ni, sis, dia bukan macam orang perempuan.

Perempuan kalau stres, boleh luah kat kawan, boleh menangis, boleh window shopping.

Lelaki? Dia telan. Dia diam, b. Dia simpan sampai jadi nanah dalam hati.

Kenapa Joran Tu "Penyelamat" Nyawa Dia?

Ramai isteri ingat memancing ni hobi orang malas.

Salah tu.

Dari sudut psikologi, memancing adalah satu-satunya masa otak lelaki masuk ke fasa "THE NOTHING BOX".

1. Momen "Kosong" Yang Mahal
Bila dia tenung pelampung kat tengah tasik tu, dia tak fikir pasal hutang rumah. Dia tak fikir pasal masalah kerja. Otak dia shutdown sekejap dari dunia yang bising.

Masa inilah hormon stres (Cortisol) dia turun mendadak.

2. Terapi "Fight or Flight"
Bila ikan makan umpan, jantung berdegup, tangan menarik... itu adalah channel untuk dia lepaskan geram dan agresif secara sihat.

Kalau tak lepas kat ikan, takut nanti terlepas kat anak bini. Nauzubillah.

3. Dia Balik Sebagai Orang Baru
Perasan tak? Balik memancing (walaupun kumpau/tak dapat ikan), muka dia nampak tenang sikit? Hati dia lembut sikit?

Sebab dia dah "cas bateri".


Pesanan Untuk Para Isteri,
Mungkin sis rasa sunyi bila dia hilang setengah hari hujung minggu.

Tapi percayalah.
Lebih baik dia "hilang" sekejap di tepi sungai, daripada dia "hilang kewarasan" di dalam rumah.

Bagi dia ruang.

Itu bukan dia lari dari tanggungjawab.

Itu dia tengah repair diri sendiri supaya dia boleh jadi suami dan ayah yang lebih sabar untuk akak juga.

Syaratnya, pastikan nafkah cukup, kain baju dah setel, anak-anak dah mandikan. Kalau tu semua beres, lepaskanlah dia pergi "berubat".

28/11/2025

Musim hujan bukan masa untuk uji keberanian. Banyak tragedi bermula dengan satu ayat “Nampak macam ok je”. Hakikatnya, hujan ubah sifat tanah, arus, angin dan cuaca dalam beberapa minit saja. Bila berlaku, tiada masa untuk lari.

Jungle trekking dan hiking jadi sangat berisiko kerana tanah cepat lembut, laluan licin dan pokok mudah tumbang. Walaupun langit tak gelap, kepala air boleh turun dari kawasan hulu tanpa suara. Begitu juga glamping atau camping di tepi sungai. Ramai ingat tapak kering bermaksud selamat, padahal hujan beberapa kilometer di atas boleh mencetuskan arus deras yang tiba-tiba.

Memancing di sungai dan muara pun bukan masa sesuai. Tanah tebing cepat runtuh, air keruh sembunyikan lubang, dan banyak haiwan seperti ular serta biawak naik berteduh. Aktiviti pantai p**a kelihatan tenang, tetapi angin berubah boleh buat rip current muncul sekejap saja dan tarik sesiapa yang berada di gigi air.

Off-road atau bawa ATV dalam hutan ketika musim hujan juga bukan idea baik. Jalan tanah mudah gelongsor, tayar hilang grip, dan kenderaan boleh tersangkut atau terbalik bila arus melimpah lintas jalan.

Musim hujan ini, pilih keselamatan dulu. Simpan aktiviti rekreasi untuk cuaca cerah. Kita sayang anda, dan kami tak mahu tragedi yang boleh dielakkan berlaku lagi.

Address

Taman Seri Bidara
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RatioNine posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RatioNine:

Shortcuts

Share

Category