13/06/2025
Untuk makluman, tuala wanita Pure Touch menggunakan teknologi penyerapan terkini dan bukan jenis kain kapas biasa. Ia direka untuk sekali guna sahaja dan tidak boleh dibasuh.
Bahan yang digunakan adalah selamat, bersih dan mesra kulit, serta membantu mencegah kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan. Selepas digunakan, tuala wanita ini perlu dibungkus dan dibuang dengan cara yang betul, seperti produk pakai buang yang lain.
Ramai pengguna kami sukakan keselesaan dan perlindungan kering sepanjang hari yang ditawarkan oleh Pure Touch. Jika puan ada sebarang soalan lanjut, kami sedia membantu. đź’–