03/03/2023
Entah berapa kali saya ulang- ulang tengok video ni.Macam saya rasa betul-betul sangat berguna buat kita semua sebagai ibubapa.Sebagai satu peringatan untuk kita agar kita tidak terleka dalam mendidik dan membentuk anak-anak kita.
Saya ingat lagi semalam saya kasih sound tu beberapa orang anak-anak muda termasuk anak saya sendiri yang sedang kumpul- kumpul,lepak-lepak sambil main game.Terus-terang, saya tidak dapat kawal diri saya sudah untuk menegur mereka,sebab sudah berjam-jam mereka kumpul-kumpul main game bahkan hampir tengah malam sudah.Saya sudah tak peduli dorang tersinggung ka,marah ka.Saya tidak peduli.Saya suruh pulang..cukup-cukuplah kamu main game saya bilang.
Anak saya lah paling saya marah teruk Saya cakap kamu ni bukan budak-budak lagi,kamu sudah besar.Kamu sudah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.Boleh fikir sendiri sudah.
Dalam fikiran saya,kalau saya betul-betul sayangkan anak saya,saya kena berani,kena tegas tegur kesalahan mereka.Bukan hanya tengok dan biarkan sahaja dorang buat benda-benda yang kurang baik dan tidak berfaedah.
Makin dibiarkan,makin menjadi-jadi perangai dorang.Terlalu diberi kebebasan.Kalau ya pun mungkin kita mampu belikan anak kita motosikal atau handphone canggih-canggih.Kalau ya pun kita bangga anak kita pandai bawa moto,Kita sama-sama pantau-pantaulah juga anak-anak kita pergi mana,buat apa.Kalau boleh jangan salah guna tu kepandaian bawa moto laju-laju ,guna untuk pairet kawan jalan sini jalan sana.Kita kena fikir-fikir juga terutama dari aspek keselamatan mereka.Bawa moto.Lesen tiada,kadang topi keledar pun tiada.
Ini sebagai peringatan kita bersama sebagai ibubapa.
Jangan sampai nanti kita ada penyesalan di kemudian hari.
Sama-sama kita fikir-fikirkanlah🙏🙏