11/09/2025
KKM BISKUT
Kau nak kawal atau nak haram?
Tahun lepas Parlimen lulus Akta 852 — rangka kawal selia yang lengkap siap fasa pelaksanaan. 1 Oktober 2024 mula kuat kuasa; pendaftaran produk bermula 1 April 2025; pelabelan penuh selewatnya 1 Oktober 2025 — semua diumumkan rasmi oleh KKM sendiri.
https://www.bernama.com/en/news.php?id=2346368
Dalam akta & peraturan yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan pada 26 Sept 2024, kerajaan sudah tetapkan: larangan paparan runcit (kecuali kedai khusus), larangan jualan dalam talian & mesin layan diri, amaran kesihatan wajib, harga minimum, malah had nikotin 35 mg/mL diturunkan kepada 20 mg/mL mulai 1 Okt 2025 dan isipadu kartrij 3 mL turun ke 2 mL pada 1 Okt 2026. Ini bukan borak kedai kopi — ia P.U.(A) rasmi.
https://codeblue.galencentre.org/2024/10/tobacco-v**e-regulations-enforced-bans-on-retail-display-online-and-vending-machine-sale/
https://assets.tobaccocontrollaws.org/uploads/legislation/Malaysia/Malaysia-TC-Regs-2024-PL.pdf
Hari ini, menteri kartun yang sama p**a umum nak haramkan v**e sepenuhnya, “berfasa” bermula sistem terbuka, tanpa garis masa jelas — malah menyokong 6 negeri yang berhenti keluarkan/renew lesen PBT. Kenyataan itu dibuat sebagai jawapan bertulis di Dewan Negara.
https://www.thevibes.com/articles/news/112598/malaysia-to-phase-in-full-ban-on-sale-of-electronic-cigarettes-and-v**es
Sekarang soalannya: bagaimana KKM boleh cadangkan pengharaman total selepas baru setahun menginstitusikan kawal selia nasional? Kalau jawapannya “boleh sebab kuasa menteri”, ya, Seksyen 53 Akta 852 memang benarkan menteri buat peraturan untuk “sekatan & larangan jualan” — melalui peraturan, bukan semberono U-turn polisi. Tapi rasional dasarnya apa, sedang infrastruktur kawal selia baru hendak matang yang tak sampai setahun pun??
Fakta Ringkas (supaya tak terpesong):
• Akta 852 berkuat kuasa 1/10/2024 dengan pelaksanaan berfasa (pendaftaran, pelabelan, dsb.).
• Larangan paparan runcit umum, jualan online & vending machine sudah wujud; bukan “kawal selia lemah”.
• Had nikotin & isipadu sudah ditetapkan dalam peraturan P.U.(A) 261, berasaskan pelaksanaan berjadual 2025–2026.
• Pengharaman fasa (open-system → semua) sedang dicadang melalui jawapan bertulis menteri.
• Negeri-negeri (Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang) menggunakan kuasa PBT untuk tidak keluarkan/renew lesen — itu patchwork pentadbiran, bukan undang-undang persekutuan baharu.
Kenapa cadangan “haram penuh” ini cacat logik & tak berwibawa?
1. Polisi U-turn yang membazir & melemahkan kredibiliti.
Kerajaan baru letak “jalan raya” kawal selia (pendaftaran, pelabelan, had nikotin/isipadu, larangan jualan tertentu) — kemudian suruh semua pusing ikut lorong buntu “haram total”. Ini mensia-siakan kos pematuhan yang kerajaan sendiri wajibkan sejak 2024.
2. Kekeliruan tadbir urus.
Menteri tandatangan peraturan kawal selia pada 26/9/2024; esoknya akta berkuat kuasa. Setahun kemudian, menteri sama mahu “tutup kedai”. Dasar kesihatan awam sepatutnya konsisten & berperingkat, bukan zig-zag mengikut tekanan semasa.
3. Federal vs. PBT: jalan pintas yang bercanggah semangat akta.
Menggalak negeri “ban ikut lesen PBT” mewujudkan kepelbagaian tafsiran & penguatkuasaan yang bercelaru — sedangkan Akta 852 diwujudkan untuk kawal selia nasional yang seragam. Patchwork lesen bukanlah pengganti akta persekutuan.
4. Risiko pasaran gelap & penguatkuasaan jadi sia-sia.
Bila kawal selia ketat baharu nak “naik gear”, cadang haram menyeluruh cenderung menolak permintaan ke pasaran tidak formal, menyukarkan penguatkuasaan yang baru distandardkan. (Ini implikasi am yang diakui banyak bidang kawal selia; lebih baik perkemas akta sedia ada daripada mansuh de facto.)
5. Peranti pun dah lama berada bawah pensijilan keselamatan.
Sejak 2022, peranti e-rokok tertakluk kepada perintah perihal dagangan SIRIM/MS2716. Industri telah pun mengikut laluan pensijilan yang kerajaan tetapkan. Kenapa bina pagar, kemudian runtuhkan ladang?
Soalan yang perlu jawapan bertulis dari menteri kartun (bukan drama, fakta):
• Kalau “haram total” jadi dasar, apa nasib proses pendaftaran produk yang KKM sendiri umumkan & kutip pematuhan? Dibatalkan? Dikembalikan?
• Kenapa had nikotin/isipadu ditetapkan sehingga 2026 jika objektif sebenar ialah hapuskan terus? Polisi kawal risiko tak dibuat untuk 12 bulan, kemudian dibuang.
• Jika guna Seksyen 53(2)(f) untuk melarang jualan, apakah penilaian impak peraturan (RIA) & data pelaksanaan Akta 852 setahun ini? Di mana laporan telusnya?
Kalau benar nak lindungi kesihatan awam, kuatkuasakan dulu Akta 852 sepenuhnya — lengkapkan pendaftaran, pelabelan, kawal nikotin/isipadu, perketat pemantauan di sekolah & platform digital, barulah nilai data sebenar. Mengumumkan “haram penuh” ketika rangka kawal selia baru setahun berjalan hanya menunjukkan kecelaruan dasar, bukan ketegasan. Polisi baik itu konsisten, bukan jadi menteri kartun