04/09/2023
KEDAI BUKU ISLAM TERTUA DI KUCHING?
SUDAH BUKA DARI TAHUN 1983?
Assalamualaikum semua, sedikit pengenalan bagi yang belum tahu dan mengenai kedai buku agama kami walaupun kami sudah bertapak dari tahun 1983. Ini untuk bacaan umum bagi mengisahkan perjalanan kedai buku kami bagi memastikan bekalan buku agama sentiasa mencukupi di Sarawak dari tahun 1983 sehingga sekarang.
Mempertahankan sebuah kedai buku bukan sesuatu yang mudah lagi² buku agama. Sudah banyak rakan seperjuangan tutup kedai atas faktor competition, kemajuan dan kurangnya budaya membaca. Wujudnya EBook Haram yg dibuat oleh pihak yg tidak sepatunya lagi makin menambahkan kesukaran bagi pengusaha kedai buku ini untuk bertahan.
Tahukah anda yang setiap buku mempunyai penerbit dan setiap proses cetakan memakan modal yg besar dan perlu medapatkan pengesahan untuk mengeluarkan senaskah buku? Tahukah anda yg setiap buku perlu Kelulusan dari KDN? Tahukah anda bahawa tindakan me download EBook percuma adalah suatu perbuatan yang salah? Haram hukumnya.
Pentingnya keberkatan ilmu dan menjaga dari mana sumber ilmu itu didapatkan. Fikir fikirkan lah.
MARI SUPPORT KEDAI BUKU KAMI