03/05/2021
-Ada customer pm saya..
Dia kata..
"Sis... Saya baru jak bayar brg yg sama mcm sis update tu, tapi kat seller lain. 1 for Rm38.. Sis jual Rm30.... Ruginyaa.."😩
Saya tak reply.
Tapi saya nak cerita sikit.
Ya. Anda akan jumpa org jual benda yg sama pada harga 40,50,60 tapi tetap ada org beli... Kenapa??
Ada pulak kawan perli, "Mahal nya kau beli. Aku beli murah ja." Kita pun rasa down, rasa membazir, rugi.. 😰😰
Dulu saya pun selalu pikir mcm tu. Tapi bila dah lama berniaga. Saya belajar 1 perkara..👇
✅Kenapa kita beli kat org tu..
✅Kenapa kita nampak iklan seller tu sebelum iklan seller lain?
Kerana Allah dah tetapkan itu rezeki dia.
Siapa kita nak menidakkan rezeki dia.
Kita dah bayar, kita kena syukur, "Aku berjaya beli apa yg aku nak."
Jangan mengeluh, kerana setiap sen yg lebih kita bayar tu, mungkin kita sedang membantu keluarga seller tersebut... 🤗
Siapa tahu... REZEKI itu juga RAHSIA ALLAH.. 😉 PERCAYALAH....😍
Lagi satu, ubahlah sikit tabiat s**a membanding-banding antara satu sama lain. Ramai juga yang ada tabiat iri hati dengan rezeki orang lain. S**a cucuk2, api2. Ada juga yang tamak dan bila dah berjaya, dia menjadi sombong dan angkuh. Dari itu kita doa kan aje yang terbaik buat orang2 yang sebegini. Aamiin ❤