10/12/2021
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir
ุนููู ุณูุงููู
ู ุฃูููู ุงุจููู ุนูู
ูุฑู ููุงูู ููููููู ูููุฑููุฌููู ุฅูุฐูุง ุฃูุฑูุงุฏู ุณูููุฑูุง ุงุฏููู ู
ููููู ุฃูููุฏููุนููู ููู
ูุง ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููููุฏููุนูููุง ููููููููู ุฃูุณูุชูููุฏูุนู ุงูููููู ุฏูููููู ููุฃูู
ูุงููุชููู ููุฎูููุงุชููู
ู ุนูู
ููููู
Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: โDatanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan: โAku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.โ (HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya pulang ke kampong halaman yang perjalanannya jauh. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.
2. Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.
ุฃูุณูุชูููุฏูุนู ุงูููููู ุฏูููููู ููุฃูู
ูุงููุชููู ููุฎูููุงุชููู
ู ุนูู
ููููู
โAku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.โ
3. Terdapat juga dalam hadith yang lain doa berikut:
ุฒููููุฏููู ุงูููููู ุงูุชููููููู ููุบูููุฑู ุฐูููุจููู ููููุณููุฑู ูููู ุงููุฎูููุฑู ุญูููุซูู
ูุง ููููุชู
โSemoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.โ
4. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.
5. Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
11hb Disember 2021
06hb Jamadil Awal 1443H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor