19/02/2020
Tujuan utama penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Untuk tujuan tersebut, kasut tersebut perlulah sesuai dengan tapak kaki anda. Kasut yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga kecacatan tetap.
Fungsi utama kasut sukan adalah bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada kaki akibat tekanan spesifik yang diperoleh menerusi aktiviti sukan yang diceburi serta memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh pemain tersebut. Misalnya, kasut jogging akan direka berlainan dengan kasut yang digunakan untuk senam robik. Kelainan tersebut merangkumi kepelbagaian bahan, berat, pembinaan tali dan sebagainya. Kasut sukan direkka khusus bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada bahagian kaki yang menerima banyak tekanan sewaktu aktiviti sukan. Ramuan utama dalam pembuatan kasut sukan yang benar-benar tahan lasak adalah keselesaan. Kasut yang tahan lasak dan selesa pasti akan mengelakkan kaki anda daripada kelepuhan dan masalah kulit yang lain