Kuantan Kini

Call Directions

Kuantan Kini Kongsi Cerita dan Info

Video viral kes curi dekat pokok nangka kg padang tu,dia curi nescafe untuk jual kat kedai makan ke,tak kan nak buat min...
09/10/2026

Video viral kes curi dekat pokok nangka kg padang tu,dia curi nescafe untuk jual kat kedai makan ke,tak kan nak buat minum sendiri ambik banyak gitu,takder menda lain nescafe jer yang dia ambik,bukan maggi,bukan sardin,tepung dan bukan susu untuk anak,ni barang biasa orang yang terdesak ambik...kenapa nescafe..???

Min tak share lah video sebab ada anak dia jugak dalam video tu.

09/10/2026

Hari ni hilang dah bukit pelindung gan tembeling resort dari pandangan mata...

MALAM TERAKHIR M. ELISA JONOVA, 199.00 malam — masih berjalan bersama teman lelaki.Itulah antara detik terakhir M. Elisa...
07/10/2026

MALAM TERAKHIR M. ELISA JONOVA, 19

9.00 malam — masih berjalan bersama teman lelaki.

Itulah antara detik terakhir M. Elisa Jonova, 19, dilihat dalam keadaan biasa sebelum tragedi yang menggemparkan Kuantan.

Menurut seorang jiran, sekitar jam 9 malam Isnin lalu, Elisa dilihat berjalan kaki bersama teman lelakinya menuju ke sebuah kedai berhampiran rumah sewa mereka di Jalan Air Putih 2.

Mereka dikatakan kelihatan seperti biasa, malah kelihatan gembira.

Tiada siapa menyangka beberapa jam kemudian, gadis yang disifatkan jiran sebagai lemah lembut dan bersopan santun itu akan ditemui tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik sewa.

Elisa merupakan pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Sebelum tragedi, dia tinggal di rumah tersebut bersama tiga lagi rakan perempuan yang juga merupakan pelajar.

Menurut jiran, mereka sudah tinggal di rumah itu kira-kira enam bulan.

Seorang rakan p**a menggambarkan Elisa sebagai seorang yang baik, periang, banyak bercakap, s**a ketawa dan sering membantu orang lain.

Namun menjelang awal pagi Selasa, keadaan berubah.

Sekitar 4.32 pagi, polis menerima panggilan kecemasan daripada teman lelaki mangsa.

Apabila polis tiba, Elisa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di sebuah bilik di tingkat bawah rumah tersebut.

Pemeriksaan awal pakar forensik HTAA turut menemukan kesan tekanan pada bahagian leher.

Suspek lelaki berusia 19 tahun kemudian ditahan di lokasi kejadian dan direman sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan terbaru hari ini, polis telah mengambil keterangan daripada tiga rakan serumah Elisa.

Polis turut memaklumkan bahawa Elisa dan suspek telah mengenali antara satu sama lain kira-kira setahun dan kejadian itu dipercayai berpunca daripada cemburu, namun siasatan masih diteruskan.

Menurut perkembangan yang dilaporkan hari ini, suspek juga dipercayai telah berada di rumah sewa mangsa kira-kira seminggu sebelum kejadian dan polis sedang menyiasat dakwaan bahawa cemburu tercetus apabila suspek mengesyaki mangsa bertemu lelaki lain.

Dari satu malam yang kelihatan biasa...

kepada satu tragedi yang meragut nyawa seorang gadis berusia 19 tahun.

Apa sebenarnya yang berlaku di dalam bilik itu sebelum Elisa ditemui tidak sedarkan diri?

JPPKK dan POLISAS juga meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Takziah buat keluarga M. Elisa Jonova.

Semoga keluarga dan insan-insan yang menyayanginya diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.

06/10/2026

Pusat peranginan terbiar jalan sungai arang di Sungai Lembing jadi markas panggillan scammer antrabangsa.

Sebelum ni resort terbiar beroperasi sebelum ditutup pada 2025.

Terbongkar selepas diserbu imgerisen,warga negara china,myanmar,vietnam,indonesia,rusia hongkong dan seorang warga tempatan pemilik premis dan seorang pekerja warga tempatan.

🚨 KES PELAJAR WANITA MAUT DI KUANTAN: APA YANG DIKETAHUI SETAKAT INI?Kuantan dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar ...
06/10/2026

🚨 KES PELAJAR WANITA MAUT DI KUANTAN: APA YANG DIKETAHUI SETAKAT INI?

Kuantan dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah sewa di Jalan Air Putih 2, awal pagi tadi.

🔹 Kronologi awal
Menurut laporan polis, sekitar 4.32 pagi, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 19 tahun yang memaklumkan berlaku perselisihan faham antara dia dan teman wanitanya.
Apabila polis tiba di lokasi, mangsa ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan awal pihak forensik mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Suspek ditahan lelaki berusia 19 tahun yang berada di lokasi telah ditahan polis.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selama 7 hari sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan.

Mangsa dilaporkan merupakan penuntut sebuah institusi kemahiran di Kuantan,menyewa dipremis tu bersama dua orang rakannya.

Beberapa laporan media berbahasa Cina mendakwa mangsa dan suspek merupakan pelajar POLISAS, namun perkara ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak polis.

Bedah siasat dijadualkan dijalankan di Jabatan Forensik HTAA bagi menentukan punca sebenar kematian.

Polis juga masih menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi.

06/10/2026

Sape yang tak bayar ?????

Kredit video arif casting

05/10/2026
03/10/2026

🤣🤣🤣...adus hilang sakit hati jadi sakit perut,ewanthug ni budok kuantan,boleh layan video dia slow2

Kampung ubai terpecah dua satu dalam daerah Kuantan satu bahagian lagi dalam daerah Pekan.Amalan yang dinyatakan mungkin...
03/10/2026

Kampung ubai terpecah dua satu dalam daerah Kuantan satu bahagian lagi dalam daerah Pekan.

Amalan yang dinyatakan mungkin segelintir bukan semua masyrakat disitu.

Tapi tak dinafikan Kg ubai dan kampung2 sekitarnya adalah kawasan perkampungan melayu lama yang memang subur dari dahulu lagi ramai yang beramal dengan tarekat,amalan tarekat subur di situ sebab pernah ada ramai tok guru di situ dan ada wali Allah yang pernah lahir di kawasan sekitar situ.

Tradisi kita hormati syarak tetap kita junjung.

Address

Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 08:08 - 00:00
Tuesday 08:08 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60138400617

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuantan Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share