Ira galeri

Ira galeri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ira galeri, Shopping & retail, serambi teruntum Jalan tanjung lumpur, Kuantan.

kedai menjual kelengkapan beribadat(jubah,kurta,seluar,kupiah,sejadah,tasbih,stokin,sarung tangan,songkok,kayu sugi,serban,shawl,serbuk tayamun)hiasan frame ayat al quran dan minyak wangi

18/02/2026
02/02/2026

Pada Tahun 2026, Pengangkutan di Malaysia Kekal Mampu Milik: Perkhidmatan E-Hailing Maxim Menerima Kelulusan Pematuhan daripada APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengesahkan status Maxim sebagai operator yang sah di semua negeri, termasuk Pahang. Ini memastikan penduduk dapat mengekalkan kemampuan untuk menempah perjalanan bermula dari RM3.

Mengapa pilih Maxim?
Diluluskan secara sah – mematuhi sepenuhnya semua peraturan negara.
Sangat mampu milik – perjalanan bermula dari hanya RM3, menawarkan keselesaan di seluruh wilayah dan bandar utama.
Harga telus – menerima anggaran tambang sebelum tempahan.
Perjalanan dengan ketenangan fikiran – kongsikan pautan penjejakan perjalanan secara langsung dengan mudah bersama orang tersayang.

Aplikasi ini boleh didapati di App Store, Google Play Store, App Gallery, atau Get Apps.
Muat turun melalui pautan: https://taxs.ee/my_ktnkini

27/01/2026

🌁 Dari Teruntum ke Ibu Negeri: Kisah Di Sebalik Nama Kuantan

​Laut China Selatan tidak pernah jemu memukul pantai, namun tidak ramai yang menyedari bahawa ombak inilah saksi bisu kepada transformasi sebuah perkampungan kecil menjadi nadi utama negeri Pahang.

Sebelum tahun 1955, Kuantan bukanlah pusat kuasa, ia hanyalah sebuah mukim yang tenang, jauh dari kesibukan perlombongan emas di Kuala Lipis.

​Sejarah Kuantan bermula dari Kampung Teruntum.

Di sinilah pada pertengahan abad ke-19, Haji Senik (Datuk Shamrah) bersama peneroka awal, ramai daripadanya pedagang dari Sumatera membuka tanah.

Mereka memilih lokasi ini bukan kerana kemewahan, tetapi kerana strategiknya muara sungai yang terlindung dan akses laut yang luas.

Nama 'Kuantan' itu sendiri misteri, dipercayai bersempena nama tempat asal peneroka tersebut atau pohon-pohon tempatan yang menjadi pasak bumi di situ.

​Titik perubahan sebenar berlaku pada 27 Ogos 1955.

Menyedari potensi ekonomi maritim dan perdagangan yang melampaui hasil galian pedalaman, Kuantan dimasyhurkan sebagai ibu negeri menggantikan Kuala Lipis.

Keputusan ini mengubah landskap sosial Pahang selamanya.

​Hari ini, Kuantan bukan sahaja terkenal dengan Tanjung Lumpur atau Teluk Cempedak.

Ia adalah simbol keberanian orang Melayu lama mengubah hutan paya menjadi sebuah bandaraya yang makmur.

Dari sebuah jeti kayu di Teruntum, kini ia berdiri megah sebagai gerbang Pantai Timur.

​❓️Pernahkah kita terfikir, jika bukan kerana keberanian peneroka awal di muara Teruntum dahulu, bagaimanakah rupa wajah Pahang hari ini?



Rujukan:

• ​Portal Rasmi Majlis Bandaraya Kuantan (Sejarah).
• ​Arkib Negara Malaysia (Perisytiharan Kuantan 1955).
• ​"Sejarah Pahang" oleh W. Linehan.

24/12/2025
11/12/2025
16/11/2025

Boleh kita rumuskan reaksi exco adalah wakil kepada kerajaan negeri Pahang.

Lemahnya reaksi dari kerajaan negeri Pahang hanya mampu berharap..statement camni standard rakyat biasa boleh bercakap begini merayu dan mengharap belas kasihan.

Sepatutnya reaksi keras dan tegas lebih kurang gini

"Kerajaan negeri Pahang sediamaklum tentang caj tol,kelulusan telah diberi kita hormat tetapi kerajaan akan atau sudah berunding memberi pengeculian tol kepada pekerja2 agensi kerajaan jika ada yang berulang alik di jalan tu,pekerja atau rakyat biasa yang mengunakan jalan itu untuk urusan seharian di beri pengeculian tol"

Baru nampak hebat ni kerajaan negeri berharap nampok benor lemahnya ahak,ahak2 (s**a dalam filem 80an gaya latif ibrahim).

Kita akan berusaha untuk kepentingan rakyat mohon pengeculian bukan untuk pengunjung kasino dan pelancong hanya untuk rakyat dan pekerja kerajaan yang berkenaan urusan seharian sahaja.Baru lah nampak tegas.

Ada ke patut kerajaan negeri Pahang berharap lemah betul.Rundingan dapat tak dapat lain kira,cakap mesti kelihatan tegak,berani,angkuh,keras,sedia melawan jangan kelihatan lemah,kan kita keturunan melawan.

Kalau bukan kerajaan negeri Pahang yang berunding siapa lagi yang boleh di harap.

(bravo Las vegas Malaysia)

Kredit 📸 astro awani

09/11/2025

Niaga sebab dibenarkan oleh undang undang pbt kuantan,tak semestinya peguatkuasa makan rasuah.Peguatkuasa kadang menjalankan tugas mengikut batas undang-undang yang sedia ada.Kalau undang - undang jelas baru boleh kita menekan peguatkuasa untuk menjalankan tugas.

Undang2 berkenaan peniagaan milik warga asing yang perlu di perkemaskan sesuai mengikut keadaan semasa.

Tugas ahli politik yang terpilih mendesak mengubal udang-undang pbt di Dewan Undangan Rakyat.

Undang-undang yang sesuai dengan keadaan semasa,seperti mana di Johor Bharu,Kuala Lumpur dan Selangor,hanya warga negara boleh berniaga dan diberikan lesen,warga asing dengan permit yang sah sahaja boleh berniaga,berada di kaunter mesti rakyat malaysia,pemilik lesen yang terbukti menyewakan lesen kepada warga asing kedainya di sita,barang nya dirampas.Pemilik premis yang meyewakan premis kepada warga asing dikenakan denda yang tinggi rm100,000 ribu.

Bila undang-undang dah tersedia baru lah kita boleh menuduh peguatkuasa tak menjalankan tugas sebab undang-undang dah ada.

Kedai milik warga asing ada, jadi pelangan warga asing pun membeli di kedai diaorang.Kalau kedai warga asing tu tidak ada,pelanggan warga asing akan terpaksa membeli di kedai warga tempatan,kalau di tempat dalam gambar automatik peniaga dalam pasar besar akan kembali meriah.

Bukan susah pun tak perlu guna teknologi dengan sains roket nak ubah.

Wakil rakyat kena main peranan lah bawak suara dalam dewan undangan negeri.Sebab tu jangan pilih wakil rakyat yang bodoh membawa isu yang mengarut2.Ahli majlis pun sama kena main peranan bawak isu ni,sebab diaorang pun wakil parti politik.

07/11/2025

Terbaik kerajaan negeri Pahang mendapat kutipan hasil negeri mencecah rm1 bilion lagi tahun 2025 ini.

Empat tahun berturut-turut pendapatan melebihi rm 1billion.Dikira prestasi terbaik berbanding sebelum ini pendapatan negeri Pahang hanya rm400juta meningkat melebihi 100%.

Jangan lah marah min puji2 ya..😅 yang baik kita kena kata baik lah,yang tak baik tu tetap kita kritik sebab selain dari ahli dan penyokong parti politik ada jugak golongan sekadar rakyat biasa bukan ahli mana2 parti politik,bagi penyokong atau ahli parti politik sebelah mana pun rasanya sama kalau dari parti sendiri semuanya baik mesti disokong kalau dari parti lawan semuanya tak baik mesti dibangkang.

Tapi jangan lupa ada jugak golongan rakyat atas pagar yang tidak berparti yang menyokong jika baik dan mengkritik jika salah,mengikut sudut pandangan masing-masing.

Nak dengar pujian indah-indah dari ahli parti sendiri.Nak dengar kecaman dan kritikan dengar dari parti lawan.Kadang- kadang kritikan dan kecaman jugak hadir dari rakyat yang tidak berparti.Sokongan mereka juga boleh berubah ubah bergantung pada suasana semasa,harap maklum lah kritikan kena di terima.

Prestasi cemerlang mungkin terdorong oleh ancaman semasa pada masa itu,kembali ke 2018 kerana perbezaan parti pemerintah negeri dengan parti yang memerintah negara menyebabkan kerajaan negeri Pahang merasa perlu meningkatkan pendapatan mendorong berkerja keras hingga mendapat pendapatan mencecah 1bilion.

Maklumlah setelah berpuluh tahun sebelum 2018 menjadi kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan persekutuan boleh bergantung dengan kerajaan persekutuan sebelum ini. 😅

Moga terus berkerja cemerlang untuk negeri dan negara,untuk parti politik selamat maju jaya lah semua parti politik untuk mempergaruhi rakyat tidak berparti,golongan atas pagar.Sokongan ahli parti masing-masing sudah pasti pada parti masing-masing,tetapi sokongan golongan atas pagar belum pasti.

Tapi terbukti jangan bagi sokongan terlalu selesa kepada sesebuah parti yang menjadi pemerintah negeri boleh meningkat kan pretasi pemerintahan sesebuah negeri.😘

06/11/2025
02/11/2025

Address

Serambi Teruntum Jalan Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Telephone

+60138400617

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ira galeri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share