M.Napizan channel

M.Napizan channel Agent Farm Fresh. Shoppe ambassador. Involve Asia Affiliate. Quality. Reliability. Safety. Because you matter most.

At MN Store, we are constantly looking at what’s most important to you and making that most important to us. These are just some of the things we take pride in providing all our drivers.

04/08/2022

Hye, lama Tak update Kat sini.. sejak wujudnya TikTok, Facebook rasa dah Tak penting.

Bagaimana Sikap-Sikap Orang Berjaya Untuk DiikutiJika kita hendak berjaya, ikut jejak langkah orang yang sudah berjaya. ...
17/08/2021

Bagaimana Sikap-Sikap Orang Berjaya Untuk Diikuti
Jika kita hendak berjaya, ikut jejak langkah orang yang sudah berjaya. Lebih mudah lagi untuk anda mencapai kejayaan kerana ada bukti yang mana sikap tersebut berkesan dan membantu.

Umpama seorang pendaki yang mengikut guide atau Sherpa yang membawa mendaki gunung tertinggi di dunia, Everest. Tanpa Sherpa, s**ar dan boleh dikatakan mustahil untuk pendaki baru dapat menawan Gunung Everest.

Justeru itu, kami kumpulkan antara sikap dan kualiti yang ada yang dikongsikan dalam banyak buku-buku pembangunan diri dan kisah usahawan berjaya di dunia. Ia boleh dijadikan inspirasi dan bekalan untuk anda juga mencapai kejayaan, insyaAllah.

33 sikap orang berjaya boleh anda terapkan selama sebulan:

1.Melihat kepada peluang-peluang yang orang lain tidak nampak.
2.Mereka melihat pengajaran berbanding melihat hanya sebagai masalah.
3.Fokus kepada penyelesaian.
4.Mewujudkan kejayaan sendiri berbanding hanya mengharap kejayaan datang dengan sendiri.
5.Tidak terpengaruh dan dikawal dengan kekangan ketakutan.
6.Bertanya soalan yang betul, buatkan mereka lebih produktif, kreatif, pemikiran dan emosi positif.
6.Jarang complain yang hanya beri keadaan negatif.
7.Tidak menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan sendiri dan hasilnya.
8.Mungkin tidak ada bakat berbanding orang lain maun sentiasa cari jalan untuk mengunakan potensi diri dengan sebaiknya.
9.Seorang yang produktif, proaktif dan sibuk melakukan perkara bermanfaat.
10.Bersama dengan orang-orang yang ada pemikiran yang sama, positi dan sedar kepentingan dalam sesebuah team.
11.Mempunyai impian dan matlamat besar untuk mencapainya.
12.Mempunyai kepastian dan kejelasan tentang apa keinginan.
13.Berinovasi berbanding hanya mengikut orang lain.
14.Tidak hanya menunggu masa sesuai atau kata mudah bertangguh.
15.Belajar sepanjang hayat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu-ilmuyang sentiasa berkembang mengikut keadaan dan peredaran masa.
16.Kosongkan gelas. Bersikap rendah diri dan belajar daripada orang lain meskipun sudah berada di tahap yang tinggi.
17.Konsisten melakukan apa yang perlu, tidak kira bagaimana perasaannya ketika itu.
18.Mengambil risiko terhitung dari segi kewangan, emosi, profesional dan psikologi.
19.Mereka walk the talk. Lakukan apa yang dikatakan, bukan hanya sekadar teori sebaliknya lakukan dalam kehidupan sebenar.
20.Mereka cepat tangani masalah dan cabaran dengan efektif. 21.Tidak lari, menghadapinya untuk tambah baik diri lagi.
22.Tidak hanya menunggu kepada takdir atau nasib untuk mencapai sesuatu.
23.Percaya dan komited menghasilkan results yang dimahukan.
24.Mereka pandai dalam mengawal emosi. Jika berlaku kejadian yang menyedihkan atau musibah, ia tidak terlalu lama mempengaruhi diri.
25.Pandai berkomunikasi dan sentiasa tambah baik lagi.
26.Mempunyai perancangan dalam kehidupan bagi menjadikan ia realiti.
27.Faham bahawa nilai dan manfaat untuk berdepan kesusahan dan cabaran yang biasa orang akan elakkan.
28.Faham kepentingan disiplin dan kawalan diri.
29.Sanggup mengorbankan sesuatu yang tidak berikan manfaat ketika mahu membina kejayaan itu.
30.Dermawan dan baik hati. Suatu kepuasan buat mereka dalam membantu orang lain untuk capai sesuatu.
31.Tidak sombong dan sedia mengakui kesalahan malah meminta maaf.
32.Mudah adaptasi dengan perubahan, sementara kebanyakan orang lebih selesa dengan tabiat dan keadaan sedia ada.
33.Tidak bercampur dengan orang yang toksik boleh mempengaruhi untuk menjadi seperti mereka.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Bagaimana Sikap-Sikap Orang Berjaya Untuk Diikuti” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.

Bina Database Pelanggan Yang Baik“Database is king”Bila anda dapat maklumat pelanggan seperti nama, emel dan sebagainya,...
15/08/2021

Bina Database Pelanggan Yang Baik
“Database is king”
Bila anda dapat maklumat pelanggan seperti nama, emel dan sebagainya, adakah anda simpan atau anda buang begitu je? Anda tahu database pelanggan sangat penting dalam bisnes anda?

Database berikan anda cara yang efisyen untuk simpan dan analisis data pelanggan. Database sangat penting kepada anda yang nak berniaga dan nak buat research. Sekiranya anda ada simpan database pelanggan, anda dapat uruskan data-data mereka dengan cekap dan ia juga membolehkan anda melaksanakan tugas pemasaran bisnes dengan mudah.

Dengan pengkalan pengurusan sistem database, tugas menyusun dan mengurus maklumat pelanggan yang banyak dapat dilakukan dengan satu aplikasi software sahaja. Dengan menggunakan sistem ini, ia dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan mengurangkan kos perbelanjaan pemasaran anda.

Anda sudah dapat idea macam mana nak kumpul database pelanggan? Berikut kami berikan 4 manfaat database dalam bisnes anda.

1. Komunikasi lagi cepat

Bila bisnes anda dah tersedia dengan database, segala urusan bisnes anda dengan pelanggan boleh dilakukan dengan cepat. Ini kerana sistem anda dah ada segala maklumat mereka. Anda hanya perlu guna sahaja untuk blast emel atau sms anda. Ia juga menentukan kualiti informasi yang lebih relevan, sehingga informasi yang disajikan tidak akan basi. Informasi akan lebih bernilai jika manfaatnya lebih efektif.

2. Peluang lebih besar

Dengan adanya database, peluang untuk mendapatkan pelanggan akan jadi lebih besar. Ini kerana, anda menghantar emel promosi secara automatik, bukannnya manual. Jadi, ia juga menjimatkan masa anda dari anda hantar satu persatu kepada mereka, betul? Jika anda hantar kepada 2000 pelanggan yang ada dalam database, jadi 2000 orang yang akan dapat emel atau sms blast dari anda. Peluang anda untuk dapatkan feedback dari mereka juga akan tinggi.

3. Menjimatkan masa

Database boleh menjimatkan masa anda. Untuk dapatkan rekod seorang pembeli mungkin akan mengambil masa beberapa minit jika ia berada dalam file anda, tetapi dengan sistem database dalam laptop anda, ia akan mengambil masa beberapa klik sahaja. Ia dapat mengatasi kesulitan dalam mengakses data pelanggan anda, tambahan p**a bila pelanggan yang lama. Selain itu, ia juga mengurangkan pengulangan data dalam sistem anda.

4. Sebagai tempat pemasaran

Dengan database yang ada ini, anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda. Anda boleh emelkan kepada mereka newsletter, katalog, jadual bisnes atau event yang bakal anda buat, tawaran promosi harga dan sebagainya. Jika anda tak mahu emel anda menjadi semak dalam kotak emel mereka, anda boleh buat jadual penghantaran emel secara berkala atau ketika anda lakukan promosi sahaja. Kadang-kadang, walaupun mereka tidak menghiraukan emel dari anda, tetapi jika mereka perlukan sesuatu, mereka akan belek semula emel anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Bina Database Pelanggan Yang Baik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️

FOKUS! FOKUS! FOKUS!Apa pentingnya fokus untuk anda yang berniaga? Berniaga pun kena fokus, tapi fokus yang macam mana y...
14/08/2021

FOKUS! FOKUS! FOKUS!

Apa pentingnya fokus untuk anda yang berniaga? Berniaga pun kena fokus, tapi fokus yang macam mana ye?

Mungkin anda tak tahu, tapi ramai peniaga yang mulakan bisnes, dah sampai setengah jalan mereka tukar bisnes lain kerana terjumpa peluang bisnes yang lain. Yang lebih terbuka luas. Bila ada peluang bisnes yang lain, mereka akan tukar lagi dan begitulah seterusnya.

Itu juga merupakan satu punca kenapa bisnes anda susah nak berkembang maju dan meningkat naik. Pelanggan anda juga sentiasa bertukar-tukar dan anda susah nak ada pelanggan tetap yang setia menggunakan produk anda.

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda 5 keupayaan untuk sentiasa fokus dalam bisnes, terutama bagi anda yang baru nak berbisnes.

5 keupayaan untuk sentiasa fokus
Tanya hati anda
Anda kena tanya hati, apa sebenarnya yang anda mahu dalam bisnes? Apa sebenarnya yang anda mahu tawarkan pada pelanggan anda? Sebelum itu, listkan apa yang anda mahu buat, dan cari apa yang sepadan dengan anda. Baru anda boleh buat keputusan yang betul dan tepat.

Ingat! Bila anda dah buat keputusan untuk berbisnes, anda harus bagi komitmen 100 peratus, bukan main-main, saja-saja nak try atau untuk mengisi masa lapang

Mesti fokus
Bila anda dah rancang untuk berniaga sesuatu produk, anda mesti buat sampai berjaya. Anda kena berani ambil risiko untuk mencapai kejayaan yang diingini. Yang paling penting, anda kena fokus buat bisnes tersebut. Bila anda berniat nak berniaga pakaian, anda kena fikirkan macam mana nak perkenalkan jenama anda pada bakal pengguna.

Apa teknik pemasaran terbaik yang harus anda guna? Anda kena pastikan perniagaan ini boleh bagi anda nilai pada masyarakat dan boleh berikan masa depan yang cerah.

Jauhi gangguan
Halangan anda untuk berjaya ialah gangguan (distraction). Gangguan ni ada banyak jenis seperti orang disekeliling anda, pelanggan, dan yang paling bahaya ialah telefon anda, betul?

Banyak gangguan datang dari telefon, kerana semua aplikasi ada dalam telefon anda. Contohnya, Whats App, game, emel, dan social media.

Anda mungkin buka Facebook untuk respond PM pelanggan, tapi percayalah…anda bukan sahaja balas PM pelanggan, tapi siap berborak dengan rakan-rakan yang agak lama anda tak jumpa, betul?

Ruang kerja yang selesa
Bina persekitaran yang selesa untuk anda bekerja. Bukan ruang kerja yang semak dengan fail, kertas dan sampah sarap tak berkaitan dengan kerja anda. Bayangkan perasaan anda bila ruang kerja anda kemas, tersusun dan dihiasi p**a dengan sepohon bunga dalam pasu.

Alangkah selesanya, betul? Atau anda lebih s**a persekitaran yang tidak teratur dan seperti tongkang pecah, sampai nak cari fail pun susah? Anda tahu, bila persekitan anda bersih dan kemas, secara automatik anda akan lebih selesa untuk bekerja dan tumpuan anda akan lebih fokus.

Tumpukan pada teknik pemasaran
Bila dah ada perniagaan, ramai peniaga lupa untuk bagi tumpuan pada teknik pemasaran. Mereka ingat ada bisnes, produk dan untung yang sikit-sikit sudah cukup bagi mereka. Anda harus ingat, bila anda ada bisnes, penting untuk anda memasarkan produk anda secara gila-gila, biar semua orang tahu dan guna produk anda. Bila anda fokus, ia akan memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul menuju ke arah kejayaan.

Macam mana? Dengan perkongsian kami ini, anda rasa anda dah boleh fokus pada bisnes dan teknik pemasaran produk anda? Kami berharap perkongsian ini boleh membantu anda untuk kekalkan tumpuan dan kurangkan gangguan dalam bisnes.

Jika anda rasa anda boleh lakukan perubahan ini sekarang, buat terus. Jangan tunggu mood rajin anda datang.

Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Usia Muda Jutawan Muda! Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi.Alhamdul...
14/08/2021

Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Usia Muda
Jutawan Muda! Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi.

Alhamdulillah, untung jika anda berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan sengan perniagaan sendiri. Banyak faedah dan kelebihan yang anda akan perolehi bila anda ada bisnes sendiri ni.

Bukan tu sahaja, anda boleh berbangga dengan diri sendiri jika bisnes anda boleh memberi manfaat kepada orang lain. Lagi p**a, anda sedang berdiri di atas usaha anda sendiri. Anda boleh kecapi segala apa yang anda mahu dengan wang yang anda perolehi.

Siapa tak cemburu bila dengan umur yang muda, anda sudah menggapai impian anda, memiliki sesuatu yang orang yang seusia dengan anda belum miliki, boleh kumpul kekayaan sendiri dan bermacam-macam lagi lah.

1) DAPAT KUMPUL PENGALAMAN

Anda patut bersyukur jika dalam usia yang belum mencecah 30 tahun, anda sudah ada bisnes atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan.

Tak kiralah anda jual produk orang atau jual produk sendiri. Anda pasti tahu, nak berniaga ni, tak semestinya perlu ada bisnes sendiri.

Mulakan kecil-kecilan dengan menjadi agen atau stokis untuk mengumpul modal. Lepas dah cukup, anda binalah produk anda sendiri, boleh? Siapa kata dengan jual produk orang, anda tak boleh kaya dan berjaya.

Jangan risau, kami sudah ada proven result yang dengan jual barang orang, anda juga boleh kaya dan berjaya. Paling penting, anda komited, rajin, tekun, berilmu dan tahu cara pemasaran yang betul.

Jadi, sebelum anda buka bisnes sendiri, anda boleh kumpul pengalaman dengan gunakan produk sedia ada dahulu.

2) KEWANGAN YANG STABIL

Bisnes akan berikan kita kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Kita cuma perlu tahu berapa kita nak dapat pada bulan itu, dan kita berusahalah untuk capai sales target yang dah kita tetapkan.

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.

3) MEMINIMUMKAN RISIKO

Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan secara umumnya, anda boleh minimumkan risiko rugi dan ‘tutup bisnes awal’.

Jika anda buat kesilapan dalam bisnes, seperti pelaburan yang kurang baik, anda ada lebih banyak masa untuk perbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.

Anda juga mempunyai aset yang kurang dan tidak terikat seperti orang berumur lebih tua. Ia bermakna, anda akan lebih cepat sesuaikan diri dan sekiranya pelbagai cabaran datang di masa depan, anda tidak lagi terkejut dan boleh selesaikan dengan hati yang tenang.

Di usia yang muda ini, jika anda hadapi risiko dan gagal dalam bisnes, anda dilihat sebagi kurang berpengalaman dan ilmu.

Untuk atasinya, anda boleh pergi mencari ilmu dan mentor untuk tunjukkan anda cara yang betul dan benar.

4) ANDA ADA BANYAK MASA

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.

Mereka biasanya lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja. Mereka bukannya tak bekerja, tetapi mereka bekerja dalam keadaan yang tidak stress dan enjoy dengan dengan kerja yang mereka lakukan.

Kadang-kadang, mereka juga s**a bertindak tanpa berfikir panjang dan s**a menghabiskan duit dengan perkara yang tak berfaedah.

Apa kata anda kurangkan aktiviti hiburan anda. Anda masih ada banyak masa untuk berhibur dan masih banyak peluang menanti anda kerana anda masih muda.

Jika anda terlalu leka, anda mungkin cepat untuk naik dan cepat juga untuk jatuh.

5) INI BUKAN YANG TERAKHIR!

Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi, ok.

Ramai orang kata, bila mereka bekerja mereka tiada masa untuk bersama keluarga, tiada rehat untuk diri sendiri dan sebag...
13/08/2021

Ramai orang kata, bila mereka bekerja mereka tiada masa untuk bersama keluarga, tiada rehat untuk diri sendiri dan sebagainya. Bila anda ada bisnes sendiri, anda boleh tetapkan sendiri waktu operasi bisnes anda.

Tambahan lagi, jika anda buat dua cara pemasaran iaitu anda ada kedai dan juga berniaga secara online. Jadi, sekiranya anda tutup kedai sekalipun, bisnes anda tetap berjalan seperti biasa melalui media sosial.

Walau bagaimanapun, anda juga kena tetapkan hari dan waktu operasi bisnes anda. Jika anda ada kedai, tampal di dinding kedai anda supaya orang nampak dan tahu bila anda beroperasi.

Sekiranya anda berniaga online, anda boleh letakkkan terus di wall media sosial anda atau di link bio anda.

Anda tahu kenapa anda perlu tetapkan hari dan waktu dan hari operasi bisnes anda?
Masa untuk berehat
Bila anda dah tetapkan hari untuk bisnes beroperasi, jadi anda sudah ada masa dan peluang untuk berehat dan bersama keluarga anda. Contohnya, anda tetapkan waktu dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam, atau dibuka pada hari Sabtu sehingga Khamis sahaja.

Jadi, hari Jumaat anda boleh cuti dan habiskan masa untuk diri anda. Ambil peluang ini untuk anda berehat atau keluar jalan-jalan bersama keluarga atau kawan-kawan anda. Kumpul semula tenaga anda untuk mulakan hari bekerja yang akan datang.

Untuk mengira stock
Bila anda dah tetapkan waktu-waktu ini, anda telah satu masa yang dah dikhaskan untuk mengira semula atau menambah stok yang dah habis. Anda boleh lakukan ketika tamat masa bekerja untuk apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan bisnes anda.

Sebab itu ada mesti tetapkan masa untuk anda bekerja. Kalau anda tak buat, cuba fikir bila masa yang sesuai untuk anda kira balik stock anda? Adakah anda nak gunakan masa ketika anda bekerja?

Merancang jadual perniagaan
Bila anda buat waktu operasi ini, anda boleh rancang jadual perniagaan anda secara tersusun. Jika anda tak buat, sesetengah pelanggan akan main redah je datang ke kedai anda. Ini kerana mereka tidak tahu bila masa ia beroperasi. Latih pelanggan anda supaya hormati masa rehat anda untuk solat dan lunch.

Jika anda ada ramai staff, anda boleh minta mereka bergilir-gilir uruskan bisnes ketika waktu lunch sekiranya anda risau hilang pelanggan, boleh boleh? Bila pelanggan dah biasa dengan jadual bisnes anda, mereka akan faham dan follow. Mungkin untuk memulakan agak susah, tapi semakin lama, mereka akan biasa.

Namun di kala pandemik ini, waktu beroperasi juga berubah dan bagi bisnes yang ditutup ada yang sudah beralih kepada online dengan menggunakan laman web sendiri mahupun web e-dagang bagi memastikan kelangsungan mereka.

Jelaskan bila penghantaran akan dibuat bagi tempahan sebelum waktu tertentu. Hal ini dapat memudahkan untuk pelanggan jangka bila barangan dibeli boleh diperolehi. Malah kini jika membeli melalui platform marketplace, kita sudah dapat ketahui tempoh masa barang boleh diperolehi dan sebagainya.

Orang ramai makin resah dengan keadaan yang tak menentu ketika ini. Ramai orang terjejas, perniagaan banyak terkesan dan...
08/08/2021

Orang ramai makin resah dengan keadaan yang tak menentu ketika ini. Ramai orang terjejas, perniagaan banyak terkesan dan sesuatu perlu dilakukan untuk berdepan dan mencari penyelesaian.

Adakah anda ingin hanya tunggu dan mengeluh dengan keadaan semasa ini atau sedang berusaha cari jalan lain? Jika lakukan perkara sama, tapi mengharapkan hasil berbeza boleh dikatakan agak mustahil untuk dicapai.

Sebab itu, usahawan perlu sentiasa upgrade ilmu untuk pastikan mereka sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Apatah lagi, usahawan akan ada kelebihan jika berada dalam circle betul dan mendapat bimbingan MenThor yang terbukti berjaya.

please share jika info ini bermanfaat untuk anda dan orang ramai.
jom join facebook group kami, tekan link yg disediakan.
https://msha.ke/m.napizan terima kasih atas masa , komitmen yganda luangkan di sini. 😁👍👌

29/07/2021

Address

Kuantan

Telephone

+60146399636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when M.Napizan channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to M.Napizan channel:

Share