LehaSolehah

LehaSolehah Onlineshop by bondaleha

1.Menjual pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.
2.Menjual aksesori wanita dan kanak-kanak.
3.Produk kecantikkan.
4.Produk kesihatan.
5.Makanan kering/ ringan produk keluaran bumiputera

06/06/2024
21/10/2023

Kadang-kadang manusia yang s**ar itu adalah orang lain.
Kadang-kadang manusia yang s**ar itu adalah diri kita sendiri.
Selalunya lebih mudah untuk kita melihat orang lain sebagai orang yang s**ar berbanding melihat orang yang berada di dalam cermin.

Dalam apa juga situasi, kedua-duanya ada kemungkinan.

‘Victim mindset’ tidak membantu untuk menyelesaikan masalah.

Buku ini mengajak kita melihat konflik dari pelbagai perspektif dengan meletakkan diri kita di posisi yang pelbagai, sama ada kita sebagai ‘mangsa’ ataupun ‘pemangsa’.

Susun atur ini mengingatkan saya kepada buku ‘Man Disconnected’ karya Philip G. Zimbardo yang menyarankan peranan yang dapat dimainkan oleh pelbagai pihak untuk mencari solusi kepada masalah yang berbangkit.

Baru-baru ini seorang rakan Parent Connect bertanya apakah buku yang sesuai dibaca oleh ibubapa untuk memahami anak remaja dan dewasa. Saya tidak ada jawapan yang spesifik untuk soalan itu.
Akan sampai satu tahap di mana tidak ada lagi buku yang ‘one size fits all’, yakni buku ‘parenting’ tertentu tentang remaja atau dewasa yang dapat membantu menyelesaikan konflik keibubapaan ketika usia itu.

Bagi saya Ibubapa harus membaca buku-buku yang lebih terbuka membincangkan persoalan manusia dan persekitaran secara umumnya untuk membantu kita memahami anak-anak kita apabila meningkat remaja dan dewasa.
Dan juga memahami diri kita sendiri.

Buku ini salah satu daripadanya.

Banyak konflik antara ibubapa dan anak-anak yang sedang berlegar-legar dan tular di media sosial sekarang ini untuk kita ambil iktibar.

Adakah kita seorang ayah atau ibu yang autoritarian?
Adakah kita seorang yang perfectionist?
Adakah kita manipulatif?
Adakah kita narsisistik?
Adakah kita s**a procrastinate (bertangguh)?

Walaupun sasaran buku ini lebih bersifat umum, saya tertarik bagaimana buku ini dimulai dengan kisah konflik antara ibu dan anak dan diakhiri dengan kupasan lagu 'Father and Son' nyanyian Cat Stevens (Yusuf Islam) yang meluahkan tentang konflik antara ayah dan anak.

Saya teruja melihat lagu ini dipetik kerana lagu ini menjadi kegemaran kami sekeluarga sejak…entah saya pun tidak ingat sejak bila.

A beautiful and meaningful song indeed.

Sama ada aturan permulaan dan pengakhiran buku ini disengajakan atau tidak, bagi saya ia menyimpulkan cabaran yang paling besar dalam kehidupan iaitu cabaran keibubapaan.

Sekarang ini kita banyak bercakap tentang soal empati dan bagaimana kita semua perlu ada empati yang seharusnya dipupuk sejak kecil.

Bagaimanapun saya juga setuju dengan penulis, “Empati ada sempadannya” (m.s 226).

Empati seseorang tidak seharusnya dijadikan lesen untuk dia disakiti dan diperbuat ses**a hati berulang-ulang kali.
Tahap kesabaran seseorang ada batasnya.

Banyak tips dan panduan diberikan dalam buku ini untuk menghadapi orang yang s**ar dengan cara yang berHIKMAH termasuklah ibubapa sendiri.

Bacalah. Saya sangat mengesyorkan.

Tahniah Saudara Akif Basri dan 'Asim Hatta.
Semoga Allah SWT merahmati usaha kalian.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

saje lah
20/11/2022

saje lah

aamiin semoga kembali sihat seperti biasa
06/08/2021

aamiin semoga kembali sihat seperti biasa

Allahuakbar,ALLAH MAHA BESAR 🤲

WAJIB ADA untuk perancangan masa depan anda.cewahh
29/09/2019

WAJIB ADA untuk perancangan masa depan anda.cewahh

Apa kata mereka tentang saya??
25/08/2019

Apa kata mereka tentang saya??

hye..hye...dah dapatkan saya ke belum?
25/08/2019

hye..hye...dah dapatkan saya ke belum?

Address

Kuala
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LehaSolehah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LehaSolehah:

Share