19/05/2024
BAHAYA BAHAN TERLARANG PADA KOSMETIK
🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
Bahaya❓ Betul ke❓
Alah sapu luar jer pun‼
Siyes syg! kalau betul korang guna kosmetik yg mengandungi bahan terlarang ni. Please STOP! Ingatlah pada orang2 tersayang. Sesambil ingatkan diri ini juga😊
Memang betullah krim merkuri ni makin disapu makin PUTIH. Kakca pernah guna dulu disapu 1minggu jer terus cerah! jerawat tak muncul2. makin disapu flawless cepat. Lisshinn! Tapi! Jangan sekali berhenti habis teruk kelam kusam padam donniya fana.
Krim lekit-lekit adalah salah satu ciri kandungan merkuri merbahaya. Penggunaan terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan kesan buruk kpd si pemakai. Antara penyakit pelan2 akan hinggap ialah Insomnia (s**ar tidur), alzheimer (nyanyuk/pelupa), masalah jantung (organ dalaman), depresi, sakit buah pinggang, dan paling teruk sekali kanser. Utk ibu mengandung pun sgt merbahaya kepada feotus.
Wanita ofkos sangat mudah terkena. Kerana wanita adalah golongan femes yg guna kosmetik. Dengan setiap kali sapuan krim lekit. Bilamana krim itu sudah mula meresap dan menyerap ke liang pori, ia akan link dengan kelenjar muka, kemudian ke kelenjar ketiak dan seterus kelenjar breast. Sebab tu penyakit breast kanser semakin meningkat!
Sedarlah! Bahaya si pemakai kepada family dan anak kecil juga terkait. Sebab, mak pakai krim lekit somi cium anak cium sentuh2 muka, pun boleh dapat penyakit. Ini juga dikenali sebagai FREE RADIKAL, yang mana merkuri ni akan buat 'keracunan metabolism tubuh manusia'.
So gadis bijaksana wanita jelitawan, jauhkan diri kita dgn produk sebegini. Kakca sendiri pun bertahun guna yg bermerkuri. Alhamdulillah cepat tersedar dan sekarang dah pilih bahan organik (plant-based) sebagai ramuan wajah. Biar lambat cantik tetapi kesihatan terjamin. Jgn rupa cantik tapi dlm berpenyakit.
Akhir sekali kakca doakan agar semua yg sudi baca status kakca ni terhindar dari segala penyakit buruk.
Masih belum terlambat, jom kita ikhtiar. Allah maha penyembuh😘