24/06/2023
Hye guys, anda keliru mana satu bauan yang sesuai dengan diri sendiri❓❓Tidak tahu pilih yang mana satu❓❓🧐
Jangan bimbang❗❗ Mari kami tunjukkan tips untuk memilih perfume yang sesuai dengan diri kita. Terdapat lima tips yang sesuai.☺️🥰
1. Kita memilih perfume yang sesuai dengan personaliti diri.
Secara kasarnya kebiasaan kita memilih wangian yang kita s**a berdasarkan persoaliti diri kita sendiri. Kebiasaan, keserasian perfume dengan diri kita akan menyerlahkan lagi aura kita dan membuatkan diri kita lebih yakin. Contohnya, Wanita yang lemah lembut karakternya lebih gemar untuk memilih perfume yang berbau segar.
2. “Eau De”
Terdapat tiga kategori kepekatan minyak wangi: Eau De Perfume (EDP), Eau De Toilette (EDT) dan Eau De Cologne (EDC). EDP kepekatan perfume yang paling tinggi dimana perfume ini mampu bertahan lapan jam dipermukaan kulit kita. EDT mempunya kepekatan yang kedua pekat dan kadar konsentrasi 10 ke 15 peratus. Ketahannya kurang enam jam. EDC p**a mengandungi kepekatan yang paling rendah dan patinya pada kadar 5% dan ia hanya mampu bertahan selama tiga ke empat jam sahaja selepas disembur pada kulit.
3. Sederhana lebih baik
Apabila kita pergi ke kedai menjual minyak wangi sebaiknya tidak mencuba lebih daripada empat ke lima jenis minyak wangi dalam satu-satu masa, dimana ia akan menyebabkan kita keliru dalam membuat pilihan wangian yang sesuai dengan diri. Juga elakkan daripada sembur pada tubuh badan untuk mengelak bau perfume bercampur.
4. Kenapa ya kita tidak bau wangian yang kita pakai?
Ini merupakan soalan yang selalu membuat kita tertanya-tanya. Secara asasnya apabila kita sudah memakai sesuatu minyak wangi bagi tempoh masa tertentu, otak kita automatically berhenti menghantar deria bau wangian yang kita sedang pakai. Jadi, kita tidak mampu menghidu wangian kita tetapi kita jangan anggap orang lain tidak boleh bau wangian yang kita sedang pakai.
Menarik tidak info yang diberikan❓Nak lagi info berkaitan perfume, jangan lupa untuk singgah sebentar di Facebook kami dan jangan lupa untuk like dan follow page kami.
WhatsApp 017-3180014📱