24/07/2020
SALAM MAGHRIB 🌹
Dalam hidup ni jangan s**a membanding. Kerana membanding hanya membuatkan kita kufur nikmat. Nampak orang lain ada rezeki lebih, mula rasa kecewa dengan rezeki sendiri. Walhal rezeki kita lagi banyak dari orang lain, tak sedar pun.
Kalau nak banding juga, banding dengan orang yang susah dari kita, baru kita tau yang kita jauh lebih beruntung. Tak perlu cemburu dengan rezeki depa sebab kita semua ada rezeki masing-masing.
Besarkan jiwa, selalu wujudkan rasa bersyukur dalam hati, buang rasa hasad dengki, berhenti membanding, fokus pada jalan sendiri, insya Allah, Allah akan tambahkan rezeki. Kerana syarat tambah rezeki adalah dengan mensyukuri terlebih dahulu apa yang telah diberi.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Surat Ibrahim Ayat 7