01/09/2020
Pengurusan tanaman timun secara Natural Farming
Berikut sy share
Sama2 kita belajar..
Penyediaan Media
Ada beberapa kaedah
1. Guna sabut 50% + Sekam 50%
2. Guna sabut 100%
3. Guna Tanah Campuran
- Tanah topsoil 1 bahagian
- Sekam 1 bahagian
- Sabut 1 bahagian
- Tinja haiwan @ Kompos ( sy guna kompos kulit pisang )
- IMO2 ( Xtra Booster ) 200ml
- Mol Ikan ( xtra Amino ) 200ml
- Mol Kangkong ( xtra Green ) 200ml
- Air Beras - yg telah diperam 3 hari ( secukup rasa )
Boleh pilih mana kaedah yg sesuai dan selesa utk anda
Dalam 3 kaedah ini sy buat pemerhatian Tanah Campuran Berkompos lebih menghasilkan tanaman yg subur dan lebih gemuk..( baja AB pakai sikit je )
----------------------------------------------
Jenis baja dan Foliar
1. Gunakan Baja AB Berdua Urban Farming( Baja Ab baja yg paling lengkap )
2. Sediakan rawatan media/ tanah
- IMO2 ( Xtra Booster )
- Mol Ikan ( xtra Amino )
3. Sediakan Kawalan Penyakit dan Serangga
- OHN ( Xtra Clouter )
4. Foliar utk Daun, Pembesaran pokok, menghijaukan daun dan membanyakkan pucuk ( Sri Anak )
5. Foliar utk merangsang pengeluaran putik bunga dan melekatkan putik bunga ( Sri Bunga )
6. Foliar utk mencantikkan kualiti buah, bg buah besar dan manis, saiz lebih seragam dan lurus ( Sri Buah )
7. Sediakan pasu/polibag
8. Sistem pengairan ( fertigasi ) atau manual
9. Pancang pokok
10. Tali
11. Benih timun ( Green World, Leeckat )
---------------------------------------------------
Jadual pembajaan
1. Berikan Baja AB setiap hari sekurangnya sekali sehari pada kadar EC 1.5 hingga 2.0 maksimun
kalau guna tanah kompos memadai pemberian 3 kali seminggu. Pastikan air mencukupi, media dlm keadaan lembab, bukan basah yer..
---------------------------------------------------
Jadual Rawatan Media
1. Drip media ( jika guna fertigasi ) - 300ml Amino + 300ml IMO2 dlm 300 gelen air. Drip setiap dua mgg sekali
2. Jika guna kaedah siraman manual - 100ml Amino + 100ml IMO2 dlm 20 liter air dan siram sekadar lembab sahaja.Siram setiap dua mgg sekali
Rawatan media ini utk mencegah penyakit lecuh anak benih, reput akar, mengkayakan mikrob dlm tanah, menyuburkan media, membantu penyerapan baja ( baja akan kurang guna )
---------------------------------------------------
Jadual Semburan
1. Kawalan serangga/ penyakit dan foliar daun
Minggu 1 hingga minggu 3
OHN 50ml + Sri Anak 100ml dlm 20 liter air
Sembur pokok seminggu dua kali
2. Kawalan serangga /penyakit dan foliar bunga
Minggu 4 hingga minggu 7
OHN 50ml + Sri Bunga 100ml dlm 20 liter air
Sembur pokok seminggu dua kali
3. Kawalan serangga/penyakit dan foliar buah
Minggu 7 hingga 12
OHN 50ml + Sri Buah 100 ml dlm 20 liter air
Sembur pokok seminggu dua kali
****boleh selang seli dengan Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah setiap minggu...
****semburan dibuat pada awal pagi atau lewat petang.
**** semburan di bawah daun - bengkokkan nozel dan sembur dr bawah
---------------------------------------------------
Tips lain..
1. Jaga sanitasi ladang- bersihkan dr semak samun, rumput, jaga sistem pengairan jgn bg kawasan terlalu lembab
2. Tanam bunga bungaan berfaedah seperti Rose Jepun, Petunia, Tunera, Sunflowers, Lantana Camara, Cosmos dan Marigold utk kawalan secara biologi.
---------------------------------------------------
SELAMAT MENCUBA😊😊😊
utk info
www.wasap.my/+60165727246
atau boleh visit kedai shopee kami utk semua keperluan di atas
Check out my shop on Shopee! berdua_urbanfarming2020: https://shopee.com.my/berdua_urbanfarming2020?smtt=0.0.9
by
-wahida-