06/12/2023
π»πππππππ...
Dalam bahasa mudahnya, kebolehan membaca fikiran orang lain.
Kelebihan ni sangat diperlukan (dan macam wajib ada) pada seorang designer, selain dari kreatif dan pandai menggunakan tools untuk menyediakan design.
Yang bekerja dalam bidang ini je akan faham dengan ayat,
"Tak kisah, asal cantik"
Cantik ni subjektif, pada mata kita, dah cantik dah, pada mata pelanggan tak cantik.
"Saya nak simple-simple je, tapi nak kena nampak wow, ada pelbagai color"
Bagi designer, simple vs pelbagai color, macam kontradik sangat.
"Saya tak ada idea nak buat macammmana, awak buat jela macammana pun, asal menarik"
Ayat ni macam tak boleh nak percaya sebab yang tak ada idea ni, last sekali la yang banyak komen, font kena besar, gambar kena kecil, background kena banyak warna. Asalnya tiada idea, tiba-tiba terbanyak p**a idea.
Tapi...
Ramai saja pelanggan yang sangat membantu designer dalam proses menyiapkan sesuatu design.
Ada yang dah ada konsep dan dapat terangkan dengan baik kepada designer, dan designer dapat buat yang terbaik.
Ada yang siap boleh lakar nak macammmana, designer cuma tinggal lukis semula & tambah baik sahaja.
Ada yang betul-betul tak kisah. Asal designer nampak menarik, dia ikut sahaja.
Alhamdulillah. Setakat ni, banyak yang terima pelanggan yang okay dan membantu. Ada saja pelanggan yang cerewet dan susah nak handle, tapi peratusannya masih boleh diterima.
*Ini salah seorang pelanggan, kedaicatur.com yang sangat membantu, tak cerewet dan senang base, orang terengganu kata.