Outdoor Gadgets

Outdoor Gadgets Menjual barang outdoor untuk hiking,camping,cycling running dan pelbagai gadget untuk sukan lasak

Ingin mengelakkan kerumitan untuk makan semasa perjalanan dan berkelah.Dapatkan Set Perkakas Perjalanan TAHAN 7 PCS! Ia ...
17/10/2022

Ingin mengelakkan kerumitan untuk makan semasa perjalanan dan berkelah.

Dapatkan Set Perkakas Perjalanan TAHAN 7 PCS! Ia direka bentuk agar bebas hakisan dan tidak berkarat. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi dan mudah dibersihkan. Beg pembawa set menjadikannya mudah dibawa.

Klik Di Gambar untuk Beli Sekarang

Lagi combo untuk mereka yang baru nak berjinak dalam dunia camping niCamping Combo includes:1 x TAHAN Weekender Automati...
16/10/2022

Lagi combo untuk mereka yang baru nak berjinak dalam dunia camping ni

Camping Combo includes:

1 x TAHAN Weekender Automatic Tent 4 person
1 x TAHAN Hammock Gold Green
1 x Outdoor Camp Chair

free gifts:

1 x TAHAN TravelPack Toiletries Bag
1 x TAHAN Swifter Outdoor Cap Grey

Sementara stock masih ada

Harga hanya RM350 sahaja.. jimat kaw2

PROMO COMBO..Camping Combo includes:1 x TAHAN Weekender 2-Person1 x TAHAN EZ Inflatable Sleeping Pad with Pillow and Bui...
16/10/2022

PROMO COMBO..

Camping Combo includes:

1 x TAHAN Weekender 2-Person
1 x TAHAN EZ Inflatable Sleeping Pad with Pillow and Built In Pump
1 x TAHAN Camping Tarp With Ropes
1 x TAHAN Sandproof Beach Mat

FREE GIFT

Mosquito and Insects Killer Sticks
TAHAN Flint Fire Starter
TAHAN 7 PCS Travel Utensils Set
TAHAN Screwlock Carabiner

Sementara stok masih ada..

HARGA RM4xx je

roger cepat2 sape berminat

www.wasap.my/+601121939695

01/10/2021

Sekarang ni musim hujan..awasi fenomena kepala air..walaupun bukan musim hujan,ini boleh terjadi..sila awasi keadaan air sekeliling ..

Petua untuk kenalpasti kepala air

Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit antara info kepala air

Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.

1-Kepala air yang boleh dijangka.Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai..mandi air hujan jek sudah ler...

2-Kepala air yang ada tanda.Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun...cerah saja...tapi sebenarnya dikawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat...antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni

a-akan datang buih putih
b-Selepas buih datang daun-daun pokok
c-kemudian datang ranting kayu
d-lepas tu air jadi amat keruh
e-akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah

3-Kepala air yang tidak dijangka...benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara...air mula bertakung...dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba...tapi benda ni jarang sangat nak jadi...

JENIS JENIS KHEMAH Ramai yang bertanya soalan mengenai khemahtak salah pun kita tolong jawab 😊semua orang bermula dari k...
01/10/2021

JENIS JENIS KHEMAH

Ramai yang bertanya soalan mengenai khemah
tak salah pun kita tolong jawab 😊
semua orang bermula dari kosong, tak tau apa2, lama2 nanti pandai la
Tak rugi share ilmu

Sebelum nak beli khemah lebih baik kenali jenis dan apa kegunaan anda, samada untuk bawa family, hiking dan boleh memuatkan untuk berapa orang.

Untuk selesa, beli size lebih dari jumlah orang.
Sebagai contoh untuk 4 orang, jika boleh beli size kurang2 untuk 5 orang supaya ada ruang untuk letak barang, kalau tak nanti tido agak berhimpit dan tidak selesa,
yela, semua barang dah sumbat dalam khemah, orang p**ak penuh, kalau untuk kanak2 ok la, diorang kecik, kalau semua nya size bapak orang macamana....

ada jenis khemah memang dah siap2 ada buat ruang khas utk letak barang, jnis mcm tu ok la.
Pastikan ukuran size khemah, nanti salah size kaki terjulur terkeluar p**ak masa tido...hahahaha
Kebanyakan khemah panjang dia 2 meter, so ok la utk orang asia, jarang2 la jumpa orang asia ketinggian lebih 6 kaki

Khemah terbahagi kepada beberapa jenis iaitu

RIDGE TENT
-Khemah ni style dulu2, jarang nak nampak orang guna style ni. Kalau kaki survivor dan tak nak bawa banyak barang, dia bawa satu kanvas dan ikat kat pokok atau buat pancang, jadi la rupa khemah ni.
-Tapi ni kan group FAMILY CAMPING, mesti la nk bagi keselesaan kepada keluarga terutama anak2 kecil & orang2 tua.
-Kalau yang jenis utk survivor tu lain tema dan 😁

2. DOME TENT
-Ni jenis paling banyak digunakan sekarang, sebab mudah dibawa dan tak makan banyak ruang.
-Untuk 1 - 4 orang sesuai sangat.
-Cuma jenis dome ni tak tinggi, nak masuk kena bongkok sikit dan kalau nak tukar baju tak boleh berdiri
- Jenis dome ada 2 jenis, single layer dengan double layer, bukan maknanya untuk orang single atau orang berkahwin tau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
-Single layer hanya ada satu lapisan sahaja khemah tu, tiada layer atas dia, cuma kelemahan single layer ni kalau hujan mmg cepat la air masuk.
untuk iklim Malaysia ni yang jenis hujan lebat, lebih baik beli double layer, selamat sikit kalau hujan. Biar keluar modal lebih sikit, boleh pakai lama daripada kena beli banyak kali, lagi makan modal.

3. CABIN TENT
Jenis ni pun semakin terkenal dikalangan campers Malaysia, ramai yang s**a pakai daripada jenama decathlon Arpenaz.
Jenis ni boleh berdiri, so nak tukar baju, nak solat pun mudah dan selesa
cuma kalau arpenaz tu better pasang sekali fly sheet, sebab dia single layer, kalau ada flysheet best sikit, ada ruang utk berehat depan khemah, nak masak2 selesa tak panas
jenama UNTA pun fames juga, ramai yang guna dan mencari, murah dan besar, cuma sekarang stok dah banyak habis sebb semua orang dok pakat beli dia πŸ˜‚

4. FAMILY TENT
Khemah ni besar dan ada 2 bahagiaan biasanya, so boleh la asingkan bahagian ibubapa dan anak2
Sangat selesa la untuk bawa keluarga, cuma harga dia je la agak "Keras", tapi kalau ada budget lebih dan utk keselesaan keluarga apa salahnya, diorang gembira nanti senang la nk ajak g camping lagi.
5. GEODESIC TENT
-Khemah ni biasanya digunakan kaki hiking
-jenis ni biasanya sangat ringan dan sangat sesuai untuk dibawa panjat gunung, ye la, nak mendaki kalau boleh nk bawa barang2 yang ringan dan tidak makan ruang
-cuma harga dia la keras πŸ˜… , boleh jadi 2 3 kali ganda dari harga khemah dome biasa, harga dia mahal disebabkan jenis material yang digunakan dari jenis berkualiti dan mahal

6. POP UP TENT
Khemah ni sebagai tambahan sahaja, bukan buat tidoπŸ˜‚
digunakan untuk memudahkan tukar baju, melepaskan hajat atau mandi

tu antara jenis2 khemah, kalau dari segi material p**ak banyak jenis dan kebiasaannya dari jenis nylon.
Kalau boleh beli khemah yang PU dia tinggi.
Apa PU tu?
PU tu bukan Pencetus Ummah tau πŸ˜‚
PU ni adalah ketahanan dia menampung air, lagi besar nombor PU, lagi tahan la dia menampung air
contoh, PU 2000, PU 3000.
sama juga dengan flysheet, klau boleh beli PU tinggi, kalau hujan lebat selamba je dia bertahan, kalau tak nanti menitis je air masuk dalam cawan kopi πŸ˜‚

untiuk bahagian lantai khemah p**a, kalau jenis nylon npis sahaja, lebih baik lapik ground sheet, untuk elak basah jika hujan dan juga boleh elkkan terkena batu tajam atau kayu yang boleh membocorkan khemah anda sekaligus poket anda kerana terpaksa membeli khemah yang baru..hahahah

Maaf jika ada tersalah info atau kekurangan info, otai2 boleh tolong betulkan atau tambah jika ada info yang kurang πŸ™

Kredit sahabat dalam camping group

11/09/2021
Let’s head to space with NORTH EDGE Mars Smartwatch!North Edge Mars Smartwatch is a completely cool smartwatch designed ...
22/08/2021

Let’s head to space with NORTH EDGE Mars Smartwatch!

North Edge Mars Smartwatch is a completely cool smartwatch designed for both men and women.

29/06/2021

Bagi yang berminat untuk dapatkan barang2 s**an ini boleh tgk2 album ye...

berminat nnti pm tanya stock dulu kot2 abis

Address

Kuala
Kuala
20200

Telephone

+601121939695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Outdoor Gadgets posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Outdoor Gadgets:

Share