Ryn

Ryn Terima kasih kerana mengunjungi halaman kami. Sekiranya ingin membuat pembelian, boleh hubungi kami melalui link di sebelah � www.wasap.my/60162410318

Inayah karya Maria Kajiwa   Setelah lama tinggal di New York, Muhammad dan Aisyah memutuskan untuk berpindah balik ke Ma...
06/05/2024

Inayah karya Maria Kajiwa

Setelah lama tinggal di New York, Muhammad dan Aisyah memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. mereka membeli sebuah rumah Corner lot bagi memenuhi citarasa mereka. sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang dari anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

" I don't like this house. it's scary. Penny hates this house. right penny?- Adam.

Muhammad dan Aisya p**a sering diganggu dengan kejadian yang tidak dapat dijelaskan. rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi tidak saling percaya dan sehaluan lagi.

" Papa! you yang dah melampau! you just refuse to see it!" - Aisya
" See What?"- Muhammad
" Something is wrong whit your son!" - Aisya

Campur tangan daripada suraya, ibu kepada ibu Muhammad juga menambahkan lagi masalah yang ada. Suraya terlalu percaya akan kepercayaan karut itu bertindak memanggil bomoh untuk ' memagari' rumah anaknya itu. Namun perkara tersebut mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah SWT dengan apa yang telah berlaku.

" Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan keluarga kamu terjamin." - Suraya.

" Ini semua khurafat mak!" - Aisya

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anaknya daripada gangguan makhluk yang berusaha untuk membebaskan diri? adakah mereka sudah terlambat?

" Siapa pun kamu, p**anglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar-Rahman! Pulanglah kamu kepada pemilik-Mu Al-Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu! Allahuakhbar!! - Imam Ali

p/s - haih... dah lewat malam ni. Awat tak todoq lagi?? hehe goodnight

https://s.shopee.com.my/50CuGtxar8?share_channel_code=1

Introvert Karya AbstrakimMereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan s**a memendam perasaan. Farady mengaku dia ...
06/05/2024

Introvert Karya Abstrakim

Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan s**a memendam perasaan. Farady mengaku dia memang s**ar untuk meluahkan apa yang dia rasa. sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan s**ar untuk nmencari rakan yang boleh dia percaya.

selepas ditimpa satu trajedi, Farady naik ke puncak Banggunan Alam dengan satu niat. Dia ingin mengakhiri segala-galanya. tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri yang bernama Haura.

" Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau taknak mati. sebenarnya kau cuma taknak rasa sakit lagi.. tapi kau kene percayakan aku. rasa sakit ini semuanya akan hilang. semua akan hilang seiring masa berjalan.. Semuanya akan jadi lebih baik. " Haura.

Untuk pertama kali, Farady ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa . tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan yang tinggi itu?

p/s - haiihhh. ingatlah korang setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian. jangan mudah putus asa sebab korang tak pernah bersendirian (tersenyum)

https://s.shopee.com.my/20ZIhCiexW?share_channel_code=1

DIA TETAP SEMPURNA Karya Anjell   Versi pertama pertemuan mereka. bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang...
06/05/2024

DIA TETAP SEMPURNA Karya Anjell

Versi pertama pertemuan mereka. bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukan kayu yang berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya! Dikejar kucing.

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di - clorox! yang muncul di depannya kini umpama putera raja yang turun dari kayangan. Kacak maut! pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

" After all, until the cruise ends, I'm all yours, sunshine." - Eskandar Arasyah

ya... sehingga pelayaran itu tamat! momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya Eskandar memang punya segala-galanya. wanita mahukan dia. lelaki cemburukannya. di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya. Sempurna.

Namun, Jauh dalam sudut Eskandar, hanya dia yang tahu yang dia tidak sempurna. Dan ketidaksempurrnaannya itu buatkan ada benteng yang teguh yang memagari hatinya. No Access

" Aku tak sempurna Dara." - Eskandar Arasyah

" Nobody is perfect" - Dara

" Aku tahu. tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima." _ Eskandar Arasyah

" But you have everything." - Dara Nailufar

Bagi Dara, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, Baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

p/s- agak ii apalah rahsia Eskandar ya? sampai boleh menggugat hati Dara? kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh tekan link kat bawah tau (senyum manis)

https://s.shopee.com.my/5AWKAPfBmk?share_channel_code=1

KALBU PUN BERZIKIR karya Lily Haslina Nasir Norlia, seorang gadis kampung yang naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri....
06/05/2024

KALBU PUN BERZIKIR karya Lily Haslina Nasir

Norlia, seorang gadis kampung yang naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri. Kehadiran Ghafar seolah-olah membuka lembaran baru buat Norlia. Layanan Ghafar yang baik, sikap Ghafar yang selalu mengambil berat menjentikkan satu perasaan indah dalam hati Norlia.

" Kaki abang boleh melangkah. badan abang boleh pergi tapi hati abang ada untuk Nor." Ghafar

" Nor tak kenal abang sangat. Rasanya abang pun tak kenal pun siapa Nor." Norlia.

Hati yang condong akhirnya tumbang juga dengan pujuk rayu Ghafar. mereka menikah walaupun emak Norlea tidak setuju dengan keputusan terburu-buru anaknya. berharap mahligai yang dibina bahgia seperti pasangan lain. Tapi semua hanya angan- angan. Baru 24 jam bernikah, Ghafar sudah membuat onar !

"Abang! abang buat apa semua ni? " - Norlia.
" Jangan sentuh barang aku... Kau ni kacau lah!" - Ghafar

Norlia akhirnya digantung tak bertali. Kini hidupnya hanya semata-mata untuk anak- anaknya Fatin, Maarof dan Riya. Norlia menganggap itu adalah kifarah kepadanya kerana berdegil dengan kata-kata emaknya. Sangkanya itu hanya ujian yang diterimanya. Ada ujian yang lebih hebat terpaksa diharunginya. Fatin, anak harapannya disahkan mengidap leukemia! tetapi Fatin mempunyai semangat juang yang kuat. Anak kecil itu ada beberapa perkara yang ingin dilakukan sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. . ketabahan Fatin menarik perhatian Khairi, wakil NGO untuk membantu merealisasikan impian Fatin. Hadirnya Khairi Memberi harapan dan juga hati. Jatuh hati dengan Norlia bukanlah termasuk dalam rancangannya.

" Mungkin juga takdir yang membawa saya ke sini, untuk bertemu dengan awak melalui Fatin."- Khairi.

Saat Norlia mula selesa dengan kehadiran Khairi, Ghafar muncul kembali atas alasan mahu bersama-sama menjaga Fatin. Mahu menebus kembali kesilapan yang lalu.

" Nor. Abang minta maaf. Abang bukan orang yang sama macam dulu. Abang dah berubah." - Ghafar.

Norlia keliru. Apa yang harus dia lakukan? lepaskan orang sebaik Khairi atau beri peluang kepada Ghafar? ayah kandung kepada anak -anaknya?

p/s - haihhhh.... Ghafar Ghafar... dah hilang baru kau nak menyesal (senyum sinis) so korang. kalau nak tahu lebih tentang kisah diorang, korang boleh tekan link kat bawah. sekarang ni tengah ada promosi tau. lambat, terlepas (kenyit mata)

https://s.shopee.com.my/3fhWJNdgrh?share_channel_code=1

TAKDIR UNTUK AKU karya Rehan Makhtarsinopsiskerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.    UJIAN i...
05/05/2024

TAKDIR UNTUK AKU karya Rehan Makhtar

sinopsis

kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ia hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggongcang seluruh tenangnya. sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai nur menolak. Sangkanya ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin mereka ada sejarah bersama.

" Sejauh mana kisah kita Nur?" Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke? " - Ahmad Ziyad

" Tak!. Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak pun sama..." - Teratain Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

" Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ni kau muncul jadi orang yang berbeza sedangkan kau adalh orang yang sama?" -Ahmad Ziyad.

" Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak encik Ziyad. saya ni bekas! bekas!" - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. mereka bersama. mereka bahagia. tapi bukan untuk selamanya bila kesilapan yangh pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami... Teratai Nur kembali tercampak ke lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya tetapi bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

" Siapalah yang nak terima orang yang Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur, kenapa p**ak?" - Teratai Nur

" Sebab aku sayang kau! aku cintakan kau!" - Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan berada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

"Abang sudi jaga Atai..." - Taufiq
" Saya serahkan hidup saya pada abang... " Teratai Nur

Dia mahu melangkah kedepan dimana Taufiq menanti. Namun bila dia toleh ke belakang... Ziyat sedang menahannya pergi...

p/s - agak ii camne lah kesudahan kisah hidup nur ya? banyak cabaran yang dia hadapi...
kalau korang nk baca lebih lanjut tentang kisah diorang, korang boleh tekan link kat bawah..

https://s.shopee.com.my/7UuDkqcdap?share_channel_code=1

Awak Ilham Saya karya Tini HardanisyahSinopsis Cinta Amaani Batrisya terhadap Nicholas Lee begitu kuat sehingga hatinya ...
05/05/2024

Awak Ilham Saya karya Tini Hardanisyah

Sinopsis

Cinta Amaani Batrisya terhadap Nicholas Lee begitu kuat sehingga hatinya tertutup untuk cinta yang lain meskipun jejaka itu telah menghilang tanpa khabar berita. Selama tujuh tahun, Amaani setia menunggu Nicholas walau Taufiq , bos Amaani merangkap si baju merah yang kacak itu datang menyerahkan hatinya.

" Sebenarnya saya s**akan awak." - Taufiq.
" Kalau saya anggap bos tak pernah cakap pasal ni boleh? ataupun saya anggap semua ni cuma mimpi sahaja boleh, kan?" Amaani.

Namun semuanya bukan mimpi lagi apabila seluruh ahli keluarga Amaani setuju jika Taufiq bersatu dengan Amaani. Lagi gawat, gulai patin masak tempoyaknya benar benar membuatkan Taufiq makin terpikat. Bukan itu sahaja , mummy, deddy dan nenek Taufiq, Puan Sri Sharifah Amina juga sudah berkenan akan Amaani.

" Nenek harap sebelum nenek pergi, nenek dapat lihat Taufik bahagia dengan orang yang Taufiq cintai." Puan Sri Syarifah Amina.

Akhirnya Amaani akur dan cuba terima Taufiq atas nama pengorbanan, untuk beri orang seklilingnya kebahagiaan walu cinta pertamanya masih kukuh terpahat. Tup-tup, dia sudahpun bertunang dengan Taufiq aka Angry bird itu. namu masih keras hatinya untuk dicairkan dengan senyuman semanis gula si Taufiq itu.
" Macam mana nak ingat birthday awak kalau saya tak s**a awak? bagi hadiah untuk buktikan kasih sayang? masalahnya sekarang ni saya tak s**a awak. awak faham tak?!" - Amaani.

kasih sayang yang tulus daripada Taufiq akhirnya membawa getaran ke dlam hati Amaani. puas dia menidakkan, namun akhirnya dia mengiakan jua hatinya sudah diisi oleh Taufiq. belum sempat hati mereka meraikan cinta itu, pelbagai fitnah datang melanda sehingga Taufiq beralah dan ingin berlalu...

"Mulai hari ini , Amaani Batrisya... awak anggap saja yang kita bukan lagi tunang. Saya minta maaf kerana hadir dalam hidup awak. " - Taufiq.

Kini muncul Nicholas Lee dengan status baru, sebagai saudara seislam yang perlu bimbingan dan juga cinta lamanya kembali.

" tolong beri saya peluang untuk gantikan Taufiq." - Nicholas Lee

Yang mana satu pilihan Amaani Batrisya? adakah cinta yang bersulamkan penantian selama tujuh tahun atau cinta yang bersemi atas sebuah pengorbanan?

p/s : mesti susah nak pilih antara cinta pertama dan cinta terakhir kan? hummm

kalau korang nak baca lebih lanjut tentang pilihan hati Amaani, korang boleh tekan link kat bawah tau. skarang ad promosi gila gila sempana 5.5 tau. harga buku x sampai rm20 hanya untuk hari ni sahaja. baik cepat. hehe

https://s.shopee.com.my/1LJaHSD2Ln?share_channel_code=1

( ryn piece out )

Bersyurga Di Rusukmu by Lily Haslina Nasir   Aku mawar. Megat memanggilku Mawar Berduri. Kami bersahabat sejak sekian la...
28/04/2024

Bersyurga Di Rusukmu by Lily Haslina Nasir

Aku mawar. Megat memanggilku Mawar Berduri. Kami bersahabat sejak sekian lama. Aku menganggapnya teman tapi mesra. Sampai bila mahu bersahabat? ramai yang bertanya. aku yang malas mahu serabutkan kepala hanya menjawab,"sampai bila-bila!"

Saat berbual, kami bahasakan 'aku' dan 'kau' sahaja. nampak bukan? aku memang anggap dia sahabat dunia dan akhirat.

bukan tak pernah Megat memberi isyarat hatinya. Tetapi entahlah. aku pura-pura tak faham. Aku belum bersedia untuk berfikir lebih jauh.

Hakikatnya, aku selalu rindu setengah mati pada Megat. Rasa macam separuh nyawa aku hilang saat berjauhan dengannya. Dia lelaki beret hijau. dia lelaki komando. Dia itu milik negara, Semua ini buat aku tidak yakin dengan diri sendiri. adakah aku cukup sabar untuk bertahan dalam perhubungan ini?

" nanti aku bawa kau jumpa mak aku ya."

sebaris ayat Megat itu membuatkan aku menggeletar seluruh tubuh. pernikahan kukan macam main pondok-pondok. Aku berasa ada gempa bumi dalam diri. Aduhai Megat. Sebelum ni koyak jiwa aku, saat musuh keluarga engkau, Parj Tzue, menghambat aku kerana dendam, sekarang kau heret aku dalam gelora jiwa.

" Mawar, aku bersiap siaga berdepan dengan segala yang terburuk. Dan aku juga takkan jemu berdoa, mengharapkan segala penyudah yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan sentiasa menjadi lelaki yang sentiasa ada untuk engkau, dimana kau berada, aku akan melindungi kau. Sebagaimana aku melindungi negara."

Demikian janji Megat, aku terkesima dan sebak mendengarnya. Semoga Megat menjadi lelaki berjiwa syurga yang Tuhan hadirkan untuk diri aku.

p/s- apakh kesudahanbagi kisah mereka? berjayakah mereka bersama atau berpisah kerana takdir?

https://shope.ee/20Z6GbXpo6?share_channel_code=1

Dheo's by AnjellSiapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? kemalangan teruk ya...
28/04/2024

Dheo's by Anjell

Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya yang tersisa di ingatan.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan seorang lelaki yang bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura yang penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga berbahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

"You can't have things for me. I'm out of your league." - DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat di hati. Bagaikan Deja Vu. Firasatnya ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.

" Kenapa pura-pura tak kenal saya?" -NURISSA ROSE

" Saya kenal awak tapi tak bermaksud yang kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci." - DHEO HAN

Jadi, siapakah DHEO HAN yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif yang tersendiri kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan yang diterima oleh Nurissa. rupanya kehidupannya yang sebelum ini memang memang jauh dari kehidupan yang normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?

p/s - kalau nak tahu kisah Nurissa dan Dheo dengan lebih lanjut, boleh check link tau ^_^

https://s.shopee.com.my/2fon1Yzr3U?share_channel_code=1

Sebaik mana manusia merancang, tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Te...
14/04/2024

Sebaik mana manusia merancang, tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ini tapi untuk suatu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah dan ibunya tiada. Namun kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan lelaki asing bernama Muhammad Al-Qadr, membuatkannya hilang punca.

“ aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul.

“ itu tak ada kaitan dengan aku.” Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta di hati.pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“ haa... lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.”- Lailatul

“ aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit s**ar apabila si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia . lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati oleh seorang lelaki yang bernama zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang taahu saakit apaabila dilukai.

“ lai rasa abangg bahaggia ke? lai rasa abang akan ikkut permintaan Lai yang merepek tu? ataau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” -Qadr

“ agaknya lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“ abang tak pernah perbodohkan lai. Abang memang sayang... “ Qadr

Kerana tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing,Qadr tenang berpaksikan kkepercayaan. Dia tak pernah kisah bagaimana mereka diperttemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga.

Mampukah Qadr memautkan kembali hati Lailatul? apakah merekan akan kembali bahagia bersama ataau sebaliknya?

Note; sekarang buku ni ada promosi tau, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan di link kat bawah

https://shope.ee/5plSYcpSMs?share_channel_code=1

Sekarang ramai betul ya yang oder Korean Origin ni😋 Stock kat HQ pon kena topap hari hari tau🔥So kepada korang yang belu...
27/02/2022

Sekarang ramai betul ya yang oder Korean Origin ni😋 Stock kat HQ pon kena topap hari hari tau🔥

So kepada korang yang belum lagi rasa macam mana korean origin ni, boleh dapatkan sekarang. Siapa cepat, dia dapat cepat😁
...............................................
Untuk pembelian Ghasoo & join ejen / stokis. klik link di bawah

www.wasap.my/60162410318
www.wasap.my/60162410318
www.wasap.my/60162410318

❗️Gais nak tanya ni! kat sini ada tak yang morning person? selalu bangun awal untuk buat aktiviti dari awal pagi?Harini ...
23/02/2022

❗️Gais nak tanya ni! kat sini ada tak yang morning person? selalu bangun awal untuk buat aktiviti dari awal pagi?

Harini kita share sikit kebaikkan bangun awal. bnayak manfaatnya gais!

kalau korang ada pandangan yang lain, tuliskan di ruangan komen di bawah.
...............................................
Untuk pembelian Ghasoo & join ejen / stokis. klik link di bawah

www.wasap.my/60162410318
www.wasap.my/60162410318
www.wasap.my/60162410318

Link katalog

https://wa.me/c/60162410318

Address

Kuala
21060

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:00
Tuesday 20:00 - 22:00
Wednesday 20:00 - 22:00
Thursday 20:00 - 22:00
Friday 20:00 - 22:00
Saturday 20:00 - 22:00
Sunday 20:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ryn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share