13/01/2022
PERSONALITI BOLEH DIBACA BERDASARKAN CARA PENGGAYAAN KITA
Ramai sebenarnya yang tidak tahu yang cara pemakaian dan penggayaan kita boleh dijadikan kamus kepada orang lain untuk tahu personaliti kita. Ada macam-macam jenis orang di dunia ni dan semestinya setiap personaliti darinya tidak akan sama dengan sesiapa. Ada yang kemas, selekeh, pembersih, dan pengotor. Semua boleh dinilai oleh penggayaan pakaian mereka. Pakaian disini bukan sahaja dari segi baju, kain, seluar, gaun, kemeja tetapi termasuk juga kasut dan beg.
Sebab itulah, pemilihan sesuatu gaya amat penting untuk dijadikan sebagai 'first impression' apabila bertemu orang yang baru. Kita tidak tahu apakah pandangan mereka terhadap kita berdasarkan penggayaan kita namun sekiranya kita memilih gaya yang tepat dan sesuai dengan kita, ia boleh meninggalkan kesan yang positif kepada kita. Sebagai contoh, hari temuduga atau hari pertama bekerja. Gaya apakah yang kita bawa, itulah yang menjadi personaliti kita pada hari tersebut. Kebanyakan orang kaya sering mempamerkan barang mereka yang berjenama seperti beg, kasut, dan barang kemas yang sangat mahal. Itu adalah untuk membuktikan tahap mereka di dalam komuniti hidup sebagai orang yang berpangkat dan ternama.
Oleh itu, sekiranya anda ingin dilihat secara positif di mata orang lain, mulakan dengan penggayaan anda. Pilihkan gaya yang bersesuaian dengan personaliti anda agar tidak dicop 'fake' kerana penggayaan tidak kena dengan personaliti sebenar.
Untuk tahu tips lebih menarik, sila like and share fb page kami.
📌DISCLAIMER: This page is for educational purpose only